Monday, March 28, 2011

Photo Hari Bahagia Pasha Ungu

Bersesak-sesak dengan jurugambar yang mahu merakamkan detik bahagia pasha ungu..Orang femes nak kahwin pun susah ye...hehehe

Kira macam keluarga pengantin belah lelaki tunggu masa untuk masuk ke rumah pengantin perempuan..=))
sama cantik sama padan..weee

 

~hepy nya orang baru kahwin nie~

Daripada apa yang aku baca, okie bekas isteri pasha nie pun datang ke majlis tersebut dengan ditemani kekasih dia. Tabahnya dia..huhuhu

Saturday, March 26, 2011

kemajuan tanpa kusedari...+ Tahniah buat Pasha ungu & Adelia

Hiii...malam ini aku menulis blog buat pertama kalinya di atas katil di dalam bilik aku. Ini bermakna rumah aku dah ade streamix tanpa aku tahu. Sampai rumah pagi tadi dalam pukul 4.30 pagi dari Batu Pahat my big bos a.k.a ayah aku terus on lappy die..ops,ayah dah beli laptop rupenye. Dia buka facebook di pagi hari..har3..like daughter like father pepatah ini dah jadi terbalik sebab anak yang ajar ayah main fb!! Ingatkan guna broadband adik aku, tapi dengan pantasnya my daddy cakap"guna streamix lar". Terus aku berlari pergi dekat telifon rumah nak check kebenarannya,waa dengan gumbiranya mata aku telah sahkan kebenaran itu. So, sekarang dah tak payah berebut nak guna broadband nan satu adik aku tue. Dengan streamix segalanya mudah...=)).
Alang-alang aku dah buat post malam ini, aku nak ucapkan tahniah buat Pasha ungu dan bakal isterinya Adelia akan melangsungkan pernikahan mereka esok..Congratulation ye!! Esok aku nak cari gambar dan video pernikahan mereka sebab aku memang minat dengan Pasha ni..hehehehe.He is one of my peberet singer okess...

Friday, March 25, 2011

[Ketidak][tenangan][yang][melanda][diriku!!]

Lama aku tidak menulis coretan hati aku kat sini dek kesibukan yang melanda. Macam-macam perkara yang masih tidak dapat aku siapkan seperti projek tahun akhir aku, projek subjek, dengan program universiti yang kau masuk dan lebih-lebih lagi aku masih tidak mendapat tempat untuk praktikal( dah dapat JKR tapi masih mencari syarikat swasta). Ikutkan hati rasa macam tak dapat nka siapkan semua perkara dalam masa terdekat ini, tapi aku dah masuk sem akhir ni mana boleh nak tangguh kerja itu semua. Kalau tidak, sila repeatlah cik nora sayangku oii..nonono!!! 4 tahun aku dekat sini dah rasa muak nak mampus apatah lagi nak tambah lagi satu sem??Tidak sama sekali. So, walau macam manapun semua kerja nie mesti kena siapkan juga sebelum due datenya. Hasrat hati nak balik dah berminggu-minggu tapi asyik tertangguh dengan perkara-perkara yang tidak diduga seperti presentation asyik tertangguh dan juga dengan test yang berturut-turut tiap-tiap minggu. Rindu nye nak lepak-lepak kat umah dan main dengan anak-anak saudara aku kat sana tue. Nak berusaha untuk balik jugak.Mak!!!saya mau pulang......

Sunday, March 20, 2011

Nichkun 2p.m. berasal dari thailand!!!!

Aku memang hantu korea dan minat band2 dari sana seperti Super junior, Shinwaa, 2p.m, Shinee, FT island, Wondergirl, girl generation dan sebagainya lah. Paling aku suka tengok game show dari korea sebab selalu jemput artis-artis dari band2 femes nie..dulu aku tengok star king, pastu Star Golden bell, Strong heart dan juga Oh!My School..semua game show nie akan buat aku macam orang gile sebabnya aku akan ketawa tiba sambil tepuk-tepuk tangan atau tepuk meja.
Nak dijadikan cerita,malam tadi aku jalan-jalan kat youtube mencari-cari game show dari korea yang aku tak pernah tengok dan tiba-tiba aku terjumpa satu temubual kumpulan 2p.m di thailand. Dan yang buat aku terkejutnya bila nichkun dari 2p.m tue faham apa yang orang thailand cakap dan boleh bercakap balik dalam bahasa korea.
nichkun(profile dia)
Then aku cari lagi pasal dia barulah aku tahu rupa-rupanya dia berasal dari thailand!!! Mungkin aku orang yang paling lambat tahu kot, aku yakin housemate aku yang lagi hantu korea dari aku mesti tahu. Tapi dia balik kampung dan mungkin hari ini baru balik rumah sewa kami balik kot, tak sabar nak bercerita dengan "AIN"..hehehe. Orang thailand boleh jadi kegilaan ramai di korea!!OMG betol kan...Dia boleh menari tarian korea and fasih bercakap bahasa korea sekarang..ini video yang aku jumpa semalam "nichkun". Bila aku jumpa pasal dia malam tadi aku terus kagum dengan dia sebab dia boleh survive kat korea sorang-sorang tanpa keluarga..hehehe.


Chansung
Tapi dalam 2p.m tue aku paling minat chansung sebab die comey...arrghh..so cute!.




2PM

p/s:update gedik untuk hari ini ye.

Wednesday, March 16, 2011

Awan radioaktif bergerak ke Tokyo

Situasi di Jepun sekarang amat membimbangkan ekoran daripada letupan  di stesen tenaga nuklear Fukushima yang menyebarkan radiasi ke udara. Letupan di loji nuklear ini berlaku disebabkan tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini. Perkara ini amat merbahaya jika radiasi ini terus tersebar ke seluruh kawasan tempat kerana radiasi boleh membunuh dan mengubah sel badan manusia yang menyebabkan penyakit barah orang yang  terdedah kepadanya. Lepas satu, satu bencana menimpa Jepun. Aku amat bersimpati pada nasib yang menimpa mereka terutamanya kanak-kanak yang tidak menyedari apa yang sedang berlaku pada negara mereka. Menurut kosmo hari ini, "awan radioaktif kesan daripada siri letupan di stesen tenaga nuklear Fukushima dibimbangi akan sampai ke ibu negara Jepun iaitu Tokyo. Amaran itu dikeluarkan selepas kerajaan Jepun semalam membuat pengumuman bahawa radiasi dari loji nuklear milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) itu kini merupakan ancaman terhadap nyawa manusia."

Tuesday, March 15, 2011

Dalam Kesamaran

Tajuk tak ada kaitan langsung dengan gambar..hahaha..Hari ini tiada bebelan khas yang ingin di sampaikan kepada diri sendiri just buat post sambil lewa saja. Hurm, sometimes aku terfikir macam manalah suatu hari nanti bila aku dah ada anak-anak then dia orang baca blog aku nie??mesti dia orang ketawakan mummy dia orang nie nanti...cewwah dah pasang hajat nak suruh anak-anak panggil mummy nanti tue, ayah dia orang mesti panggil daddy...hik3.Okey aku stop sebelum aku melalut lagi panjang...daaaaa.

Cinta dan masalah???

Sesi aku meluahkan pendapat aku di blog aku sendiri.So, apa-apa yang diperkatakan disini tiada kaitan khas dengan sesiapa yang tengah bernafas dalam udara yang semakin tercemar diluar sana. Sudah lama aku perhatikan, amati, survey dan yang seumpama dengannya tentang sikap pasangan yang bercinta diluar sana. Sudah tentu perkara ini tiada kaitan dengan aku sebabnya aku belum pernah bercinta..teeet!
Dalam banyak-banyak perkara yang aku pernah lihat dan perhatikan, aku tertarik dengan satu perkara yang sering terjadi dalam perhubungan sepasang kekasih ini.
Mengongkong yang melampau dan pasangan begini aku namakan sebagai "bangang". Ops,sory terkasar bahasa sikit.Kenapa aku kata pasangan ini pasangan yang bangang?hahaha,meh aku explain pendapat aku yang masih mencari cinta ni dan tidak berpengalaman ini. Pertama sekalinya bangang itu ditujukan kepada pihak yang mengongkong itu, baik lelaki mahupun perempuan. Eii, korang mesti rimaskan setiap apa yang kita hendak buat tersekat lebih-lebih lagi aktiviti yang kita suka buat seperti tengok wayang dengan kawan, shopping dengan kawan mahupun keluar jalan-jalan dengan kawan. Bagi aku pihak yang mengongkong melampau itu terlalu selfish dan berfikiran sempit serta tidak percayakan pasangan masing-masing. Cubalah korang yang berfikiran begini memberi sedikit ruang kepada pasangan anda untuk mereka membuat aktivti yang mereka gemari,tetapi selagi pasangan anda tidak membuat onar kepada pasangan masing-masing lah kan. Memang tidak dinafikan lelaki lebih bersifat protective kepada pasangannya tetapi jangan ter over protective sehingga membuatkan pasangan anda merasa bosan dengan kehadiran anda dalam hidup mereka. Dan wanita yang dapat bertahan dengan lelaki sedemikian amatlah hebat dari pandangan aku kerana mampu bertahan dengan tekanan jiwa sepanjang masa. Selaian daripada itu, yang paling obviuos dalam sesuatu perhubungan adalah perempuan tersangat-sangat mudah cemburu atau lebih tepat cemburu buta kot. Kadang-kadang cemburu perempuan terhadap pasangannya sangatlah tidak berasas dan mengada-ngada. Malaslah aku nak komen panjang-panjang tentang permasalahan cinta ini kerana aku belum ada pengalaman yang mendalam dalam hal-hal begini. tapi harap-harap kalau aku bertemu jodoh suatu hari nanti, minta dijauhkan dari semua permasalahan ini dan bertemu dengan pasangan yang ideal buat aku..amin...

Monday, March 14, 2011

Pasha Ungu Feat. Adelia - Penghujung Cintaku

Tengah-tengah malam aku memang suka layan video-video lagu dari penyanyi kegemaran aku seperti bruno mars, ST12, ungu dan banyak lagilah. Kira macam video walking at night lah...hahaha. Dan yang aku tak pernah miss adalah mencari video-video baru kumpulan ungu disamping niat hati nak tahu perkembangan terbaru pasha yang bakal bernikah dengan Adelia 27 march ini. Dah dekat dah dan yang sweetnya mereka berdua ada duet satu lagu bersama dengan tajuk "Penghujung Cinta" maksud yang amat mendalam tue. Dalam erti kata lain mereka mahu hidup semati bersama dan merasakan inilah cinta sejati buat mereka berdua terutamanya buat pasha yang pernah mengalami kegagalan dalam perkahwinan pertamanya dulu. Aku pun mendoakan kebahagian Pasha bersama Adelia. Boleh tahan juga suara Adelia ini walaupun asalnya dia bukan lah penyanyi. Nampak saya dah terjiwang dilarut malam tadi. Okeylah korang layanlah video lagu mereka berdua ini ye dan aku juga sertakan sekali lirik lagu "Penghujung Cintaku" ini.



video


Penghujung Cintaku
berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu [4x]

Sunday, March 13, 2011

Main badminton di waktu malam

Main badminton sambil ditemani cahaya bulan yang dipagar bintang..cewwah ayat nak kasik klasik je lebih. Tadi dalam sejam lebih jugak aku main badminton dengan budak rumah aku depan rumah kami tadi, sebab kebosanan yang melampau hari ini kerana tiada aktiviti yang menarik yang dibuat sepanjang hari ini. Tengah menaip nie pun penat ditangan tak hilang lagi tapi dah wangi ye sebab dah mandi dah..=). Kalau ada masa nak gi lawan badminton dengan Lin Dan lah, tapi aku kena check schedule aku dulu lah(waaa,bukan dia yang busy tapi aku kot)..muhahaha. Berat badan aku dan bertambah secara tiba-tiba hari tue, sekarang ini aku dalam proses diet sebab nak maintain berat badan yang sememangnya dag berat dan lagi bagus kalau boleh kurangkan lagi. Sebab itu lah aku main badminton selalu, asal kira macam exercise jugaklah kan, nak jogging aku memang malas sikit..huhuhu. Takpe2,main badminton pun keluarkan peluh jadi badan pun sihat dan cergas. Okeylah, esok aku still takde kelas tapi ada meeting untuk satu program Universiti yang aku join iaitu"Sustainability". I jadi AJK gitu(niat hati nak tarik diri tapi dah terlambat), so makin bertambah bebanan di jiwa ini. Tata,byebye..nak melayan movie dulu lah camni..

Saturday, March 12, 2011

Jimmy Shanley menanti isterinya pulang selepas menfailkan nusyuz di mahkamah

 Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25 iaitu isteri kepada jimmy keluar daripada rumah selepas 20 hari perkahwinan mereka. Ini bermakna semenjak daripada itu mereka tidak lagi tinggal sebumbung walaupun isterinya sekarang sedang mengandung 5 bulan. Erm, macam masin je mulut aku nie, bukan aku mendoakan keruntuhan perkahwinan mereka tapi sewaktu mereka berkahwin aku sudah mengagak perkara ini akan berlaku. Aku bukannya pakar tilik nasib..hehehe..tapi perkahwinan mereka seperti bukan cinta sama cinta tapi lebih kepada aturan emak Nursuhaila Eliani Suhaimy tue dengan jimmy sebab mereka lebih rapat berdua.
Tapi tadi aku terbaca tentang jimmy yang membuat persiapan menanti anak sulungnya seorang diri kerana ketiadaan isteri disisi. Bayangkan seorang lelaki menunggu isterinya pulang kepangkuan untuk sama-sama menanti saat bahagia sambil melengkapi keperluan bayi tanpa kehadiran isteri disisi. Macam sadis je bunyinya dan seakan-akan dalam novel. Tapi sehingga ke hari ini aku masih tertanya-tanya kenapa isteri dia sanggup keluar dari rumah dan menjauhi jimmy??adakah dia merajuk disebabkan kesalahan jimmy atau sebaliknya?Apakah yang telah berlaku sebenarnya? Aku bukanlah nak jadi hakim menyalahkan sesiapa dalam hal ini tapi aku harap mereka jumpa penyelesaian terhadap permasalahan mereka..Amin...
Hurm,mungkin Allah sedang menguji mereka kan, aku doakan yang terbaik buat kedua-dua pihak. Korang boleh baca berita sepenuhnya dikosmo hari ini ye.

Sudah terokai Hikayat Merong mahawangsa!

First of all, aku bersimpati pada mangsa tsunami di Jepun yang mengalami earthquake pada skala 8.9 magnitude. Harap2 semuanya kembali pulih seperti sedia kala dengan segera dan kepada pelajar2 kita disana, diharapkan anda semua selamat.

Aku dan budak rumah aku baru je balik menonton cerita Hikayat Merong Mahawangsa lakonan Stephen Rahman Hughesdan beberapa pelakon melayu seperti ummi nazeera,jehan miskin, Khir rahman dan lain-lain. Erm,cerita ni not bad lah adalah nampak unsur2 kecanggihan untuk ketegori filem melayu yang boleh dibanggakan. Penggunaan bahasa melayu oleh Stephen pun boleh diterima hawa telinga kita. So, for standard filem melayu cerita ni aku bagi dalam 4 bintang...huhuhu...Apa2 pun, tahniah pada KRU yang berjaya menerbitkan cerita yang hebat begini dibawah arahan yusry KRU sendiri.Keep it up dude..=))
Kepada yang belum menonton lagi cerita ini, pergi lah cepat ke panggung ye sementara cerita ini masih terhangat dipasaran....oh yeah...har3





Friday, March 11, 2011

Anakku bukan anakku!!

Ops,ini bukan cerita indonesia anakku bukan anakku itu ye. Post kedua malam ini adalah kisah benar tentang anakku bukan anakku..teng teng teng(musik suspen sedang diputarkan).
Hahahaha..takdelah. Tadi aku ada terbaca satu entry di yahoo page tentang temubual bersama bekas suami Daphne Iking iaitu Ryan Chong Yiing Yih. Menurut Ryan, mereka bercerai disebabkan Daphne atau nama islam Dahlia  (baca sini) telah curang dengan lelaki lain iaitu Darren Choy Khin Ming sepanjang tempoh mereka masih sah suami isteri. Sehinggalah Ryan mendakwa anak yang dilahirkan Daphne iaitu Isobel bukan anak kandungnya, tetapi anak Daphne dengan Darren. Malah dakwaan itu dibuktikan dengan ujian DNA yang dilakukan oleh Ryan secara diam-diam. Sedih kan, anak yang kita sayang selama ini tiba2 sebenarnya bukan anak kita. Mesti hancur hati dia time tue dan serba salah, kerana anak kecil itu tak bersalah dan tak tahu apa-apa. Korang boleh baca sendiri tembual Ryan ini di sini. Tak silap aku kes ini berlaku dalam tahun 2008 dan sekarang Daphne pun dah kahwen lain kan. Tapi time aku baca temubual tue aku rasa kasihan pada Ryan  time ayat dia yang ini:

"I cried for days after finding out her DNA was not mine. It was tough. I got the results in August 2008 – at the time when we were trying to decide whether we wanted to carry on with the marriage.
At that time, I could not let Daphne know that I knew the child was not mine. And I had to come home every night and look at the child and think: "Do I leave you? Do I not leave you?" It was a very tough two months."

Thursday, March 10, 2011

Saya tak tahu main bola tapi sangat minat sama David Beckham!


Mood hari ini nak share tentang pemain bola sepak luar negara yang paling aku minat sejak bertahun dulu. Ramai orang kata dia bukan pandai main bola sangat cuma lebih kepada popular kerana berkahwin dengan artis iaitu victoria bekham atau juga dikenali sebagai Posh Spicegirls. Ah, tak kisah lah yang penting dia ada karisma ,segak, kaya dan keluarga yang bahagia..hehehe..Aku suka mengikuti perkembangan dia tapi bukan kearah dia sebagai seorang pemain bola sepak, tapi dia lebih kearah kehidupan dia. Ramai yang tahu dia mempuanyai 3 orang lelaki Brooklyn, Romea, Cruz dan yang terbaru isteri dia,victoria sedang mengandung 4 bulan iaitu anak ke-4 mereka.  Tadi aku ada terbaca tentang victoria yang sudah scan anak dalam kandungannya secara 4D(wah2) dan hidung anaknya itu mirip dia, dengan teknologi segalanya boleh!.
Selain itu,bagi aku Beckham kelihatan seperti ayah yang penyayang sebab aku pernah baca ada satu artikel tue menulis tentang dia yang sanggup menunggu sendiri anak sulungnya, Brooklyin dihari pertama persekolahan brooklyn dulu walaupun dia sibuk dengan jadual latihan bola sepaknya. Maksudnya sibuk2 juga,tetapi keluarga tetap diutamakan.
Walaupun dulu dia pernah dikaitkan dengan skandal seks dengan seorang pelacur,tetapi dia berjaya mengekalkan perkahwinan dia dengan victoria. Mungkin dia tak bersalah or maybe yes..dia sendiri yang lebih tahu kan2..huhuhu...
Yang paling aku benci dengan dia adalah------>Dia ada koleksi kereta yang banyak!!sebenarnya lebih kearah jeles ye, bestnya kalau dia bagi kereta tue kat aku, sebijik pun jadilah..hehehehe..okeylah that all,bye2 beck.



Banyak mimpi pelik akhir-akhir ini(-_-)"

Hurm, entah kenapa semenjak dua menjak ini aku asyik mimpi yang pelik-pelik je.
Macam malam tadi aku mimpi ada sorang lelaki ni duk sibuk nak tindikkan telinge aku yang dah sedia bertindik, siap darah-darah lagi sebab dia guna pisau. Aku pun tak tahu kenapa,tapi dalam mimpi tu aku biarkan aje dia buat camtu macam tak sakit plak. Pastu, sebelum-sebelum nie aku mimpi aku kena lawan hantu dan orang yang di rasuk hantu..Ntah macam mana kononnya dalam mimpi tue aku terer bab2 camtu siap baca2 ayat Al-Quran lagi tue..huhuhu. Orang kata mimpi tue mainan tidur kan, tapi aku ni  kadang-kadang boleh dapat mimpi yang sama je walaupun jarak mimpinya jauh2. Hopefully malam nie tidur aku didatangi mimpi yang indah lah plak...okeylah..nunite semua!!!=)

Tuesday, March 8, 2011

"MARIMAR"

Cerita bersiri filipina yang dimainkan diTV3 pada pukul 3-4 ptg dari hari isnin hingga hari khamis. Cerita ini dilakonkan oleh Marian Rivera(marimar) dan kekasihnya Dingdong Dantes(sergio). Dalam cerita ni marian dan dingdong suami isteri dan di realitinya mereka pasangan kekasih yang sweet sangat. Aku tak lah mengikuti cerita ini setiap hari just kalau berkesempatan dan rajin aku akan tengok tapi setiap kali aku tengok mesti feel habis sebab heroinnya cantik dan hero nya hensom sangat!..Cerita dia pun menarik sebab perwatakan marimar dalam cerita ini sangat comel dan childish. Budak rumah aku ni tak pernah miss tengok cerita ni,so kalau aku nak tahu apa2 just tanya dia je. Kat youtube dah ada cerita ni sampai habis, tapi yang sayangnya tak ada subtitle ler plak. Cerita nie panjang kot, sebab banyak konflik yang berlaku dalam hidup marimar bersama sergio. Korang layan cerita nie x??Admire giler dengan kecantikan marian rivera nie,dia anak mix dimana mak dia orang filipina and ayah dia orang spain kot kalau tak silap. Tapi parent dia dah bercerai semenjak dia berumur 2 tahun lagi.  Kalau korang cari dekat youtube tue banyak sangat pasal marian dan dingdong nie macam mereka buat persembahan menari,menyanyi dan macam2 lah.





Monday, March 7, 2011

I'm Nina

Nina si budak cute yang petah bercakap serta bijak. Siapakah budak ini? hihihihi...nina adalah anak kacukan jepun dan english...Emaknya yang berbangsa jepun bekerja sebagai jurujual insurans(something like that) dan ayahnya orang texas bekerja sebagai guru di sekolah menengah di jepun. Mereka sekarang menetap di jepun dan nina berusia 6 tahun. Macam mana aku kenal nina?? Sebab ayah dia, Geof telah memuatkan banyak video2 Nina di youtube semenjak dari nina baby lagi sehinggalah sekarang. Sebenarnya dia buat begitu untuk memudahkan family dia yang jauh di Amerika dapat melihat nina membesar.
Ini penerangan dari ayah nina yang aku ambil dari laman youtube die:


I'm a doting father who teaches at a high school in Japan. I originally uploaded these videos mainly so my family and friends in the U.S. could see how Nina is progressing through life, but since then Nina has made new friends from all around the world.
Thanks to kawaiifull for making the great banners!
メッセージは日本語でもOK



Nina fasih berbahasa jepun dan dalam proses mempelajari bahasa inggeris dari ayahnya. Walaubagaimanupun dia tetap memahami percakapan ayahnya kerana semenjak dari kecil ayah dan ibunya mempersetujui untuk bercakap dalam bahasa masing2 dengan nina iaitu emaknya bertutur dalam bahasa jepun dengan nina dan ayahnya menggunakan bahasa Inggeris.
Bertuah kan nina...=)). Hubungan nina dengan ayah yang dipanggilnya papa sangat rapat kerana mereka sering menghabiskan masa bersama-sama dan ayahnya tidak akan melepaskan peluang untuk merakamkan aksi2 nina ketika mereka bersama....Waaa,aku sangat minat mengikut perjalan nina youtue..Kalau korang nak tengok sila lah lawat youtube nina ini.


nina



Geof and Akiko (papa n mama nina)

Hawaii Wedding and Honeymoon 


p/s: Korang tengok lah gelagat nina di youtube. Sangat-sangat comey dan terhibur dengan gelagat nina yang bersahajatue.

Sunday, March 6, 2011

Siapakah pemenang Raja Lawak Musim ke 5???

Hurm...aku sekarang masih mengikuti lagi Raja Lawak musim ke 5 nie..Raja Lawak musim yang sebelum2 nie aku x tengok sangat, tapi yang musim ke 5 nie aku susah nak miss sebab aku suke tengok pengacara dia johan dan zizan serta juri dia David teoh yang selalu memberi komen secara berpantun tp Baby face dan aflin shauki pun best juga...ahaaaiii...
So sekarang dah tinggal lagi 4 peserta, 2 berkumpulan dan 2 peserta solo. Aku paling suka man sebab dia berbadan besar dan bila dia buat lawak nampak cute sangat...hahahaha...Yela kan, badan macam gangster tapi berjiwa pelawak...Vote tuk man!!
Man

Then lepas man aku minat nazmi!!Arghh,aku lupe2 lagi....itu trademark dia yang paling digemari kan2??Nazmi nie kembar david teoh opps!!bukan2...tapi saudara belah nenek angkat adik tiri belah ayah punye jiran punya kakak..bla..bla..bla...ah,aku tipu tipu lagi..kih3..Sebenarnya muka je ada iras sikit-sikit,mereka tiada hubungan terlarang darah ye.
Nazmi

Seterusnya kumpulan Balas dan R2. Dua-dua kumpulan nia aku suka secara adil sebab kadang-kadang lawak dia orang tak menjadi(kritikan membina yop)..hehehe..Kumpulan balas nie suka sangat buat lawak lucah, tue yang kadang2 aku menyampah walaupun dia orang nie pun boleh tahan lawak jugak lah. Kalau kumpulan R2 tue aku suka sebab abang dia pandai melawak, yang si adik kurang sikit lah...


R2

                                                                            Balas                                                                             

So, kalau korang nak baca profile semua peserta secara detail sila pergi ke laman web astro ini ye.
Okeylah...sampai ketemu lagi...tata~~

Thursday, March 3, 2011

Sesi lepas tekanan...

Waaa....sepanjang minggu nie tak ade progress pun dalam sebarang kerja yang mesti di siapakan. Salah siapa??Salah kan diri sendiri jelah. Yang duk asyik mengadap laptop 24 tu nape!! Projek2 yang harus disiapkan pun macam terabai je padahal dah nak kena submit next week nie..haddoyyai mati macam nie woo. Kerjanya berkumpulan tapi sebab kena pergi site dan temubual orang yang bertanggungjawab tulah yang menjadi susahnya. Nak deal dengan orang sana lah, dengan orang sini lah...aarrrhhh. Tengok kumpulan lain dah tengah ada yang buat dan lawat site buat aku jadi takut. Tapi aku tak tahu macam mana nak handle...huhuhu.
Banyak perkara yang berlegar-legar dalam diri tapi tak dapat nak diluahkan. Aku memang jenis memendam apa yang aku rasa sebab aku tak suka meluahkannya dan membuat orang tidak selesa dengan aku. So aku harus pendam dan lupakan apa yang aku rasa. Apa aku melalut nie??
Dah2 cik nora,back to normal okay~~~

Okay,sebab dah okay maka aku nak bercerita tentang apa yang aku tak sabau nak tengok. Korang tahu apa yang aku nak tengok?? Aku nak tengok Maharaja Lawak yang bakal ditanyangkan 1 april nanti. Pertandingan diantara peserta2 yang pernah masuk raja lawak sebelum ini. Antara pesertanya adalah Yus & Tauke, Johan & Zizan, Nabil, XN3, Sepah, Jihan, Amir, Kecik & Idlan dan Alex. Yang pastinya zizan dan johan akan jadi juara...hahahaha(gelak jahat). Rancangan ini akan disiarkan di astro warna ye, bagi siapa2 yang belum ada pakej ini lagi sila langgan dengan segera untuk bergelak ketawa bersama-sama...hahahha..

Tuesday, March 1, 2011

"My princess"

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Bertemu kembali bersama saya cik nora di blog gelabah ini. Hari ini kita akan membincangkan topik yang sedang hangat diperkatakan....muhahahha
Saje je nak merasa jadi pengacara sekejap..

2, 3 hari nie aku asyik bercerita tentang artis je..Tentang aku diabaikan, kesian kat diri aku nie. Di anak tirikan diri sendiri! Erm, aku sekarang tengah membazirkan sisa2 hari aku dengan menonton drama korea..Lepas satu, satu pastu sambung lagi dan lagi dan lagi...hehehe..latest aku tengah melayan cerita "my princess", cerita ni di download oleh kawan aku. Cerita ni sweet sangat..watak utama perempuan comey sangat macam aku  then lelaki tu korang semua mesti kenal pelakon Autum in my heart dulu tue kan..haah,dialah. Hensom sangat2, paling aku minat tang mata dialah.Ouh,tergoda..hehehe Okaylah..nak sambung tengok cerita dulu..tata..