Saturday, January 29, 2011

Nape update pagi2 nie cik nOra??

Di pagi hari ketika orang masih tidur disebabkan cuti hujung, aku dengan rajinnya mengupdatekan aku punya blog.
Baguskan aku bangun pagi2 nie..acecece..puji diri sendiri.
Tapi sudah semestinya ada maksud tersurat dan tersiratnya kan..
Aku pulang ke Terengganu pagi ini dengan menaiki kereta kawan pada kawan aku.
Kalau tak. takde maknanya cik nora ni nak bangun awal2 cam gini.
Biasa lepas subuh terlentok balik atas tilam..
Mungkin aku tak update bolg nie selama beberapa hari diatas sebab2 tertentu.
Tapi kalau ada kesempatan akan ku curi masa untuk menarikan jari aku di atas keyboard laptop untuk mengupdate okes..=)
Doakan perjalanan aku hari berjalan lancar dan aku selamat sampai dengan cunnya ke rumah..hehehe

Friday, January 28, 2011

~~listen to her voice~~

Ini anak saudara saye nyanyi lagu nenek2....hik3(abaikan suara latar yang memang tak sedap tue..hehehe)

video

Lirik takut anda semua kurang memahami si kecik 2 tahun nie nyanyi :
nenek2 si bongkok tiga..
siang mengantuk malam berjaga..

Then lirik itulah je yang asyik di ulangnya hasil ajaran mama dia...
Dia pun pandai dodoikan adik dia yang berusia setahun..
Nanti saya masukkan dalam entry seterusnya..

Farid kamil dah putus...=))

Di suatu petang hari ini,aku menjengah blog abang nara..
Aku pun senyum2 kambing lepas bace berita nie kat blog abang nara . Nape aku senyum??
Emosi kewartawanan aku terus membuak-buak selepas membace gosip ini,
Gosip tentang putusnya sudah hubungan antara Farid Kamil dan Diana Danielle.
Adakah abang farid (klik name die untuk ke blog dia) akan sudi melamar saya lepas nie...PERASAN LER KO NORA...heheehehe
Kepada si dara diluar sana yang meminati FK pi ler ngorat dia sekarang sebelum terlambat..laalala

Minum petang aka lunch aka dinner kami

Petang nie cume nak postkan gambar yang baru fresh dari ladang nie..
Tadi aku dengan lagi 3 orang member aku merangkap housemate aku pergi mencuba kedai yang baru dibuka dekat dengan rumah sewa kita orang...."White room lifestyle cafe"

sebelum: spaghetti bolognise(rm8.00) ada cheese kt atas tue..
semua order spaghetti tadi..


selepas: licin~~=)


Ini air yang aku order..kopi ice cream....rm3.50
pahit manis dan berkrim..
Gelas dia pun unik.

"Lamaran yang sangat romantik"

Ini cerita Romantika de amor yang berlaku baru2 nie..
Vera silva (29 tahun) dilamar kekasihnya Joao Viera dalam kapal terbang dihadapan 80 penumpang kapal terbang tersebut. Waaa..romantiknya kan2..
Vera Silva nie pramugari yang sedang bertugas dalam kapal terbang tu time tu..Firstly dia sangat malu dengan lamaran itu dihadapan ramai orang tapi dalam masa yang sama dia sangat2 terharu dan gembira..
korang layan jelah video nie...

video

p/s: Kena cari pakwe romantik ni,baru dapat lamaran dengan cara romantik jugak...hehehehe

Thursday, January 27, 2011

Haish..Kenapa rasa janggal ea??

Korang ada abang ipar tak??
Erm aku ada 4 orang abang ipar sebab aku ada 4 orang kakak yang dah berkahwin..
Abang ipar pertama orang terengganu je, yang ke 2 orang kelantan, yang ke 3 orang terengganu jugak dan yang ke 4 orang melaka.
So yang mahu diceritakan disini adalah abang ipar aku yang ke 4..
Di sebabkan dia orang melaka so dia tak berapa ngam ngan kami orang terangganu sejati ni.Eh,bukan diskriminasi negeri ye..tapi dia yang tak faham kalau kita orang borak2 or buat lawak..so dia akan senyum je dan kadang2 or jarang2 je dia akan menyampuk...kesian dia...har3.
Dengan abang ipar aku yang semua masuk air je...
Nak dijadikan ceritakan, hari isnin hari aku patut pulang ke johor menaiki bas. Tapi malam itu masih ada tahlil untuk arwah nenek aku yang baru meninggal dunia, jadi aku tertinggal bas kerana terlambat.
Kebetulan abang ipar aku ni nak balik melaka ke esokkannya sebab dia kena kerja tapi kakak aku tak ikut sekali sebab dia memang dah ambil cuti panjang terus sempena cuti raya cina.
Jadi aku join abang ipar aku untuk ke melaka sebelum ambil bas ke batu pahat nie.
Perjalanan selama 5 jam terasa 5 hari sebab masing2 diam dan buat hal sendirik je...sebab??tak ada idea nak berbual pasal apa..huk3..
Janggal sangat2 sepanjang perjalanan berdua dengan abang ipar aku tue..bila dah sampai melaka barulah lega..Dia dah jadi abang ipar aku nak masuk 4 tahun kot,tapi disebabkan dia tinggal di melaka dengan kakak aku, so kita orang jarang berbual or jumpa ler..
Nampaknya kena buat percutian keluarga untuk eratkan hubungan ahli keluarga nie..

Wednesday, January 26, 2011

ke-Obses-an dalam diriku

First of all, masih bukan dalam mood untuk membuat entry kerana kehilangan idea untuk dicoretkan di sini..
Tapi saat ini aku mahu kongsikan apa yang aku obses dalam kehidupan seharian aku..

1.Teh ais or teh beng dalam dielek ganu aku: Jangan ditanya kenapa, kerana aku pun tak tahu jawapannya. Air ini menjadi ke obses-an aku sejak bertahun tahun dahulu lagi..i love u so much teh ais...hik3
Hidup aku tak lengkap kalau tak minum teh ais dalam sehari. Cuma kadang2 susah nak dapat teh ais yang dibuat perfect cukup manis dan rasa tehnye..kalau dibuat sendiri lagi puas hati..=)

Dapat yang berbuih gini..pergh..layan~~

2. Air nescafe 3 in 1: Aku hanye mengambil air bercaffeine nie ketika berada dirumah sewa, hostel dan sebagainya. Bermaksud, kalau aku kat rumah aku jarang minum nescafe. Dalam sehari max 3 cawan..Tapi banyak desas desus mengatakan nescafe 3 in 1 berbahaya kan2??..aku dah start minum nescafe 3 in 1 jenis mild nie sejak dari tahun 2007 iaitu semasa aku di matrik P.Pinang sampailah sekarang..almost 4 years tue..
3. Sangat2 obses hal artis: hahaha..my title is reporter kan~~asyik bergosip je kerja aku. So, azam baru aku adalah kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi bak kate wahid di melodi...kite layan~~(oh,mampukah aku??)
Pasha ungu jadi pilihan artis untuk entry nie..sebab aku kan minat sama mas pasha..

Setakat ini, itu je yang aku perasan tentang ke Obsesan dalam diriku. Kalau aku ada penemuan baru dalam hidup aku nanti aku buat entry lain plak..kla..chow dulu..

Semoga roh nenek dicucuri rahmat...amin.

Al-fatihah buat arwah nenek ku yang telah meninggal dunia pada 22/1/2011 lebih kurang pada pukul 2 pagi iaitu hari sabtu yang yang lalu. Arwah nenek meninggal pada usia hampir 90 tahun disebabkan sakit tua yang menimpanya hampir 4 tahun.

Aku yang berada di Johor pulang ke rumah ku pada hari jumaat bersama kakakku yang berada di Melaka setelah ayah memaklum nenek aku sedang nazak dan berada di rumah kami.
Aku sampai di rumahku pada pukul 11 malam hari jumaat tersebut, melihat nenekku dikerumi ramai sanak saudara aku mengambil keputusan untuk berehat terlebih dahulu kerana terlalu mengantuk. Aku hanya sempat melihat wajah nenekku dari jauh sebelum masuk ke bilikku.
Aku terus terlelap kerana terlampau penat dan mengantuk disebabkan perjalanan pulang ku yang terlalu lama (1 tghari-11 mlm). Selepas kelas dalam pukul 1 tengahari aku bertolak ke Melaka dari Johor dengan menaiki bas lompat (b.pahat-Muar-Melaka) disebabkan bas express yang seterusnya pada pukul 2 lebih. Kakakku sekeluarga sudah siap2 menunggu aku di sana untuk bergerak pulang ke Terengganu.
Tidak lama selepas aku terlelap, sepupu ku mengejutkan aku dari tidur. Muka dia kelihatan sedih dan menyatakan bahawa nenekku sudah tiada. Tidak terucap kata2 dari mulutku ketika itu kerana aku terasa amat kesal pada diri sendiri..Aku menyesal tidak terus mendekati nenekku ketika masih sempat...aku kesal tidak berada disebelah nenekku ketika dia mahu menghembuskan nafas terakhirnya...Hanya Al-Fatihah dan bacaan yassin dapat ku iringi jenazah nenekku pagi itu. Bacaan yassin yang ku baca ketika itu jatuh bersama air mata penyesalan ku. Tapi nasihat emak ketika itu, tidak elok menangis dihadapan jenazah.
Diharap penyesalan ini dapat ku tebus dengan iringan doa buatmu nenek...
Semoga roh nenek aman di alam sana dan di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan mulia di sisi-Nya.amin..amin..ya Rabbanaalamin...

Thursday, January 20, 2011

yes!! Setelah lafaz ke-4 aku telah sah menjadi....

Setelah lafaz ke-4 aku telah  sah menjadi isteri orang---->warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu!!!
Lafaz ke-4 tue bersamaan dengan 4 kali aku mengambil test JPJ untuk kereta setelah hampir 2 tahun menjadi pemegang status lesen L. Lama kan2...kesian aku.Kali pertama ambil ujian kereta tue aku dah lulus untuk bahagian luar, tapi gagal bahagian dalam dekat bukit tue. Then, terpaksa ulang ambik test bahagian dalam dengan membayar rm80. Ceit porrraahhh...kali ke-2 pergi test tue aku gagal lagi bahagian bukit..TENSION tol!!!
Kemudian dengan semangat yang berkobar2 aku pun ulang sekali test tue seminggu selepas kegagalan kali ke 2 tue.
MasyaAllah, boleh fail lagi aku time tue dan tak lain tak bukan sudah semestinya bahagian bukit lagi...haish..
Ujian JPJ kali ke 2 dan ke 3 tue berlaku pada bulan 12 tahun 2010.
 Last2 hari selase petang (18/1/2011) orang yang mengajar aku kereta kol dan cakap yang aku kena test JPJ esoknya,rabu(19/1/2011)..
Waaahh..aku yang blur2 ni pun terus terbayangkan ke failan aku untuk amek test tue..
Orang kata fobia gitu..yelah asyik gagal je buat aku sakit hati sangat pastu bayaran pun mahal kan..
Maksudnya aku dah habiskan rm320.00 untuk mengulang test JPJ sahaja.
Tetapi Alhamdulillah akhirnya pada tarikh keramat 19.1.11 aku telah LULUS...weeeeeeee!!!
Time kaseh pada encik JPJ yang meluluskan saya pada hari tu..kredit untuk encik..

So dengan adanya lesen ini saya mahu membeli semua kereta2 mewah yang di tunjukkan kat bawah nie..
Sila semua pergi sediakan tisu masing2 sebab takut ada yang air meleleh tengok kereta2 yang bakal saya miliki nie ye..=P

 Sport car

 Porche

 Mercedes

 Lamborghini

 Ferrari

 Bently (paris hilton borrow u punye car jap ea)

Alfa Romeo

Tapi kan semua kereta di atas akan saya beli dalam mimpi saya je taw..So sape2 yang rasa nak tumpang sila singgah dalam mimpi saya ye harap maklum...
Nanti dalam mimpi takde lah saya penat berjalan or berlari je, boleh pecut gune kereta2 tue je..har3
Tapi dalam realitinya yang nie pun saya tak mampu nak beli...=(

Basikal tua~~~

Wednesday, January 19, 2011

Jom Gegar Blog


Jom join "JOm gegar blog" anjuran Mr Ben Ashaari(klik nama beliau untuk ke blog beliau)
Syaratnya mudah je..terbuka pada sape2 yang mempunyai blog!!
~~Jom memeriah suasana di sana~~

CoNtest Blog Paling Comel, Cantik dan Kemas


Contest pertama yang aku akan join sebabnya aku telah di tagged oleh gadis cantik ini----->elah
~mekasih ye elah tag saye tuk contest nie~
Walaupun blog aku ni tak cantik or cantik or kemas tapi contest nie memberikan tempoh untuk  semua peserta mencantik blog masing2..nak tahu lebih lanjut sila lah jengah ke blog tuan punyer contest nie
Just for fun n sape menang dapat adiah..yeaay(macam la ada can nak menang..perasan!!)
Dan yang pastinya aku mesti tag 5 orang lagi rakan blogger yang lain..calon2nya adalah:



Monday, January 17, 2011

Facemash--->The Facebook---->Facebook

Hari ni baru sempat habiskan tengok cerita "The Social Network"..padahal cerita ni da basi pun kan2..Cerita ni siap dapat award Filem Drama terbaik lagi menurut cik yanie di laman blog beliau.
Tapi yang pastinya cerita nie sangat best bagi aku walaupun menurut Mark Zuckerberg tidak 100% cerita dalam The Social Network itu adalah benar.
Bermula dengan Facemash yang hanya berfungsi di kalangan pelajar  Havard sahaja kemudiannya dia menghasilkan The Facebook bersama rakan Eduardo Saverin yang pada mulanya hanya untuk pelajar2 havard tetapi kemudiannya berkembang ke seluruh dunia dengan menggunakan nama Facebook yang kamu2 semua duk hadap 24 jam tue...(termasuklah aku).
Mark Zuckerberg dalam cerita tu seorang lelaki yang agak nerd dan tidak pernah meninggikan suara walaupun orang lain meningikan suara pada dia.
Pemikiran dia sangat2 kreatif dan bernas!!Oh, saya sangat2 jeles dengan terer-an dia..hik3
Beralih pada kehidupan dia yang sebenar :
Life-style dia pun simple je walaupun dia bergelar Billionair paling muda di dunia..Tinggal pun kat rumah sewa je dan ada sebijik kereta biasa2 je bukan posh, ferrari atau kereta2 mewah yang lain.
Kalau orang lain dah lama beli rumah besar2 dan kereta2 mewah, pastu susun berderet2 kat depan rumah dia orang...
mark zuckerberg dan gf dia priscilla chan 


Tengok muke2 kembar mark...huhuhu

Sunday, January 16, 2011

waaa...saya kat korea ker nie??

Tajuk mengalah cerita aje..
Semalam pergi kawasan perindustian sri Gading(Batu Pahat,Johor) untuk buat ujian in-situ test untuk air2 yang keluar dari kilang2 yang ada kat kawasan tue-->final year projek my housemate.
Aku pergi bertiga..aku,zyra n pipah
Masa tue dalam pukul 5 petang kot kalau tak silap ana lah..
Time tue orang dah berpusu pusu nak balik kerja..
Pastu aku sempat snap beberapa gambar dari kamera hp cabuk ku ini..
aku snap gambar suasana yang biasa dilihat kat jepun or korea je..
tarra.....




Masa gambar2 nie semua di ambil, semua orang2 yang naik basikal tue tengok je kami bertiga nie...
Dia orang pelik kot tengok gadis2 cantik macam kami nie duk bertenggek kat tepi longkang yang busuk tue sambil tekan2 alat yang kami bawa.
Segan pun ada jugak, tapi scene live time tue memang cantik(dalam gambar dah tak nampak cantik pun)..
Ramai2 naik basikal nak balik..Tapi aku rasa semuanya orang oberrrssiii=myanmar+bangladesh+vietnam ..semua ada.
Lebih2 lagi petang tue cuaca mendung berangin angin..
So,sempatlah aku feeling ade kat korea kejap.
Berangan pun jadilah..


Impian: Tempat yang aku paling teringin nak pergi kat korea adalah "jeju island"..nie semua gara2 semua       cerita korea yang aku tengoklah.kebanyakan drama korea mesti ada scene yang dia orang pergi jeju island..My Girl,Full House, Secret Garden...banyak lagilah..

Saturday, January 15, 2011

"Award pertama tahun 2011"

Thank to Mr Caer bagi award nie...

Award nie ditujukan untuk semua follower dia dan semestinya aku salah sorang follower dia...
Cantik award nie...hehehehe
Lain kali bagi lah award lagi ye caer...

Peristiwa aku jadi orang gila sesaat!!!!!

Pipah 3x(housemate ku yg juga seorang blogger)...meh sini kejap..!!!!
Aku menjerit macam orang giler pada saat aku membuke akaun nuffnang ku dalam pukul 2 petang tadi..
Kerana ada perubahan telah berlaku pada earnings dari RM0.00 kepada RMx.00....
Waaaaa.....aku menjerit kerana rasa gumbira...hurrraaayyy...
Dapat income yg ciput, tapi amat bererti bagi aku kerana baru je letak nuffnang pada blog aku yang hidup dari tahun 2008 nie....
Aku bising satu rumah yang aku dah dapat duit dari nuffnang...hahahaha
Yeaaayyy.....hiphip hurrayy....hik3
Maafkan sikap aku yang terlebih excited nie ye kawan2..
bubyee.....

Pasha Ungu yang gantang sudah berpunya!!

Hari ni rase nak update pasal penyanyi pujaan hatiku"Pasha Ungu"

Seperti yang anda semua maklum, cowok si pemilik nama Sigit Purnomo Syamsuddin Said ini adalah duda anak 3 bersama mantan isterinya okie agustina.
Setelah lama menduda(orang indon kate menjomblo), Pasha yang hensome lagi cute telah memilih seorang pramugari sebagai pacarnya...Delia..wah,jelesnya aku. Delia nie muda lagi dalam 20-an gitu. Bagi aku Delia ni cantik dan suke tersenyum..
Ada ura2 mengatakan Pasha akan berkahwin dengan Delia tahun ini dan mungkin tarikhnya 11.11.11.
So, kita nantikan je ye..
Pasha selalu je bawa Delia nie ikut dia time dia pergi buat persembahan dan sebagainya..
Nie gambar dia orang..
sama padan kan2...=)

Oh ye..Anak sulung Pasha nie pun dah jadi artis taw..
Nama anak dia Keisha Alvaro, muke pun sebijik copy paste dari bapak dia.
Nak dengar keisha nie nyanyi klik sini.

Tambahan: Onci pemain gitar kumpulan Ungu yang satu2 nya masih solo juga sudah berpunya.Dia sudah melamar pacarnya, Endhita seorang model. Di bawah Endhita menceritak detik2 pertunangan dia bersama Onci pada 3/11/2010.
"Onci tanya ke aku,'would you marry me,'aku bilang,'ya aku mau habiskan sisa hidup aku dengan kamu,'
"Jadi kita masing2 masukkan cinta ini ke jari, terus kita ucap Bismillah."

Endhita dan Onci

That is the story for this noon..hehehe..
Aku memang jenis suka mengikut kisah2 artis yang aku minat..Walaupun kadang2 terlambat tahu pasal apa yang berlaku but still i want to know about them..
-THAT ME-

Thursday, January 13, 2011

"my twitter"

Jom follow twitter saye...nora shfie (klik link ni)
leh main tweet2 kan...hehehe
Da lama ada acount twitter nie tapi jarang sekali guna...kurang arif...huhuhu

Perkara yang Malang, Menakutkan dan Kelakar terjadi di rumah sewa kami!!

Teng..teng..teng...(muzik seram sedang dimainkan)

Aku pergi library budak rajin study katekan cari jurnal untuk buat assignment dengan budak2 rumah aku nie, aku,zyra,shak,leen,ain n ppah. Sorang lagi duk rumah je dan sorang lagi pegi pantai senggarang. Waktu tue lebey kurang pukul 9.30 p.m. kot.(pegi tadi pukul 7.55 p.m.), aku, zyra dan shak gerak balik dulu. Dua lagi member aku naik motor singgah beli burger dulu dan sorang lagi merempit pergi makan KFC.
Sampai2 kat pagar rumah je mak guard tak bertauliah memang dah siap bukakan pintu(huhu..budak rumah aku baru balik dari pantai senggarang) sorry ye zam da jadi mak guard. Kebetulan dia pun baru sampai rumah so senang kerja member yang drive kete nie, terus parking masuk dalam pagar.
Kat rumah ada sorang lagi budak yang tak keluar ikut pergi library tadi..
Masuk2 rumah terkejut tengok tangan
si Zam nie berbalut! camni hah------->
Dia terjatuh kat batu yang licin time kat pantai senggarang petang tadi. Dia pergi sana nak teman budak kelas ambil air laut untuk rendam konkrit(projek tahun akhir budak tu). Baru je nak turun bawah dah terjatuh dan tangan dia terbelah sebab kena batu. Luka dia besar juga lah dan doktor sarankan dia jahit luka tue. Oleh kerana dia takut, doktor just tampal je luka tu dulu.
Ini perkara yang malang..sebab asalnya dia tak malas nak ikut budak tu, tapi macam terpaksa dia ikut jugalah. Last2 dia yang dapat sakit.

Ini pula situasi yang menakutkan
Kita orang ni duk sibuk tanya zam macam2  soalan lah..
eh,camne ko jatuh??
Luka besar tak??
Sakit tak??
Menangis tak??

Budak yang duk rumah sorang2 tu dengar je sambil duduk kat kerusi dekat ngan kita orang.
Tengah kusyuk zam cerita pasal darah dia yang menitis tak henti2 semasa kejadian(ayat skema..hik3)..
Tiba2 (-.-)"
Buk!! Budak yang duk rumah sorang2 tadi terjatuh dari kerusi yang dia duduk.
Kepala dia terhantuk pada lantai rumah..agak kuat jugalah...
Dia pun macam pengsan sebab terkulai kat lantai dalam sesaat dua...
Aku ngan 3 lagi budak rumah nie baru je nak tolong dia..TAPI!!
Tiba2 dia menggepar macam kena sawan lak..Mata dia jadi terbeliak besar gitu..
Aku fikir takut dia mati on the spot sebab sawan tue..
Kawan2 aku yang lain fikir macam2..takut dia kena rasuk lah..takut dia kena renjatan elektrik lah..

Ini pula situasi yang kelakar
Zam:eh, giler..eh,giler
Ape motif dia duk asyik ulang ayat tue, aku pun tak sure..
Sebab tak dapat pikir ape nak di buat..
Si zyra ni terus berlari nak keluar rumah di ikuti oleh zam, aku dan shak..
Aku pikir nak call hospital,tapi tak tahu nombor pun dan kredit pun ade 11 sen je(ptptn xmasuk lagi katekan)
Yang paling nak buat kita orang takut time nie sebab si budak yang pengsan dan menggelepar tadi tiba2 bangun dan terduduk sambil membulatkan mate dia.
Kita orang panggil nama dia, tapi dia jadi semacam je..
Ah, Apa lagi yang kita orang nak fikir time ni...LARI!!!!
Dah sampai luar rumah dah tak boleh lari sebab pagar berkunci..
Har3..yang kelakar lagi si budak ni pun ikut kita orang lari sebab nampak kita orang lari tiba2 je lepas dia sedar dari pengsan tu.
So, baru kita orang perasan betapa jahatnya kita orang sebab lari keluar rumah semasa kawan sedang pengsan di dalam rumah------>Fail
Last2 kat luar rumah dia jatuh terjelepuk balik sebab baru sedar betul2.

Pastu ana yang baik hati ni pun masuk rumah ambil air bagi pada budak tue..
Then, baru bawa dia masuk rumah balik..

Dah masuk rumah, tenangkan diri masing2..Barulah discuss balik apa yang berlaku tadi..
Rupa2 nya si budak pengsan tu jadi pening lepas dengar cerita pasal darah tadi ditambah perutnya tengah kosong..
So, itulah cerita malang, menakutkan dan kelakar dalam sejarah yang berlaku di rumah sewa kami malam ini...
Kita orang tergolek2 terkinja2 terhenjut ketawa sambil cerita apa yang kita orang buat tadi..
Bolah lari keluar rumah bila kawan tengah sakit....
Orang yang sakit tue plak yang kejar ikut kita orang balik..har3

Wednesday, January 12, 2011

"Penat" that all!!

Hari ini sangat2 penat sebab dari pagi sampai petang aku buat kerja2 makmal.
Aktiviti aku bermula dari pukul 8.30 pagi tadi dan pukul 5 petang baru balik rumah(adalah waktu2 pergi makan dan solat kejap).
Kepala nie pun da pening2..So aku kena rehat dulu ye..
Esok pun still sambung buat ekperimen kat makmal tu...
Dan yang paling menyampah adalah alatan kat makmal yang tak mencukupi.
Samapi kena tunggu turn yang agak lama...apa kes!!benci lah kena tunggu2 nie..
Kerja yang cepat jadi lambat..

inilah gaya aku tido kalau ponat...hik3

love:nora

Tuesday, January 11, 2011

Apa kaitan 11.11.11 dengan entry kali ini??

11.1.11 ni tak ada kaitan pun dengan entry kali ni..
Just nak letak nombor yang cantik tu sebagai tajuk..hik3
Apa yang nak di updatekan hari nie??

Nope idea, so aku kongsikan kegilaan aku semenjak 2 menjak nie ye...
Tak lain dan tak bukan adalah----->layan cerita korea secret garden..
Cerita ni bersiaran kat astro, tak silap aku 393 HD...
Awal2 aku tak tahu pun kewujudan cerita nie, then adik pompuan aku yanie mintak tolong aku download kan cerita ni untuk die sebab dia tak dapat tengok. Kat rumah sewa dia tak ada channel 393 tue.
Sebagai kakak yang  baik hati aku pun cari dan berusaha download kan cerita tu siang dan malam(poyo x)..
Cerita ni ada 20 episod, tapi sekarang baru sampai episod 18..next week akan masuk episod 19 dan 20..
Dalam genggaman aku pun dah ada 18 episod...muhahahaha(buat muka kerek)!!
Alang2 aku pun minah korea, apa lagi layan jelah cerita tue..
Tanpa disangka2, cerita nie best giler...kim joo won(hyun bin) cute sangat2 dalam cerita nie..i like!!hehehe
kisah yang sangat unik sebab watak lelaki kim joo won dan watak perempuan gil ra im nie bertukar badan..tetapi tu berlaku ketika hujan sahaja..
Nak bagi cerita ni 5 bintang lah...
Sape2 yang dah tengok cerita ni mesti setuju dengan saye kan2??
Kalau korang nak layan jugak silalah pegi kat sini---->Secret Garden

so sweet..

Nie antara Ost cerita ni yang paling best..."That man"..lagu nie pun ade versi perempuan "That Woman"

video

love:nora

Monday, January 10, 2011

Keputusan AJL ke 25!!!

Masih hangat lagi keputusan ini macam goreng pisang!!

Persembahan Terbaik-Hanyut Faizal Tahir
Vokal Terbaik-Noktah cinta Hafiz

Tempat ke 3- Noktah Cinta hafiz (komposer ajai)
Naib juara- Drama king Black+ Meet Uncle Hussien (komposer taja)
Juara- Ingatkan Aku Ana Rafali ( Lagu ditulis sendiri oleh beliau)

Aku harapkan Shahir or Adira ada menang apa-apa anugerah tapi hampa..
Walau apa-apa pun black pujaan hatiku tetap dapat anugerah...yes!!

Tahniah kepada semua pemenang walaupun ramai yang tidak puas hati dengan keputusan AJL 25 kali ini.
Persembahan artis pada acara pembukaan AJL ke 25 pun best2....suara Nash masih mantap seperti dulu2..

Saturday, January 8, 2011

mari bersenam!!!

wah petang tadi sempat pergi bersenam dekat padang Universiti..
Ada alat2 untuk senaman kat situ..
Ade yang main kayuh2..ade yang angkat berat sendirik..ade yang pusing2 pinggang..
Aku cube semua benda yang ade kat situ, jakun katekan..first time jejak kaki kat situ untuk exercise.(selama 4 taun bertapak kat UTHM nie).
Sebelum nie sekadar lalu dan tengok orang lain je yang bersenam dan jogging..
Best la main2 kat situ..
Badan saya da jadi macam ni setelah 1 jam bersenam dengan bersungguh sungguh tadi...


---


--


--


--


--


--


--


--


--


--


--


--


--


--


--


---------->

















tarra...lentik kan badanku..hik3

"Nak kongsi gambar yang cantik dengan kamu semua"

Permandangan gua dalam air di Bahamas yang di terokai oleh para saintis..
what a wonderful view~~
Gua nie juga dikenali sebagai Bahamas bule's hole
Meh kita tengok lagi gambar2 yang lain...


Bukak2 yahoo homepage je nampak gambar2 nie..Terus rase nak masukkan dalam entry tengahari nie..



love:nora







Friday, January 7, 2011

ahmo!!Pendakwa raya minta Ariel dihukum 5 tahun penjara!!!

Gambar Ariel di dlm sebuah mahkamah di Bandung pd 13/12/10
Menurut Kosmo hari ini, pendakwa raya Indonesia menuntut mahkamah supaya Ariel peterpan atau nama sebenarnya Nazriel Irham Alias di penjara 5 tahun dan didenda 250 juta rupiah (rm 85, 461) atas kesalahan melanggar undang2 pornografi dengan mengedar dan menyalin 2 klip video lucahnya bersama Luna Maya dan Cut Tari.
Hukuman keatasnya akan diputuskan hakim dalam temph 2 minggu lagi.
Kita nantikan keputusan mahkamah..
Yang benar tetap akan benar,Yang salah tetap akan salah..
Harapkan yang terbaek kay..

Thursday, January 6, 2011

Argghh.....!!!

Ade perasan yang tak terluah dari aku
Satu perasan yang tak pasti kehendaknya
Kadang2 jiwa rasa celaru dan minda rasa keliru
Adakah aku sudah giler??Atau se erti dengannya adalah mereng??
Tekanan ini disebabkan aku sudah lama tak balik rumah penangan Projek Tahun Akhir atau juga dikenali sebagai Projek Sarjana Muda(PSM)..
Last sekali aku balik adalah sebelum final sem lepas..
Sekarang da masuk sem baru aku masih tak dapat balik..
Komitmen aku pada projek ni menyekat kehendak naluri aku..huhuhu
Ommoni....abogi...Daku mahu pulang makan tengahari esok boleh??
Kalau lah itu boleh terjadi, tp jarak johor dengan Terengganu amek masa 7-8 jam naik bas...
Okeylah sesi lepas perasan berakhir di sini..
Eh, tadi baru ade kawan lame add aku di Facebook..
Lame tak jumpe die..
Last sekali jumpe dia masa aku form 4 then aku pindoh sekolah sampailah sekarang tak pernah jumpa lagi..kire2 7 tahun lah sebab sekarang aku dah 23 tahun...(bocor usia mak..hehehe)
Sesi bergosip sedang bermula..bubye~~~
love:nora

Tuesday, January 4, 2011

Apa pengertian kahwin??

Hari tu ada orang tanya aku..
Apa pengertian kahwin pada aku?
So, jawapan aku ringkas aje---->"Aku nak kahwin supaya ada orang boleh teman aku sepanjang hayat aku serta yang boleh jaga aku dan nak ada anak-anak yang comel"
Itulah jawapan poyo orang yang single macam aku...=P

Bagi korang macam mana ye?

Pernah terfikir tak apa yang korang harapkan daripada perkahwinan yang korang akan bina selain daripada mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W..Pada yang dah kahwin tu diharapkan bahagia melayari bahtera rumah tangga ye..


Sebagai perempuan(ala2 perempuan melayu terakhir gitu) aku mengharapkan perkahwinan yang dibina dapat memberikan seribu satu kebaikan dalam hidup aku. Semestinya sang suami dapat membimbing sang isteri dengan sebaik-baiknya...
Jadi perkahwinan dapat melengkap hidup sang teruna dan sang dara..
Cewwah, malam2 berbicara pasal kahwin plak...
Target nak kawen aku jauh lagi sebab calon sang suami masih dicari-cari..lalalala..
Sape yang sudi bolehlah tinggalkan jejak di sini ye...(muke ala2 Lee Minho dikehendaki);))


peace no war:nora

Monday, January 3, 2011

B.E.S.T

Ini ulasan aku pada lecturer untuk kelas first pagi tadi..


En. Sufyan namanya..


Kali pertama nampak dia nak masuk kelas aku ingatkan dia bukan lecturer untuk kelas aku..


Tapi memang dia..


Dia dah bagi good impression for the first day..
Asyik senyum dan dia okay..
Hari first biasalah mana nak mengajar lagikan..
Dia cakap lah hari ini dia just nak bagi pengenalan pada subjek yang dia ajar..
Aku dan kawan2 aku yang lain senyum2 kambing ler..sebab kami memang dah agak pun camtu..
Dia boleh perasan dan tanye"awak senyum2 perli saya ker?"
hahaha...he so funny..
Then dia cakap lagi mungkin senang nak dapat "A" dari dia..Itu yang kami mahu!!!
Kita tunggu dan lihat okes...deal!
kalau pensyarah tue muke camni lagi best kan kawan2...=)

Sunday, January 2, 2011

Ayuh kita ke sekolah!!


Esok hari first sem ke 8 aku..wah2 dah sem last da..
Bersemangat waja nak habiskan saki baki tahun 4 ni..
Pas da abes kene LI dulu 2-3 bulan then grad....yes!!(bukan Year End Sales kay)..
Nanti time konvo nak pose camnie leh x....

sah2 ini bukan aku ye...

cayalah klau mak pose camnie..hahahaha
Okaylah..malam nie kene tido awal esok kan nak mulakan hari baru dengan bersemangat waja....

sarang hae oppa

Hahaha...tajuk tergedik lak kali nie..
Saje-saje je buat entry nie sebab tengah syok layan lagu korea dari kumpulan JYJ..best2 lagu dia orang..orang nye pun encem2 and cute2..itu yang penting...hahahaha..

Eh, Minho oppa jangan marah...i still love u lah...(jangan ade yang muntah ye)

Nie antara lagu yang aku suke dengar dari JYJ-Found you..ni OST tuk cerita sungkyunkwan scandal..kiter layan~~Junshu,Yushun dan Jejung oppa....lalalala

video

Thanks for being firend

Dapat award ke 2 dari chegu abbas ye




Award nie ditujukan buat semua follower blog dia..
Suke award nie sebab dapat memeriahkan lagi hubungan sesama blogger...
Dan yang pastinya aku nak tag 5 orang:
1) shekechik
2) yaw
3) sha
4) lea

5) nurezzat

Saturday, January 1, 2011

Al-Fatihah


Seperti yang diketahui ramai..
Pelakon Faizal yusof telah meninggal dunia pada 1.45 tengahari ini akibat serangan sakit
jantung.
Aku yang baru pulang terkejut mendengar berita itu dari housemate ku..
(berita sensasi sentiasa disampaikan kepada aku)
Cerita yang dilakonkan oleh arwah sedang dimainkan di TV3 setiap ari isnin-khamis(Tira-misu)
Al-Fatihah untuk arwah..semoga arwah di tempatkan dikalangan orang2 yang soleh..amin..
Aku turut bersimpati pada isteri arwah yang sedang sarat mengandung, moga dia tabah menghadapi ujian tersebut.

oh tahun baru ku


Hahaha..orang lain bergembira sambut tahun sambil lepak2 or tengok konsert(lebih afdal join majlis keagamaan..hu3)..

Tapi aku berada dalam kesesatan..oh bukan2..aku bukan buat maksiat atau seangkatan dengannya..(korang jgn pikir negatif)

Sebenarnya kakak aku satu family(kakak aku, abang ipar aku dan 3 orang anak buah aku) datang dari Terengganu nak pergi majlis kahwin kawan dia dekat tangkak, muar, johor. So, sebelum pergi dia singgah ambik aku dekat Batu Pahat semalam. First of all, kita orang pergi makan dulu dekat Parit Raja area rumah sewa aku lah ni....aku bawa dia orang pergi makan dekat kedai kepunyaan orang Kelantan sebab abang ipar aku orang Kelantan(sama negeri dengan Khairul Fahmi tue...hehehehe) lagipun masakan kat situ sodap..

Dah siap2 makan kita orang gerak nak cari hotel tuk menginap malam tue, aku ajak tidur rumah sewa aku tapi abang ipar aku segan dengan awek2 cun kat rumah aku tu..Ada 3 orang housemate aku yang lain pipah, leen dan zam. So pergi satu hotel yang aku tahu area parit raja tu, nasib kami malang sebab da penuh...mungkin sebab minggu ni pelajar baru U aku baru daftar masuk, mungkin ramai yang menginap kat situ.

Kami pun meneruskan perjalan seterusnya misi mencari hotel murah untuk bermalam..niat di hati kakak dan abang ipar aku nak pusing ke segamat balik sebab dari segamat esok terus nak ke tangkak,muar rumah member dia orang tue.

Yang menjadi masalah balik adalah kita orang tersalah masuk simpang di simpang air hitam..kite orang terus je jalan ke kluang..oh apekah ini!!

Dah tersampai kat sana kira2 sejam, pusing2 cari hotel..we lost!!!

Call member aku yang duduk kluang tanye tentang selok belok kluang..then finally we decided tuk pusing balik dan nak cari hotel kat Batu Pahat je..meh aku tunjukkan lakaran perjalan merapu kami semalam..



Aku memang ler dah belajar kat Batu Pahat nak masuk 4 tahun. Tapi disebabkan aku ni seorang budak yang baik dan tak suke berjalan, so mana aku tahu bab jalan2 kat sini(cewwah padahal ko kaki jalan lah nora, just ko tue lembab bab hafal jalan2 nie..amma dei..har3)


Nampak tak kerja sia-sia yang kita orang lakukan di malam tahun baru..hush3
Sambut tahun baru dalam kesesatan yang ape ape aje..pape pun..
aku dapat satu pengajaran yang amat bermakna..
Nora kamu mesti hafal jalan yang pernah kamu lalu!!
Last2 kami check in kat Novo hotel Batu Pahat dalam pukul 12.30 a.m 1/1/2011
Aku dapat satu bilik and family kakak aku satu bilik.
Aku yang jenis penakut nie ape lagi..terus ajak sorang anak buah aku temankan..
itulah story mory aku di malam tahun baru...
yang menjadi mangsa teman aku..