Thursday, March 3, 2011

Sesi lepas tekanan...

Waaa....sepanjang minggu nie tak ade progress pun dalam sebarang kerja yang mesti di siapakan. Salah siapa??Salah kan diri sendiri jelah. Yang duk asyik mengadap laptop 24 tu nape!! Projek2 yang harus disiapkan pun macam terabai je padahal dah nak kena submit next week nie..haddoyyai mati macam nie woo. Kerjanya berkumpulan tapi sebab kena pergi site dan temubual orang yang bertanggungjawab tulah yang menjadi susahnya. Nak deal dengan orang sana lah, dengan orang sini lah...aarrrhhh. Tengok kumpulan lain dah tengah ada yang buat dan lawat site buat aku jadi takut. Tapi aku tak tahu macam mana nak handle...huhuhu.
Banyak perkara yang berlegar-legar dalam diri tapi tak dapat nak diluahkan. Aku memang jenis memendam apa yang aku rasa sebab aku tak suka meluahkannya dan membuat orang tidak selesa dengan aku. So aku harus pendam dan lupakan apa yang aku rasa. Apa aku melalut nie??
Dah2 cik nora,back to normal okay~~~

Okay,sebab dah okay maka aku nak bercerita tentang apa yang aku tak sabau nak tengok. Korang tahu apa yang aku nak tengok?? Aku nak tengok Maharaja Lawak yang bakal ditanyangkan 1 april nanti. Pertandingan diantara peserta2 yang pernah masuk raja lawak sebelum ini. Antara pesertanya adalah Yus & Tauke, Johan & Zizan, Nabil, XN3, Sepah, Jihan, Amir, Kecik & Idlan dan Alex. Yang pastinya zizan dan johan akan jadi juara...hahahaha(gelak jahat). Rancangan ini akan disiarkan di astro warna ye, bagi siapa2 yang belum ada pakej ini lagi sila langgan dengan segera untuk bergelak ketawa bersama-sama...hahahha..

No comments: