Thursday, January 20, 2011

yes!! Setelah lafaz ke-4 aku telah sah menjadi....

Setelah lafaz ke-4 aku telah  sah menjadi isteri orang---->warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu!!!
Lafaz ke-4 tue bersamaan dengan 4 kali aku mengambil test JPJ untuk kereta setelah hampir 2 tahun menjadi pemegang status lesen L. Lama kan2...kesian aku.Kali pertama ambil ujian kereta tue aku dah lulus untuk bahagian luar, tapi gagal bahagian dalam dekat bukit tue. Then, terpaksa ulang ambik test bahagian dalam dengan membayar rm80. Ceit porrraahhh...kali ke-2 pergi test tue aku gagal lagi bahagian bukit..TENSION tol!!!
Kemudian dengan semangat yang berkobar2 aku pun ulang sekali test tue seminggu selepas kegagalan kali ke 2 tue.
MasyaAllah, boleh fail lagi aku time tue dan tak lain tak bukan sudah semestinya bahagian bukit lagi...haish..
Ujian JPJ kali ke 2 dan ke 3 tue berlaku pada bulan 12 tahun 2010.
 Last2 hari selase petang (18/1/2011) orang yang mengajar aku kereta kol dan cakap yang aku kena test JPJ esoknya,rabu(19/1/2011)..
Waaahh..aku yang blur2 ni pun terus terbayangkan ke failan aku untuk amek test tue..
Orang kata fobia gitu..yelah asyik gagal je buat aku sakit hati sangat pastu bayaran pun mahal kan..
Maksudnya aku dah habiskan rm320.00 untuk mengulang test JPJ sahaja.
Tetapi Alhamdulillah akhirnya pada tarikh keramat 19.1.11 aku telah LULUS...weeeeeeee!!!
Time kaseh pada encik JPJ yang meluluskan saya pada hari tu..kredit untuk encik..

So dengan adanya lesen ini saya mahu membeli semua kereta2 mewah yang di tunjukkan kat bawah nie..
Sila semua pergi sediakan tisu masing2 sebab takut ada yang air meleleh tengok kereta2 yang bakal saya miliki nie ye..=P

 Sport car

 Porche

 Mercedes

 Lamborghini

 Ferrari

 Bently (paris hilton borrow u punye car jap ea)

Alfa Romeo

Tapi kan semua kereta di atas akan saya beli dalam mimpi saya je taw..So sape2 yang rasa nak tumpang sila singgah dalam mimpi saya ye harap maklum...
Nanti dalam mimpi takde lah saya penat berjalan or berlari je, boleh pecut gune kereta2 tue je..har3
Tapi dalam realitinya yang nie pun saya tak mampu nak beli...=(

Basikal tua~~~

2 comments:

marble_muffin88 said...

gile ahh rm320 kott!! JPJ gile.haha.ala nora,beli kete leh wt pinjaman pas keje nnt.leh a tumpang bentley pink nora tu. ;))))

nOra said...

xmo kaler pink..nk kaler biru or itam or putih je...hehehehe