Sunday, February 20, 2011

Mak, anak mak dah boleh kahwin!!

Assalamualikum semua...Hari ini cik nora very the hepy, sebab....
Hari ini aku telah menamatkan kursus kahwin yang aku sertai dengan tunang terchenta budak2 rumah dan cousemate ku yang di anjurkan oleh suksis(kelab di u aku) dan dilakukan didalam u aku juga. Kursus ni berlangsung selama dua hari berturut-turut iaitu hari sabtu dan ahad. Agak ramai yang menyertai kursus kahwin nie lebih kurang 120 orang dan yang pastinya penyertaan perempuan lagi ramai daripada lelaki. Daripada pemerhatian aku, ramai yang menyertai kursus ini terdiri daripada kalangan pelajar tahun akhir iaitu pelajar tahun 4. Mungkin ramai yang bercita-cita mahu kahwin lepas habis belajar kot..Alhamdulillah ramai yang nak ikut sunnah nabi...hehehe.
Aku??Dah nak kahwin ke amek kursus awal2 nie?Takde lah.Aku saja ambil sekarang alang2 semua budak rumah aku nak ambil sekarang kecuali sorang je yang tak join. Yelah mana tahu kot2 time dah kerja nanti takut tak ade masa nak pergi kursus kahwin, career woman katakan...huhuhhu.
Lagi pun kursus kahwin nie bukan untuk orang2 yang bakal berkahwin dalam masa terdekat ni je, tapi untuk yang belum mempunyai pasangan macam aku pun bagus tau. Sebab sepanjang tempoh kursus kahwin nie, para penceramah banyak mengajar cara2 memilih pasangan hidup yang betul dan sempurna untuk melayari bahtera perkahwinan. Jadi kalau dah pergi kursus tue memang untuk kahwin dalam tempoh seminggu je, takkan lah kita nak buang pasangan kalau kita tiba2 sedar yang pasangan kita itu bukan jodoh terbaik buat diri kita??Erm, macam ni je jawapannya..pasangan masing2 boleh membimbing pasangannya ke jalan yang benar dan sama2 membantu pasangan menjadi insan yang berakhlak untuk melayari hidup berumah tangga yang islamik..cewwah, dah boleh jadi penceramah orang kahwin lak.
Apa2 pun banyak yang aku pelajari sepanjang menghadari kursus selama 2 hari ini. Penekanan dalam bab agama amat penting dalam membina keluarga yang harmoni tanpa mengalami penceraian..
Sebelum balik tadi, semua peserta kursus pra perkahwinan telah mendapat sijil kursus masing2, so aku dah boleh kahwin..hurrraayy!!!! Aik,nape seronok sangat nie cik nora.Dah ade calon ker??
Okeylah, meh aku share gambar sijil kursus kahwin aku ye..


Bergelora jiwa pegang sijil kahwin nie..hahahaha