Tuesday, May 10, 2011

Berat Hati Meninggalkan UTHM selepas 4 tahun..

Aku orang pertama balik kampung berbanding budak2 rumah sewa aku yang lain. Yelah paper aku last hari jumaat pukul 11.30 a.m pada 6/5/11 dan keluarga aku sampai dekat rumah sewa aku di parit raja dalam pukul12.00 p.m pada 6/5/11 pada saat aku keluar dewan exam diorang dah nak sampai rumah sewa aku. Tak sempat aku nak bermesra-mesraan dengan kawan-kawan serumah aku dulu sebelum balik. First2 aku langsung tak  ade rasa nak menangis time peluk sorang2 kawan aku, tapi tibe2 sorang budak rumah yang aku panggil ina nie menangis lah plak. Aku terus rasa sebak n time tue jugak aku nangis. Tapi disebabkan malu ngan family, maka aku pergi masuk bilik kejap untuk kesat air mata yang masih bersisa itu.
Serius aku terasa rindu sangat dengan kawan-kawan seperjuangan aku di UTHM tue terutamanya my lovely housemate. Harap-harap konvo dalam bulan 10 nanti kita boleh jumpa lagi ye kawan-kawan. Saat jari-jemari ku menulis coretan rasa ini, hati rasa sayu sangat-sangat sebab terasa bagaikan kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam kehidupan ini. 4 tahun kita sering bersama walaupun kadang-kadang ada perselisahan yang berlaku, tapi kita semakin rapat dan bertambah erat..Buat rakan-rakan kesayanganku Shakira, Ain, Syira, Leen, Ina, Pipah dan Za, aku doakan korang berjaya menempuh kehidupan diluar sana dan jangan lupakan aku ye....=))

No comments: