Tuesday, March 15, 2011

Cinta dan masalah???

Sesi aku meluahkan pendapat aku di blog aku sendiri.So, apa-apa yang diperkatakan disini tiada kaitan khas dengan sesiapa yang tengah bernafas dalam udara yang semakin tercemar diluar sana. Sudah lama aku perhatikan, amati, survey dan yang seumpama dengannya tentang sikap pasangan yang bercinta diluar sana. Sudah tentu perkara ini tiada kaitan dengan aku sebabnya aku belum pernah bercinta..teeet!
Dalam banyak-banyak perkara yang aku pernah lihat dan perhatikan, aku tertarik dengan satu perkara yang sering terjadi dalam perhubungan sepasang kekasih ini.
Mengongkong yang melampau dan pasangan begini aku namakan sebagai "bangang". Ops,sory terkasar bahasa sikit.Kenapa aku kata pasangan ini pasangan yang bangang?hahaha,meh aku explain pendapat aku yang masih mencari cinta ni dan tidak berpengalaman ini. Pertama sekalinya bangang itu ditujukan kepada pihak yang mengongkong itu, baik lelaki mahupun perempuan. Eii, korang mesti rimaskan setiap apa yang kita hendak buat tersekat lebih-lebih lagi aktiviti yang kita suka buat seperti tengok wayang dengan kawan, shopping dengan kawan mahupun keluar jalan-jalan dengan kawan. Bagi aku pihak yang mengongkong melampau itu terlalu selfish dan berfikiran sempit serta tidak percayakan pasangan masing-masing. Cubalah korang yang berfikiran begini memberi sedikit ruang kepada pasangan anda untuk mereka membuat aktivti yang mereka gemari,tetapi selagi pasangan anda tidak membuat onar kepada pasangan masing-masing lah kan. Memang tidak dinafikan lelaki lebih bersifat protective kepada pasangannya tetapi jangan ter over protective sehingga membuatkan pasangan anda merasa bosan dengan kehadiran anda dalam hidup mereka. Dan wanita yang dapat bertahan dengan lelaki sedemikian amatlah hebat dari pandangan aku kerana mampu bertahan dengan tekanan jiwa sepanjang masa. Selaian daripada itu, yang paling obviuos dalam sesuatu perhubungan adalah perempuan tersangat-sangat mudah cemburu atau lebih tepat cemburu buta kot. Kadang-kadang cemburu perempuan terhadap pasangannya sangatlah tidak berasas dan mengada-ngada. Malaslah aku nak komen panjang-panjang tentang permasalahan cinta ini kerana aku belum ada pengalaman yang mendalam dalam hal-hal begini. tapi harap-harap kalau aku bertemu jodoh suatu hari nanti, minta dijauhkan dari semua permasalahan ini dan bertemu dengan pasangan yang ideal buat aku..amin...

No comments: