Wednesday, March 16, 2011

Awan radioaktif bergerak ke Tokyo

Situasi di Jepun sekarang amat membimbangkan ekoran daripada letupan  di stesen tenaga nuklear Fukushima yang menyebarkan radiasi ke udara. Letupan di loji nuklear ini berlaku disebabkan tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini. Perkara ini amat merbahaya jika radiasi ini terus tersebar ke seluruh kawasan tempat kerana radiasi boleh membunuh dan mengubah sel badan manusia yang menyebabkan penyakit barah orang yang  terdedah kepadanya. Lepas satu, satu bencana menimpa Jepun. Aku amat bersimpati pada nasib yang menimpa mereka terutamanya kanak-kanak yang tidak menyedari apa yang sedang berlaku pada negara mereka. Menurut kosmo hari ini, "awan radioaktif kesan daripada siri letupan di stesen tenaga nuklear Fukushima dibimbangi akan sampai ke ibu negara Jepun iaitu Tokyo. Amaran itu dikeluarkan selepas kerajaan Jepun semalam membuat pengumuman bahawa radiasi dari loji nuklear milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) itu kini merupakan ancaman terhadap nyawa manusia."

No comments: