Friday, August 12, 2011

Khabarku hari ini

Hari ini sepanjang hari aku mengalami cirit birit, entah apa yang ku salah makan sehingga mengalami cirit birit ditambah dengan senggugut yang amat..dari malam semalam lagi sakit ini melanda dan Alhamdulillah malam ini sakit itu sudah beransur reda. Suasana malam ini amat sejuk dan rasa sejuk itu menyengat sehingga ke tulang. ish3, nape malam ini ayat disusun semacam je..hihihihi.
       Oklah, beta dah janji nak cerita sesuatu kan2(tanyeku pada diri sendiri)..Yes, ini pengalaman yang paling tidak bioleh dilupakan sepanjang aku praktikal di UTeM,melaka. Aku dan kawanku dimarahi @ dengan kata lain di sound oleh orang dipejabat itu!! wah2, memang terasa la time kena marah tu..
Watak :Orang yang marah kita orang tue lelaki lembut yang berminat pada lelaki(oops, sory Mr Z i bocor rahsia u disini). jawatan dia hanya penolong pendaftar di pejabat itu dan tiada kena mengena dengan kami yang praktikal di situ atau lebih tepat tiada hak diatas sikap kami disitu.
Alkisahnya, dalam pukul 10.30 pagi aku dan kawanku masuk pejabat setelah kluar minum pagi berdua (ours mistake). Sebelum itu, mr Z tu lalu di pejabat aku dan tengok meja aku serta kawan aku kosong. Bila dia tanya pada staff2 kat situ kita orang mana, of coz la dia orang tak tahu sebab kami kluar tak cakap ngan orang lain sebab bos kami tak ade time tu ( so what??). Apa lagi siap mengamuk lagi dia kat situ dan dia pesan dekat sorang lagi budak praktikal kat situ yang dia nak jumpa kami di pejabat die.
Sampai je kami kat opis die, dengan muka dia yang ntah apa2 tue berlakon stress dengan kerja dia. Suddenly, dia tanya kami tanpa menyuruh kami duduk..
"you all pergi mana?"
aku: pergi makan...

Mr Z tanpa segan silu terus membebel bebel pada kami...
"yang u berlagak sangat ni kenapa, u ingat u ni pegawai ker nak keluar makan sesuka hati. U ingat u ade degree u boleh berlagak lah. i tak heran lah dengan degree u. Dahlah u tak hormat staff2 kat sini, ramai yang mengadu kat i sebelum2 ini..i tahan je dulu. hari ini i rasa u dah melampau sangat tau!. Tak pernah i marah student praktikal sebelum ini tau!. U ingat u nak lulus dengan dengan perangai camni..jangan harap lah. i boleh hantar surat pada Universiti u all untuk mengadu sikap u yang teruk disini. satu lagi, jangan harap i nak luluskan elaun u nanti. Dahlah asyik main FB dan baca surat khabar je dekat opis nie...bla...bla..bla..bla..."

Dengan muka yang amat bersalah terus kami minta maaf dan keluar dari opis dia.
Satu Opis dia dengan kami kena marah time tu, malu ada takut pun ada..yelah diugut nak gagalkan..matilah kami. Lepas kejadian itu, aku adalah sms salah sorang staff di pejabat aku (abg D) dan cakap pasal hal yang berlaku. Aku memang tak ade niat nak mengadu pada bos kami. Nanti di cop kaki mengadu plak. Tapi rupa2 nya, abg D cakap dengan bos kami hal yang kami dimarahi itu. Hohoho..naseb baik bos backup kami terasa diri ini dihargai...hik3...Thank En A..Last2, En A (bos no 2 kami) pergi jumpa bos kepada Mr Z tadi dan bincang hal ini. Dan bos kepada Mr Z warning dia balik...Yes We r the winner!!!
Lepas daripada kejadian itu..kami dengan bangganya masih tidak serik untuk keluar minum waktu pagi...har3....Eksyen kan kami....

Oklah, that all for tonight....=)..peace no war!!

No comments: