Tuesday, February 22, 2011

Undilah saya untuk pembangunan negara!!

Tuan-tuan dan puan-puan pembaca blogger sekalian, saya mengharapkan anda mengundi saya untuk pilihan raya akan datang supaya negara dapat membangun dengan lebih pesat dibawah pimpinan saya.Saya berdiri disini sebagai perwakilan dengan manifesto seperti berikut:
  1. Semua rakyat malaysia yang berumur 18 tahun keatas akan diberikan elaun sebanyak RM5000.00 sebulan setiap seorang.
  2. Semua jenis cukai akan dihapuskan.
  3. Rumah banglo akan diberikan secara percuma kepada setiap keluarga di Malaysia.
CUT!!!

Apa yang melalut sorang-sorang nie??
Sebenarnya eden baru lepas mengundi untuk calon MPP U eden tadi. Tereksyen macam eden calon perwakilan plak kat sini...hahahaha.
Sebenarnya, setiap kali time kena mengundi dekat u aku nie, aku akan menunaikan tanggungjawab aku untuk mengundi (baik kan aku) sebab memang wajib mengundi pun. Pak guard yang jaga pintu pagar akan check slip selepas mengundi. So,siapa2 yang belum mengundi tidak akan dibenarkan keluar dari Universiti selagi belum mengundi dan mendapat slip bukti mengundi tue..So memang tak ada pilihan lain lah kan,memang kena mengundi lah. Aku malas nak mngundi sebab aku bukan kenal sangat dengan calon2 MPP yang bertanding setiap sem..malas nak ambik port lah. Jadi time mnegundi tadi aku duk pilih jelah sapa2 yang aku berkenan..hahaha(jahatkan).
Tapi ada 1 yang bestnya kalau mengundi nie, sebab nanti wajib lah dapat souvenir dari pihak universiti. Dulu pernah dapat payung, baju dan tadi dapat kuih dan air kotak je(bajet turun kot).
Sempat jugak aku snap beberapa keping gambar time beratur nak mengundi, jom tengok..



ini cik pipah housemate...


No comments: