Sunday, May 29, 2011

Sudah seminggu aku praktikal....ape cer??

Lamanya aku tak menulis catatan aku kat sini, hurm semenjak praktikal 23/5 aritu aku asyik tido awal je. Tak ada masa sangat untuk bersosial dekat blog nie. Dah lama jugak lah aku tidak menjalankan aktiviti blog walking menjelajah blog-blog yang aku biasa singgah. Yela balik kerja sampai rumah kakak aku ni dah dekat pukul 6. Mandi-mandi+rehat-rehat sikit+makan malam= selepas solat isyak terus terbungkam atas katil. Padahal bukan penat sangat badan, tapi mungkin sebab berada kat luar rumah separuh hari menyebabkan minda aku mempengaruhi badan dan menyatakan badan aku penat dan perlu tidur awal untuk bangun awak esok harinya...hahhaha..hebat tak konsep pemikiran aku yang cetek nie??..
Dalam seminggu aku praktikal ni, tak banyak lagi yang aku dapat belajar. Just sikit-sikit dan aku punyai banyak masa untuk ber FB di tempat kerja aku tue..hahaha..best kan. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing, so aku dengan sorang lagi kawan aku yang praktikal kat situ kena pandai-pandai cari peluang untuk belajar daripada dia orang. Semua kat situ baik-baik, tapi aku je yang kurang pandai ambil kesempatan untuk kaut ilmu dari mereka semua. Penyelia aku lagilah sibuk, yela bos katekan..Apa-apa pun aku suka tempat aku praktikal sekarang nie. Hope everything is okey  untill aku tamatkan latihan industri aku kat situ.amin.

Wednesday, May 18, 2011

Fasha sandha Dan jejai kembali bertaut??

Apa nak jadi lah dengan dia orang berdua nie?kejap bercinta pastu putus, lepas tue  bercinta balik tup2 putus balik dan latest ni diaorang dikatakan bercinta kembali. Ada yang kata nora danish penyebab bekas suaminya jejai dan fasha sandha tu putus. Tapi dalam paper metro semalam si nora danish ini mengakui sedang bercinta tapi tidak dinyatakan siapa yang bertuah itu. Emak  fasha sandha ini pun ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah tidak ambil pusing hubungan anaknya dengan jejai kerana dari dulu sampailah sekarang dia tidak pernah merestui hubungan mereka berdua. Bagi dia, dia mengharapkan anaknya fasha mendapat pasangan yang lebih baik dan sesuai untuk dijadikan suami. Kahwin jelah cik fasha sandha yang jelita oii, habis cerita. Apa-apa pun, all the best guys..hehehehe.





saat bahagia

"gambar lama"

Monday, May 16, 2011

shahir tolak cinta rozita che wan??

Yes!!!hahahaha....nape aku yang bergumbira. Tak bersebab pun sebenarnya. Tadi ada baca paper pasal shahir yang mengeluarkan kenyataan bahawa dia dan rozita che wan langsung tiada hubungan cinta seperti yang disiarkan akhbar sebelum ini. Tapi artis nie selalu je buat ayat cam gitu tapi last-last buat pengakuan berani mati...kami akan kahwen!!hohohoho. Apa-apa pun aku rasa macam kurang cocok je kalau dia orang betul-betul bercinta macam komen aku di entry sebelum ini. Yelah walaupun rozita che wan janda yang cantik dan bergetah lagi, tapi ibarat emak dengan anak jelah dengan si shahir tu.Dah lah tak nak komen panjang-panjang karang ada jugak yang kena simbah dengan asid macam yang tengah melanda KL sekarang nie kes simbah asid berlarutan. Apa-apa je orang zaman sekarang nie..chow dulu..

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru Kepada semua tenaga pengajar seluruh dunia

16 mei adalah hari guru yang sentiasa disambut untuk meraikan guru-guru yang banyak berjasa kepada kita dan negara. Tanpa guru tidak mungkin wujudnya seorang menteri, perdana menteri, tentera dan sebagainya. Oleh itu kita haruslah menghargai jasa mereka dan berterima kasih di atas ilmu yang telah dicurahkan oleh mereka kepada kita.
Kepada semua guru-guru Tadika Sntng, Sek.Ren. Kg.Sntng, Sek.Men.Keb.Durian Mas, MRSM KT dan pensyarah-pensyarah di KMPP dan UTHM saya ingin mengucapkan selamat hari guru dan jutaan terima kasih di atas segala jasa cikgu selama ini. Tanpa guru siapalah saya hari ini.
Cikgu yang paling saya ingati dan sayangi adalah Pn.Norazlini bt Ali iaitu cikgu sekolah rendah saya yang merupakan guru kelas sayaselama 3 tahun kalau tak silap. Semoga guru-guru sentiasa mencurahkan ilmu kepada kami tanpa jemu...Akhir kata "Selamat Hari Guru".

Merancang masa depan...

Menghitung hari menjadi manusia yang bekerjaya. Dah tak sabar nak menempuh alam pekerjaan dan ada duit poket sendiri, kereta sendiri, keluarga sendiri dan rumah sendiri. Macam mana lah aku dalam tempoh 5 tahun akan datang ye? Itu pun kalau umur aku masih panjang lah kan, ajal maut di tangan Allah S.W.T. Macam-macam yang dah berputar dalam otak aku kalau aku dah bekerja dan punya pendapatan sendiri. Nak buat itu, nak buat ini, ini dan ini,...hahhahaha. Harap-harap dapatlah kerja yang menjamin masa depan dan mampu memberi aku kesenangan walaupun bukan kemewahan. Nak balas jasa mak dan ayah lagi (itu yang paling penting). Aku doakan semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi aku daripada menjadi anak yang derhaka suatu hari nanti. Yelah kan, banyak kisah-kisah sekarang tentang anak-anak lupakan mak ayah apabila dah berjaya. Buang keluarga, jadi sombong dan bagai lagilah.
 Tapi first of all, mestilah nak kena habiskan tempoh praktikal selama 2 bulan ini dulu dan konvo bulan 10 ini. Kahwin?? hurm, Bila dah ada calon yang sesuai leh lah kahwin...hehehehe.

Lu Langsi Lu Mati!!

Tadi baru je menonton wayang cerita Kongsi lakonan sam yang cakap dielek kelantan tue. Bagi aku ceritanya biasa2 aje, just ada aksi sikit-sikit dan lawak lah jugak. Tapi yang paling aku tak suke bila ada persoalan yang cerita tadi tak rungkaikan. Benci betul tengok cerita tergantung camtue. Itu pendapat akulah, tapi ada je orang yang sama panggung dengan aku tergelak bagai orang gila time tengok cerita tadi tue..Apa-apa pun thank to my adik,yanie yang belanje kakakmu ini tengok wayang tadi dan tidak lupa juga pada kawannya yang belanja makan tadi..i,m sorry kakak tak kerja lagi,so tak mampu nak belanja..hehehehe.

Wednesday, May 11, 2011

Anak sendiri di anak tirikan??

Kenapa kadang-kadang berlaku kes anak sendiri di anak tirikan? Aku pelik dengan segelintir sikap manusia yang hilang sifat penyanyang dalam diri mereka terutamanya terhadap anak sendiri. Adakan tekanan hidup yang menjadikan mereka bersikap begitu? Aku bercakap tentang perkara biasa yang terjadi di mana-mana tanpa menujukan buat siapa-siapa. Tapi siapa yang makan cili dia yang terasa pedas kan!! Anak adalah anugerah Allah S.W.T yang tak terhingga kepada setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Dan sudah semestinya menjadi tanggungjawab kepada setiap ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka dengan sempurna dan memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak mereka. Ini tidak, ada yang sanggup mendera anak sendiri bahkan melayan anak-anak sendiri seperti anak ini menyusahkan mereka dan membebankan mereka. Padahal anak adalah rezeki dari Allah yang tidak terhingga kepada mereka.
Aku bukan apa, cuma sedih melihat nasib anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang yang sempurna daripada kedua ibu bapa mereka terutamanya dari keluarga yang bercerai berai.  Kadang-kadang ada ibu yang sanggup memaki- maki anak mereka walaupun anaknya melakukan kesalahan yang kecil sahaja. Dan lebih mengecewakan jika mereka sanggup memaki anak sendiri dengan mengatakan anak kandung mereka itu sebagai anak pungut!!! Ya, Allah kau bukakanlah pintu hati semua ibu bapa di dunia ini untuk terus menyayangi anak-anak mereka dan menjaga mereka dengan baik.amin...:'(

Tuesday, May 10, 2011

Sudah Mengandung 3 minggu..=)

Eh2, bukan aku yang mengandung lah. Aku mana kahwin lagi so haram kalau mengandung sekarang, yelah nanti jadi mengandung anak luar nikah plak..ish3,minta dijauhkan. Berita gembira yang aku nak kongsikan bersama ini adalah pasal Adelia isteri baru Pasha ungu yang sudah mengandung masuk minggu ke 3. Kira bunting pelamin lah kot sebab dia orang baru kahwin pada  27/3/2011 yang ada aku buat entri pasal perkahwainan dia orang sebelum ini. Tahniah buat kamu berdua...=).

Berat Hati Meninggalkan UTHM selepas 4 tahun..

Aku orang pertama balik kampung berbanding budak2 rumah sewa aku yang lain. Yelah paper aku last hari jumaat pukul 11.30 a.m pada 6/5/11 dan keluarga aku sampai dekat rumah sewa aku di parit raja dalam pukul12.00 p.m pada 6/5/11 pada saat aku keluar dewan exam diorang dah nak sampai rumah sewa aku. Tak sempat aku nak bermesra-mesraan dengan kawan-kawan serumah aku dulu sebelum balik. First2 aku langsung tak  ade rasa nak menangis time peluk sorang2 kawan aku, tapi tibe2 sorang budak rumah yang aku panggil ina nie menangis lah plak. Aku terus rasa sebak n time tue jugak aku nangis. Tapi disebabkan malu ngan family, maka aku pergi masuk bilik kejap untuk kesat air mata yang masih bersisa itu.
Serius aku terasa rindu sangat dengan kawan-kawan seperjuangan aku di UTHM tue terutamanya my lovely housemate. Harap-harap konvo dalam bulan 10 nanti kita boleh jumpa lagi ye kawan-kawan. Saat jari-jemari ku menulis coretan rasa ini, hati rasa sayu sangat-sangat sebab terasa bagaikan kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam kehidupan ini. 4 tahun kita sering bersama walaupun kadang-kadang ada perselisahan yang berlaku, tapi kita semakin rapat dan bertambah erat..Buat rakan-rakan kesayanganku Shakira, Ain, Syira, Leen, Ina, Pipah dan Za, aku doakan korang berjaya menempuh kehidupan diluar sana dan jangan lupakan aku ye....=))

Sunday, May 1, 2011

Shahir VS Rozita Che wan


Hadduiyyaii...mengapa perlu ada kabahagian dalam perpisahan ini wahai abang shahir...mengapa mesti kamu memilih dia sebagai penggantiku...huhuhuhuu
Sesuai ke kalau Shahir berpacaran dengan Rozita che wan tue??oh, kalau dah jodoh apa salahnya kan..Pedih hati gedikzs ini walaupun ini hanyalah khabar angin atau gosip semata-mata...minah kepoh ini memang mengambil berat dunia artis (tangan ke bahu dengan mata ke atas)..kih3..
Tak ada apa yang nak di komenkan sangat di post petang ini..Hari ini penat mengerjakan ayam2 untuk dibuat bbq malam ini. BBQ terakhir untuk FKAAS batch 2007/201...we will miss this moment forever  =)).

1/5/2011

Aku menulis blog ini tepat pada pukul 1.55 a.m iaitu 1 mei 2011...selamat hari buruh kepada semua warga malaysia!!! Sedih sangat blog ini terpaksa di private kan beberapa hari di atas sebab-sebab tertentu..Rasa nak nenges je..Fasha nak sandhar~~~kihkihkih...Kenapa diprivatekan??Tak perlulah diceritakan cerita yang tak masuk carta box office nie.
Now, tinggal lagi 2 paper final lagi yang perlu aku hadapi..fire2!!! Lepas tue bercuti kejap sebelum masuk praktikal pada tarikh kelahiran aku iaitu 23 mei ini...Nak hadiah!!
Tadi baru lepas tengok konsert AF9 minggu ke 4 dekat utube..aku suka tengok persembahan afif, hazama, lena dan Nera...Juri kate Nera mungkin juara tapi lepas tengok diari af9 petang tadi aku jadi alittle bit menyampah dengan die....huuhuhuuhu..i'm sorry bak kate amir!
Oh, semalam tak sempat nak komen pasal Maharaja lawak kan..yang pastinya Jozan terbaik diikuti man, jambu dan sepah..yang lain tue so-so je termasuk nabil. Mail lambung terbaek..common lah...=))

p/s:lepas nie kena privatekan lagi beberapa hari...sob3..=(