Friday, April 1, 2011

Life is so complicated

Permasalahan pasti wujud pada semua orang, tidak terlepas pada aku dan keluarga aku. Banyak masalah yang berlaku dalam keluarga aku tapi biarlah perkara ini menjadi rahsia kami sekeluarga sahaja. Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak tahu. Aku kadang-kadang lebih suka untuk tidak tahu masalah yang berlaku dalam kelaurga kerana kadang-kadang masalah ini menjadi beban diminda. Apa-apa pun setiap permasalahan itu pasti ada penyelesaiannya kan? Cuma bergantung kepada kita bagaimana cara untuk kita mengatasinya. Adakalanya aku bercerita tentang masalah yang ada dalam keluarga aku selagi ianya tidak mengaibkan aku dan keluarga sekadar untuk dijadikan pedoman. Dengan cara bercerita aku dapat meringankan beban yang ditanggung walaupun sekadar berkongsi dengan kawan-kawan atau dengan ahli keluarga sendiri. Dalam banyak-banyak masalah yang berlaku ada satu masalah yang tidak pernah ada penyelesaiannya dalam keluarga aku iaitu berkenaan dengan kakak sulong aku. Dia berkahwin pada usia 20 tahun kot tidak silap aku kemudian ketika anak tunggalnya berusia 3 atau 4 tahun dia bercerai dengan suaminya kerana sudah tiada persefahaman. Sekarang dia sudah berkahwin lain iaitu dengan suami orang. Suami baru dia sudah mempunyai 5 atau 6 orang anak dengan isteri pertama. Lelaki ini juga merupakan kekasih kakak aku sebelum dia berkahwin dengan suami pertamanya itu. Kalau tidak silap aku, perkahwinan dia dengan suami kedua dia ini sudah masuk 2 tahun dan mereka masih tidak dikurniakan anak(atau mungkin merancang). Anak kakak aku dengan suami pertamanya pun sudah masuk darjah 2. Aku paling kasihan dengan anak saudara aku yang ini kerana perceraian emak dan ayahnya memberi kesan kepada dia secara tidak langsung. Ayah kandungnya jarang sekali datang menjenguk dia sedangkan aku rasa dia lebih rapat dengan ayah dia berbanding emaknya iaitu kakak aku. Ayah kandung dia seorang ayah yang baik dengan dia dan jarang berkasar dengan dia sedangkan emak dia selalu marah- marah. Tetapi ayah kandung dia pun sudah mempunyai keluarga baru dan mempunyai seorang anak tiri dan baru mendapat anak bersama isteri barunya. Dan dari apa orang terdekat bercerita, isteri baru dia ini seorang yang pengongkong. Poor to my ex-brother in-law sebab dia ini memang jenis baik hati sangat. Hurm, masalah macam ini banyak aje berlaku diluar sana. Perceraian ibu bapa menyebabkan anak-anak terabai dan aku dapat lihat sendiri perkara ini berlaku pada anak saudara aku. Entah bila anak saudara aku itu akan dapat hidup normal seperti orang lain kerana perkahwinan kedua kakak aku tidak mendapat restu emak dan ayah aku. Life is so complicated!!!

No comments: