Monday, April 4, 2011

Pasar karat and nasi beriani Batu pahat

Hari sabtu baru-baru ini aku dan lagi 4 budak rumah aku pergi pasar karat dekat batu pahat. First time pergi pasar karat ni walaupun tahu kewujudan pasar ni agak lama tapi baru hari sabtu yang lepas aku berpeluang untuk pergi. Sebelum ini dengar dari mulut orang lain je tentang pasar karat ni. Orang kata kat situ ada orang jual baju-baju terpakai semua. Time dengar tu aku tak ada rasa nak pergi sangat sebab aku kurang sikit dengan baju terpakai ni. Memang aku suka membeli belah baju yang murah-murah tapi baju terpakai bagi aku mungkin pilihan terakhir kot. Tapi perasan ingin melihat keadaan pasar pagi itu buat aku rasa melonjak nak ke sana.So, hari sabtu tu pagi-pagi lagi dalam pukul 9.30 a.m kita orang dah gerak ke sana. Sampai sana nak dapat parking bukan main susah lagi. Pusing punya pusing dapatlah parking dan habuan sekali. Nak tahu apa habuannya--->mestilah kena saman sebab parking merata..huhuhu. Parking agak jauh jugalah, takpe sebab berjalan-jalan punya pasal takde hal lah. Sampai je kat tempat orang menjual kat pasar karat tue kami terus serbu kedai-kedai yang berderet-deret kat situ. Survey punya survey didapati baju-baju kat situ banyak je yang cantik-cantik dan dalam keadaan yang masih sangat baik. Bab harga jangan cakap lah murahnya. Beli sehelai rm3.00 tapi kalau beli dua helai dapat rm5...Terbeliak aku sebab murah sangat, jakun pun ada sebab baju seringgit pun ada. Kalau pandai cari dan pilih korang akan dapat baju atau dress mahupun seluar yang masih cantik dan okey. Niat hati tak adelah nak membeli sangat sebab duit pun tengah kering, tapi bila aje mak cik yang jual kat situ cakap harga baju kat situ dalam area 3 hingga 5 henggit je apa lagi prinsip jimat dah serabai...hahahaha. Masing-masing beli baju yang dirasakan berbaloi-baloi.
Selepas penat pusing-pusing shoping baju terpakai ni, perut mesti kosong kan. Waktu pun dah masuk area pukul 12 tengahari, alang-alang dah ada kat B.pahat ni merasa jugak aku makan nasi beriani yang femes kat sini...Dua hajat kesampaian dalam masa 1 hari..cayalah...Aku beli beriani lauk kambing harganya dalam rm6.60, kawan-kawan aku yang lain semua ambil lauk ayam dan harganya dalam rm5.50. Nasi beriani tu sedap dan banyak plak tue tapi lauk ciput ah sikit..hehehehe.
Sampai je kat rumah kita orang susun baju-baju yang dibeli tadi sebelum ditest dan dibasuh. Sempat jugak snap gambar baju tue. Tapi gambar dekat pasar karat lupa lak nak ambil, sibuk memilih time tu katakan..Jom cekidout..=))
Tarra..baju yang diborong oleh kami berlima

gigih menyusun baju-baju yang dibeli ;)

1 comment:

amrhzmn said...

salam!sy nk taw sgt.kat mane ek pasar karat BP!!!
lg satu..ari ape ek?bukak pkol bpe?harap sgt dpt bg info.. thnx..

=3