Saturday, February 12, 2011

Jom kenal dengan cik nora

cik aween telah tag cik nora untuk sesi kenal2 dengan tuan punye blog. Maksudnya kat sini saya kena cerita kan 25 facts tentang diri saya..Waa mana nak cari 25 fakta tentang diri ini..Meh kita cuba ye..


  1. GELABAH. Itu sifat aku yang paling ketara. Gelabah tak tentu pasal setiap masa. Pada kawan2 aku, maaf kalau aku selalu tergelabah ngan korang ye..=)
  2. Aku  seorang pelajar tahun akhir(tahun 4) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(uthm) johor dalam bidang kejuruteraan awam major pembinaan.
  3. Nama penuh aku adalah Siti Noraisah, kawan2 panggil aku nora tapi ahli keluarga aku panggil aku ya(entah dari mane muncul ya tue) dan yang pastinya aku kongsi nama ya tue dengan 2 orang anak buah aku..hu3..sadis tol.
  4. Ada 8 orang anak saudara.
  5. Anak2 saudara aku panggil aku dengan panggilan "mok teh"
  6. Aku seorang yang sangat2 pemalu dengan lelaki hensome. Itu sifat semulajadi aku dari dulu lagi, aku jadi kaku dan tak pandai nak berborak ngan laki.
  7. Tak suka menjawab kalau mak membebel or marah kat aku even kalau aku tak buat silap pun. Sebab aku sayang mak so aku terima segalanye..huhuhu(padahal makan dalam).
  8. Aku anak ke 5 daripada 8 adik beradik tapi yang sulong dah meninggal time lahir lagi. Yang lain semua perempuan kecuali yang bongsu sorang je lelaki.
  9. Masih single dan pernah menolak cinta 2 orang lelaki. Sebabnya..biarlah rahsia, tapi aku bukan lesbian taw!!
  10. Minat giler ambil tahu hal2 artis sedunia ..minah kepoh katekan..
  11. Mula ber blogging pada tahun 2008 tapi tidak aktif.
  12. Blog aku berkisarkan cerita seharian aku dan apa2 sahaja yang terlintas di minda aku pada waktu tangan ini menari untuk berblogging.
  13. Minat baca blog abang nara, abang ben dan blog serius. Tiap2 hari dia orang punye blog aku takkan miss k.
  14. Paling suka minum teh ais dan nescafe.
  15. Suka shopping time ade duit..muhahaha..sifat ini amat buruk ye tuan puan..
  16. Suka tido..even mak, ayah ,kakak2 dan adik aku menggelarkan aku ratu tidur. Housemate aku pun dah tahu bebenor perangai aku nan satu nie.
  17. Aku seorang yang berjiwa lembut. Maksudnya kat sini aku mudah tersentuh dan mengalirkan air mata tapi bukan dihadapan orang.
  18. Tak pandai nak marah kawan2..
  19. Bercita2 tinggi tapi pemalas yang amat!!
  20. Lupa nak cakap, aku berasal dari paka,dungun, terengganu..(padahal nak cukupkan 25 facts)
  21. Aku sukakan warna biru dan ungu..
  22. Tulisan tangan aku sangat2 buruk kalah budak darjah 6.
  23. Pernah dapat anugerah pelajar paling cemerlang di sekolah pada tahun 2004 (itu je anugerah yg pernah dapat..ha3).
  24. Suka melancong dan simpan cita nak pergi pulau jeju,korea.
  25. Last sekali....impian perkahwinan aku adalah ala2 garden dengan mr.right.
Akhirnya cukup jugak 25 fakta tentang diri aku yang serba serbi kekurangan nie. Oleh itu aku mahu tag beberapa orang yang aku mahu tahu tentang diri dia orang jugak..

11 comments:

awEEN said...

eh. org paka... saye kt dungun ni hehehe... kan bagus sesi suai kenai ni =). actually kene tag 25 org lg.. tp xpela kot hehehe....

miszlullaby said...

thanx for tagging.=D

nOra said...

@aween...oh yeker..xpe2 nanti nora tambah lagi cukupkan 25 org.
ade mase jom singgah umah sy kt pake ye aween..hehhe

@ML..welcome..

NICK IRFAN said...

wah!!! thnkz!! syg awk ops!! hahaha gurau2.... ape2pun terima kasih byk mmg sy tgh menunggu tag dari org ni.. insyallah nnt sy jawab yer.. :)

nOra said...

@nick irfan..syg awk jugaklah..hahha..guaru blk ye..
6ti dah buat inform blk..leh sy kenal kamu lebih dekat kan..

mohd sasuke said...

owh kena bercoleteh pnjg ni..kih3..anyway trimas ye

eRza farEeha said...

yunk..thx tag..erza da wt b4 ni..ehe

Sharifah syazee said...

thnax tag tw..tp x sempat nk update.hvig prctical exam for 2 weeks..;(

nOra said...

@caer..welcome..=)

@erza..welcome..xpelah klau da pernah buat.it's ok

sharifah...gud luck4 prctical exam ye...

Nora Asfa said...

Cik Nora ~ semoga impian kan menjadi kenyataan.. :)

Terima kasih sudi tag.. 25 fakta mengenai diri.. aiseyy banyak tu. Tak janji tapi cuba usaha jawab.. Tak pasti bila je!!

nOra said...

@nora....thank kay...xkisah..bila2 ada mase terluang boleh la buat k..