Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru Kepada semua tenaga pengajar seluruh dunia

16 mei adalah hari guru yang sentiasa disambut untuk meraikan guru-guru yang banyak berjasa kepada kita dan negara. Tanpa guru tidak mungkin wujudnya seorang menteri, perdana menteri, tentera dan sebagainya. Oleh itu kita haruslah menghargai jasa mereka dan berterima kasih di atas ilmu yang telah dicurahkan oleh mereka kepada kita.
Kepada semua guru-guru Tadika Sntng, Sek.Ren. Kg.Sntng, Sek.Men.Keb.Durian Mas, MRSM KT dan pensyarah-pensyarah di KMPP dan UTHM saya ingin mengucapkan selamat hari guru dan jutaan terima kasih di atas segala jasa cikgu selama ini. Tanpa guru siapalah saya hari ini.
Cikgu yang paling saya ingati dan sayangi adalah Pn.Norazlini bt Ali iaitu cikgu sekolah rendah saya yang merupakan guru kelas sayaselama 3 tahun kalau tak silap. Semoga guru-guru sentiasa mencurahkan ilmu kepada kami tanpa jemu...Akhir kata "Selamat Hari Guru".

No comments: