Sunday, August 14, 2011

Talking to The MoOn-Bruno Mars

Salah seorang penyanyi kegemaran aku adalah Bruno Mars..Aku sangat-sangat meminati suara dia yang merdu dan mendayu itu..Antara lagu-lagu dia yang menjadi kegemaran aku atau  lebih tepat lagi kegilaan aku adalah "Talking to the moon", "Grenade", "Billionair","Marry you","Nothin on you", dan juga "just the way you are"....tajuk post nie pun memang talking to the moon kan, so sekarang nie dalam mood lagu itu lah..sampai ringtone telefon aku pun guna lagu itu..muhahahha....i'm crazy over him...

i know you somewhere out there..
somewhere far away..
i want you back..
i want you back..

my neighbour think im crazy..
but the dont understand..
you all i have..
you all i have..

at night when the smoon light up on my room,
i sit by myself..
talking to the moon..
tryin to get to you...
in hopes you are on the other side,
talking to me to..
or am i a fool,
who sit alone,
talking to the moon.........sambung lah sendiri..hehehehhe

Friday, August 12, 2011

Khabarku hari ini

Hari ini sepanjang hari aku mengalami cirit birit, entah apa yang ku salah makan sehingga mengalami cirit birit ditambah dengan senggugut yang amat..dari malam semalam lagi sakit ini melanda dan Alhamdulillah malam ini sakit itu sudah beransur reda. Suasana malam ini amat sejuk dan rasa sejuk itu menyengat sehingga ke tulang. ish3, nape malam ini ayat disusun semacam je..hihihihi.
       Oklah, beta dah janji nak cerita sesuatu kan2(tanyeku pada diri sendiri)..Yes, ini pengalaman yang paling tidak bioleh dilupakan sepanjang aku praktikal di UTeM,melaka. Aku dan kawanku dimarahi @ dengan kata lain di sound oleh orang dipejabat itu!! wah2, memang terasa la time kena marah tu..
Watak :Orang yang marah kita orang tue lelaki lembut yang berminat pada lelaki(oops, sory Mr Z i bocor rahsia u disini). jawatan dia hanya penolong pendaftar di pejabat itu dan tiada kena mengena dengan kami yang praktikal di situ atau lebih tepat tiada hak diatas sikap kami disitu.
Alkisahnya, dalam pukul 10.30 pagi aku dan kawanku masuk pejabat setelah kluar minum pagi berdua (ours mistake). Sebelum itu, mr Z tu lalu di pejabat aku dan tengok meja aku serta kawan aku kosong. Bila dia tanya pada staff2 kat situ kita orang mana, of coz la dia orang tak tahu sebab kami kluar tak cakap ngan orang lain sebab bos kami tak ade time tu ( so what??). Apa lagi siap mengamuk lagi dia kat situ dan dia pesan dekat sorang lagi budak praktikal kat situ yang dia nak jumpa kami di pejabat die.
Sampai je kami kat opis die, dengan muka dia yang ntah apa2 tue berlakon stress dengan kerja dia. Suddenly, dia tanya kami tanpa menyuruh kami duduk..
"you all pergi mana?"
aku: pergi makan...

Mr Z tanpa segan silu terus membebel bebel pada kami...
"yang u berlagak sangat ni kenapa, u ingat u ni pegawai ker nak keluar makan sesuka hati. U ingat u ade degree u boleh berlagak lah. i tak heran lah dengan degree u. Dahlah u tak hormat staff2 kat sini, ramai yang mengadu kat i sebelum2 ini..i tahan je dulu. hari ini i rasa u dah melampau sangat tau!. Tak pernah i marah student praktikal sebelum ini tau!. U ingat u nak lulus dengan dengan perangai camni..jangan harap lah. i boleh hantar surat pada Universiti u all untuk mengadu sikap u yang teruk disini. satu lagi, jangan harap i nak luluskan elaun u nanti. Dahlah asyik main FB dan baca surat khabar je dekat opis nie...bla...bla..bla..bla..."

Dengan muka yang amat bersalah terus kami minta maaf dan keluar dari opis dia.
Satu Opis dia dengan kami kena marah time tu, malu ada takut pun ada..yelah diugut nak gagalkan..matilah kami. Lepas kejadian itu, aku adalah sms salah sorang staff di pejabat aku (abg D) dan cakap pasal hal yang berlaku. Aku memang tak ade niat nak mengadu pada bos kami. Nanti di cop kaki mengadu plak. Tapi rupa2 nya, abg D cakap dengan bos kami hal yang kami dimarahi itu. Hohoho..naseb baik bos backup kami terasa diri ini dihargai...hik3...Thank En A..Last2, En A (bos no 2 kami) pergi jumpa bos kepada Mr Z tadi dan bincang hal ini. Dan bos kepada Mr Z warning dia balik...Yes We r the winner!!!
Lepas daripada kejadian itu..kami dengan bangganya masih tidak serik untuk keluar minum waktu pagi...har3....Eksyen kan kami....

Oklah, that all for tonight....=)..peace no war!!

Thursday, August 11, 2011

Aku hadir setelah sekian lama

Hati aku amat rindu untuk bercerita aktiviti harian atau peristiwa yang aku alami di blog ini. Agak lama aku tidak berceloteh disini. Alhamdulillah sudah hari ke 11 kita berpuasa pada hari ini, masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak buat seluruh umat islam di dunia ini. Semoga kita memperolehi berkat sepanjang bulan yang mulia ini.
Hampir dua minggu juga aku menjadi pengganggur kehormat di rumah..huhuhu..bukan lah pengganggur sangat, sebab aku baru sahaja tamat menjalani latihan industri di Utem pada 29 julai 2011 yang lalu. So, sebelum mohon kerja sedap juga goyang kaki di rumah (dalam hati rasa macam terdesak nak kerja je). Ramai juga kawan2 aku yang sudah mendapat pekerjaan samada ditempat praktikal mereka mahupun di tempat yang berlainan. Skop kerja kejuruteraan awam amat meluas dan aku merasa sangat-sangat kerdil saat praktikal kerana masih banyak perkara yang perlu aku belajar selok belok untuk menjadi jurutera yang berjaya.
Banyak cerita ingin dikongsikan bersama sesiapa yang sudi membaca catatan aku disini dan sekadar aku meluahkan apa yang terbuku dihati. oklah...aku undur diri dulu untuk post kali ini. Hopefully selepas ini aku makin rajin untuk selalu update di blog kesayangan aku ini..bubye 2 myself.

Sunday, June 19, 2011

my Life

Dah masuk sebulan aku praktikal dekat UTeM...suasana tempat kerja memang best sebab abang-abang di pejabat tue semua sporting-sporting dan masuk air macam aku. So, time tak ade kerja aku boleh lah lepak-lepak sambil melayan lawak-lawak bodoh dengan abang-abang tue semua. Penyelia aka bos aku pun baik and still muda lagi. Tapi kerja kat situ tak banyak yang aku boleh belajar sebab semua bangunan dah siap dalam UTeM tue so aku tak boleh nak aplikasikan Civil engineering yang aku belajar kat situ. Just ada satu projek kecil yang sedang dijalankan dan ada 2 projek sakit yang tengah nak di siapkan. Tapi dari situ aku still boleh belajar lagi lah daripada tak dapat apa-apa langsing kan..huhuhu.tinggal lagi sebulan 2 minggu untuk aku habiskan tempoh praktikal aku kat situ, rasa sedih pun ada..=((.
Lepas habis praktikal ini aku kena terus cuba nasib untuk kerja plak...wish me all the best.

Sunday, May 29, 2011

Sudah seminggu aku praktikal....ape cer??

Lamanya aku tak menulis catatan aku kat sini, hurm semenjak praktikal 23/5 aritu aku asyik tido awal je. Tak ada masa sangat untuk bersosial dekat blog nie. Dah lama jugak lah aku tidak menjalankan aktiviti blog walking menjelajah blog-blog yang aku biasa singgah. Yela balik kerja sampai rumah kakak aku ni dah dekat pukul 6. Mandi-mandi+rehat-rehat sikit+makan malam= selepas solat isyak terus terbungkam atas katil. Padahal bukan penat sangat badan, tapi mungkin sebab berada kat luar rumah separuh hari menyebabkan minda aku mempengaruhi badan dan menyatakan badan aku penat dan perlu tidur awal untuk bangun awak esok harinya...hahhaha..hebat tak konsep pemikiran aku yang cetek nie??..
Dalam seminggu aku praktikal ni, tak banyak lagi yang aku dapat belajar. Just sikit-sikit dan aku punyai banyak masa untuk ber FB di tempat kerja aku tue..hahaha..best kan. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing, so aku dengan sorang lagi kawan aku yang praktikal kat situ kena pandai-pandai cari peluang untuk belajar daripada dia orang. Semua kat situ baik-baik, tapi aku je yang kurang pandai ambil kesempatan untuk kaut ilmu dari mereka semua. Penyelia aku lagilah sibuk, yela bos katekan..Apa-apa pun aku suka tempat aku praktikal sekarang nie. Hope everything is okey  untill aku tamatkan latihan industri aku kat situ.amin.

Wednesday, May 18, 2011

Fasha sandha Dan jejai kembali bertaut??

Apa nak jadi lah dengan dia orang berdua nie?kejap bercinta pastu putus, lepas tue  bercinta balik tup2 putus balik dan latest ni diaorang dikatakan bercinta kembali. Ada yang kata nora danish penyebab bekas suaminya jejai dan fasha sandha tu putus. Tapi dalam paper metro semalam si nora danish ini mengakui sedang bercinta tapi tidak dinyatakan siapa yang bertuah itu. Emak  fasha sandha ini pun ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah tidak ambil pusing hubungan anaknya dengan jejai kerana dari dulu sampailah sekarang dia tidak pernah merestui hubungan mereka berdua. Bagi dia, dia mengharapkan anaknya fasha mendapat pasangan yang lebih baik dan sesuai untuk dijadikan suami. Kahwin jelah cik fasha sandha yang jelita oii, habis cerita. Apa-apa pun, all the best guys..hehehehe.





saat bahagia

"gambar lama"

Monday, May 16, 2011

shahir tolak cinta rozita che wan??

Yes!!!hahahaha....nape aku yang bergumbira. Tak bersebab pun sebenarnya. Tadi ada baca paper pasal shahir yang mengeluarkan kenyataan bahawa dia dan rozita che wan langsung tiada hubungan cinta seperti yang disiarkan akhbar sebelum ini. Tapi artis nie selalu je buat ayat cam gitu tapi last-last buat pengakuan berani mati...kami akan kahwen!!hohohoho. Apa-apa pun aku rasa macam kurang cocok je kalau dia orang betul-betul bercinta macam komen aku di entry sebelum ini. Yelah walaupun rozita che wan janda yang cantik dan bergetah lagi, tapi ibarat emak dengan anak jelah dengan si shahir tu.Dah lah tak nak komen panjang-panjang karang ada jugak yang kena simbah dengan asid macam yang tengah melanda KL sekarang nie kes simbah asid berlarutan. Apa-apa je orang zaman sekarang nie..chow dulu..