Sunday, June 3, 2012

sana sini kawen aje ye..

Mak jemah busy betol semenjak cuti sekolah nie..sekejap ke hulu, sekejap ke hilir, sekejap ke utara, sekejap ke selatan...Menghadiri majlis orang kahwen katekan. Tapi majlis kahwen yang paling best setakat ini adalah majlis kahwen rakan sekelas mak jemah dulu..ex schoolmate katekan, sambil-sambil tu terjadilah reunion yang tak terancang. Ada yang dah 9 tahun tak jumpa, last2 boleh jumpa semalam..Terkejut mak jemah bila terjumpa dia (ala orang minat dia dulu, tu yang terkejut bila nampak dia semalam..kui3,tapi dia da ade makwe la sekarang..;( )..
Pape pun, sangat-sangat gumbira boleh jumpa dia orang semua semalam...Tak ramai pun yang sempat jumpa, dalam 6-7 orang je kot...luv u guys..=))...and "Congratulation for both of u lovely bride and groom"...



Saturday, May 26, 2012

my wedding opsss..my friend's wedding ler...

Aktiviti hari ini sangat padat tapi masih sempat menghadiri majlis persandingan kawan sekolah dulu merangkap kawan sekampung aku tadi..just a short post for today oraitt....


cOngRatUlaTioN fReNz.......<3<3<3 gemoknye saye

Friday, May 25, 2012

23rd May 2012:Hepy Belated Bufday to Me

Allah selamatkan saya..
Allah selamatkan saya..
Allah selamatkan kan Nora..
Allah selamatkan saya....



Selamat Ulang Tahun yang ke-24 buat diri sendiri...Semoga hari-hari mendatang dapat aku tempuhi dengan tenang dan bersemangat serta di iringi doa dan restu orang sekeliling aku. Dan aku juga mengharapakan keredhaan Allah SWT di dunia dan di akhirat....amin..

Monday, May 21, 2012

Pengalaman Baru

Dua hari berturut-turut aku merasai pengalaman menjual tudung dan kain di pasar malam berhampiran dengan tempat tinggal aku. Walaupun penat tetapi pengalaman yang aku dapat tiada gantinya. Sebenarnya niat dihati hanya mahu berniaga secara online sahaja, tetapi di sebabkan keluarga begitu bersemangat mahu sama-sama berniaga, maka pasar malam menjadi pilihan. So, itu sahaja update diri budak gelabah ini...ehem2..esok cerita Seindah Sakura, jangan lupa saksikanya bersama-sama...=))

Sunday, May 20, 2012

Cinta Syahrini dan Bubu direstui Keluarga

   





Mungkin ramai warga Malaysia yang tidak begitu mengenali Syahrini penyanyi Indonesia yang juga merupakan mantan kekasih Anang dan mereka berdua pernah popular dengan lagu duet Jangan memilih aku. Namun, setelah kontroversi kisah cintanya dengan seorang warga Malaysia, Raja Mohammad Syazni, 23 iaitu ahli kerabat Selangor terbongkar sudah tentu nama Syahrini makin diperkatakan dan dikenali ramai.

BUKTI... antara gambar yang menunjukkan keintiman Syahrini dan Bubu.

Hubungan cinta mereka berdua sudah berlangsung hampir 2 tahun, berikut adalah pengakuan Syahrini di dalam akhbar Kosmo hari ini :

Syahrini berkenalan dengan Bubu sewaktu mengadakan persembahan di Kuala Lumpur pada Disember 2010"Dia (Bubu) merancang dengan temannya dan membikin sejambak bunga berbentuk hati serta memasak makan malam untuk saya. Dia memberikan cincin sebagai tanda dia serius," jelas Syahrini tentang cerita cintanya dengan lelaki Malaysia yang sedang hangat diperkatakan.

Dalam akhbar Metro hari ini, Syahrini ada mengatakan bahawa hubungan dia dan Bubu adalah serius dan kemungkinan mereka akan berkahwin awal tahun hadapan.  Apa-apa pun kita tunggu dan lihat apa kesudahan kisah cinta antara dua benua ini....yihaaaa...

Saturday, May 19, 2012

Adi Putra VS Rita Rudani VS Jimmy Shanley

Alahai berita terbaru yang dapat ku hidu melalu surat khabar 2 ari lepas adalah mengenai Adi Putra yang baru nak memfailkan cerai terhadap isterinya..punca masalah??aku??hahahaha...walaupun nama aku nora, tp mestilah bukan aku penyebabnya sebab si Adi putra tak kenal si budak bernama nora ini pun...hehehehee....
Hanya dia dan isterinya yang mengetahui punca yang menyebabkan mereka akan berpisah AKA bercerai..Apa-apa pun si minah sibuk tepi kain orang ini doakan yang terbaik buat mereka berdua..
Kisah hangat Adi Putra ini turut menyamai kisah dua lagi artis yang masih dalam proses penceraian atau proses menyelamatkan rumah tangga masing-masing dan kisah yang masih berterusan walaupun sudah melangkaui setahun iaitu Rita Rudani & Aidil Zaquan VS Jimmy Shanley&isterinya.....

Adi putra dan isteri

VS

Rita Rudani dan suami

VS

Jimmy dan isteri


Dan ini aku yang masih berbahagia...

gambar adalah hiasan semata-mata ye..but i loike bila nora danish bertudung...sangat-sangat cun macam aku...hahahaha...




Tuesday, May 15, 2012

Fasha Sandha Bunting Pelamin!!!!



Tahniah kepada Fasha Sandha dan jejai yang bakal menjadi ibu bapa setelah Fasha disahkan mengandung seminggu lebih...Sudah tentu berita gembira ini akan mengukuhkan lagi cinta di antara mereka berdua...
Berita penuh boleh dibaca di surat khabar harian metro hari ini-->myMetro.

SEINDAH SAKURA




"Seindah Sakura" cerita baru setiap isnin-khamis pukul 7-8 malam...bukan nak buat entry sangat pun, just nak cakap aku suka tengok cerita tue..hihiiihihihi....itu aje...entry ini ditulis dalam keadaan aku yang sangat mengantuk dan kepenatan..
So, faham-faham jelah kan..gud nite 4 all the readers out there....

Sunday, May 13, 2012

Batik Sutera Crepe 100% buatan Terengganu!!

Sekarang kan musim peniagaan Online...So apa lagi, anak muda ini juga ingin menjalankan perniagaan secara online bersama kakaknya.Anda semua di jemput melawat blog dan juga page di facebook kami untuk MENILIK, MENELITI, MEMBELEK dan akhir sekali MEMBELI kain batik sutera crepe  yang dijual.
Jom ramai-ramai singgah dengan klik link di bawah:

1) Blog Batik Sutera Crepe

2)Page FB----> Jara's Silk Collection

3) Butik Sutera Jara (FB)

 Kain batik sutera crepe yang diperagakan oleh Erra Fazira
 (P/S : Anda pun boleh kelihatan cantik seperti Erra Fazira)


 Kain batik sutera crepe yang diperagakan oleh Erra Fazira
 (P/S : Anda pun boleh kelihatan cantik seperti Erra Fazira)
 

CEPAT SEMENTARA HARGA PROMOSI MASIH ADA!!!

Saturday, May 12, 2012

Kes Jimmy Shanley dan isteri yang tak berkesudahan II

Ini boleh dikatakan sambungan pada post aku yang sebelum ini mengenai masalah rumah tangga  Jimmy Shanley dan isteri yang tak berkesudahan. Sepanjang perbicaraan mereka berdua, macam-macam aib pasangan masing-masing diketahui oleh orang awam mahupun peminat jimmy sendiri.(Terutama orang yang sibuk bergosip macam aku la kan2..tanye pada diri sendiri..=P).
Kalau kes macam ini, masing-masing dapat malu dan akan menjadi buah mulut orang sampai bila-bila. Bagi aku, mereka patut berbincang cara baik dan mestilah bertolak ansur demi anak  perempuan mereka. Bila budak tue sudah besar nanti, sudah semestinya zaman makin moden, taip sikit sahaja di internet..cerita 7 keturunan sebelum ini pun boleh keluar. Tak ke terkona tekanan jiwa nanti budak itu nanti.
Jadi fikir-fikirkan lah wahai manusia...cewwah ceramah la plak beta di sini di petang yang damai ini.

My Happiness

Eh, bukan nak kawen la...eh2, tunang pun bukan la...tapi bile tengok  gambar-gambar pertunangan Maria Elena yang so sweet tu kan...Stop! bukan nak cakap pasal tunang or kawen ye tapi...
I already taken je pun...but still available for all those handsome guys out there..yihaaaa....Hurm, kisah cinta yang boleh la dikatakan  menarik because he is 3 years younger than me!!tapi tak boleh lawan kak azza elite yang kawen lelaki 10 tahun lebih muda dari dia...hihihi..
Let me introduce him as Mr A..sama negeri dengan aku dan yang paling penting dia seorang yang penyabar berbanding aku.
Masih cuba menyesuaikan diri dengan dirinya yang lebih muda dan aku berharap this relationship is everlasting. tapi kalau Aaron aziz masuk meminang aku abes la Mr A aku tue.
Sengaja pilih tarikh 23.4.2012 sebab bila 23.5.2012 maka hubungan kami genap sebulan dan hari lahir aku pun on that day....sweet tak aku???hehehehehe...So, boley la celebrate dua anniversary teruss.....(sambil buat muka comey)..okla..stOp merapu nora, please behave urself ye..Entry ni stop sini jela ye..tak boleh lebey2 nanti ada orang jeles...nak tahu sape.....<KLIK SINI>..Renung-renungkan dan selamat beramal...

Penganggur V.V.I.P

Kali kedua aku menjadi penganggur VVIP ni...hehehehehe...
Kenapa berhenti?????
Ahh..itu semua soalan orang disekeliling aku. Aku sudah bosan menjawab soalan-soalan itu (wah eksyen nye aku)..Tidak banyak pun jawapan ke soalan itu. Aku berhenti sebab kontrak aku dengan company itu sudah tamat dan aku dengan rela hati tidak mahu menyambung kontrak dengan company itu...huhuhuhu..naseb baik aku still tak ada tanggungan, kalau tidak merempatla aku..19/5/2012 ni genaplah sebulan aku menganggur kali kedua ni.
Mesti ramai yang cakap, kenapa tak nak sambung..rugila, bukan senang nak dapat kerja zaman sekarang nie!!!
Yes i admit okais u all..Tapi hari-hari pergi kerja jiwa rasa kosong dan tak happening dengan kerja memang
boleh buat tekanan jiwa beb..Bos okey, sempoi..tapi menyerabutkan jiwa..erm, apa aku cakap ni pun tak tahu lah beb..Skop kerja ok, best tapi ditambah dengan kerja bukan-bukan dari majikan yang buat aku stress sesangat...Ahh....lupakan saja tentang sejarah itu..
InsyaAllah rezeki Allah ada dimana-mana....Amin,..Doakan aku ye kawan-kawan...

Wednesday, April 4, 2012

Lamer giler Kot!!

Assalamualaikum blog ku yg terchenta...hu3..
Lamer giler tak update di blog nie..Macam-macam perkara dah berlaku dalam hidup aku sebenarnya, cuma tak sempat untukdi kongsi bersama je..Sekarang aku dah pun bekerja sebagai Environmental Officer dengan sebuah syarikat kontraktor (tapi kontrak jela)....Masih mencari pekerjaan yang tetap dan serasi dengan jiwa ini...wuhuuuu....Pekerjaan masih belum serasi atau boleh dikatakan tak ngam dengan jiwa aku..so, aku masih mencari apa yang aku suka sebenarnya---->tidur adalah pekerjaan peberet..har3..
CINTA??ada yang sudi, tapi hati masih sukar menerima..sedang cuba menerima atau sedang memaksa diri menerima??aku pun konpius...just update sekejap, sbb busy tlg si DIA email something...hu3...bye all...=))