Saturday, March 12, 2011

Jimmy Shanley menanti isterinya pulang selepas menfailkan nusyuz di mahkamah

 Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25 iaitu isteri kepada jimmy keluar daripada rumah selepas 20 hari perkahwinan mereka. Ini bermakna semenjak daripada itu mereka tidak lagi tinggal sebumbung walaupun isterinya sekarang sedang mengandung 5 bulan. Erm, macam masin je mulut aku nie, bukan aku mendoakan keruntuhan perkahwinan mereka tapi sewaktu mereka berkahwin aku sudah mengagak perkara ini akan berlaku. Aku bukannya pakar tilik nasib..hehehe..tapi perkahwinan mereka seperti bukan cinta sama cinta tapi lebih kepada aturan emak Nursuhaila Eliani Suhaimy tue dengan jimmy sebab mereka lebih rapat berdua.
Tapi tadi aku terbaca tentang jimmy yang membuat persiapan menanti anak sulungnya seorang diri kerana ketiadaan isteri disisi. Bayangkan seorang lelaki menunggu isterinya pulang kepangkuan untuk sama-sama menanti saat bahagia sambil melengkapi keperluan bayi tanpa kehadiran isteri disisi. Macam sadis je bunyinya dan seakan-akan dalam novel. Tapi sehingga ke hari ini aku masih tertanya-tanya kenapa isteri dia sanggup keluar dari rumah dan menjauhi jimmy??adakah dia merajuk disebabkan kesalahan jimmy atau sebaliknya?Apakah yang telah berlaku sebenarnya? Aku bukanlah nak jadi hakim menyalahkan sesiapa dalam hal ini tapi aku harap mereka jumpa penyelesaian terhadap permasalahan mereka..Amin...
Hurm,mungkin Allah sedang menguji mereka kan, aku doakan yang terbaik buat kedua-dua pihak. Korang boleh baca berita sepenuhnya dikosmo hari ini ye.

No comments: