Tuesday, December 30, 2008

siapakah dia di hati ku??

Aku baru aje menghabiskan cuti pertengahan semester aku, lebih kurang sebulan aku kat rumah.erm....banyak yang berlaku yang melibatkan aku dan dia. ibaratnya kami seakan akan kembarlah..tapi masalahnya kami tak boleh terlalu dekat dan kami juga tak boleh terlalu jauh. Mungkin bagi orang kami sangat berbeza dan dari segi pendapat aku sendirilah kami memang sangat2 berbeza.
Tapi aku selalu ingin sakitkan hati dia dan dalam masa yang sama dia juga banyak sakitkan hati aku.Dia banyak kutuk aku dan dalam waktu yang sama dia juga lah yang ajar aku banyak benda baru. Tiap2 hari aku makan hati berulamkan jantung dengan dia. Aku pun pernah nangis sebab terasa hati dengan dia tapi dia tak tahu lah kot..hu3..malu aku kalau dia tahu..
Di mana ada dia ada di situlah aku ade ...kalau dia pergi pasar malam aku mesti pergi jugak..kalau dia nak pegi situ aku pun akan pegi situ..kalau dia pegi sana aku pun pegi sana..ha3..macam belangkas..
Sekali orang tengok macam kawan..dua kali tengok macam dia kakak aku..3 atau 4 kali tengok pun orang tak akan tahu rupa2 nya dia adalah adik aku..hu3. Dia adalah kawan,adik dan juga teman buat aku.Kami memang ibarat anjing dengan kucing tapi dalam waktu yang sama dia lah seakan akan cikgu aku dalam belajar tentang hal dunia. Mungkin kerana dia lebih matang dari aku kot..dia adalah Suraini binti Md shfie adikku yang berusia setahun lebih muda daripada aku iaitu akan berusia 20 tahunpada 1 nov 2009 nanti...hehehe..
Aku tak sangka aku boleh tulis pasal dia plak dalam blog nie..mungkin aku teringat kat dia kot time nie. Yelah time2 camne biasanya aku duk main game sambil dia tengak ataupun dia yang main aku yang tengok..hahaha.Atau pun die nyanyi aku yang kene dengar walaupun suara die mmg xbest langsung..ha3.sorry erk..