Friday, February 25, 2011

Benci melihat mangsa kemalangan depan mata...

Tengahari tadi aku baru je berhadapan dengan situasi kemalangan d hadapan universiti aku. Kemalangan itu berlaku betul2 sebelum aku keluar daripada universiti aku selepas habis kelas. Semasa aku lalu di lokasi kemalangan keadaan baru menjadi sesak dan kemalangan itu melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dengan kereta kancil yang melibatkan seramai 5 orang perempuan yang berada di dalam kancil tersebut. Time aku lalu tue, aku membonceng motosikal yang dibawa budak kelas aku, salah seorang mangsa daripada motosikal tue tengah tertiarap di atas jalan raya. Pak guard u aku tolong pusingkan dia dan kelihatan ada darah dimulutnya. Mangsa masa tue dah pengsan dan badan lembik...menakutkan dan mengerikan aku kerana aku tak suka berada dalam situasi itu sebab akan membuatkan aku terbayang-bayang apa yang terjadi. Kawan mangsa kelihatan lebam dibahagian masa dan luka2 kecil kot. Semua mangsa yang berada dalam kereta kancil masih stay di dalam kereta ketika itu dan aku rasa tak ada yang cedera. Motosikal itu melanggar kereta kancil dari belakang dan bagaimana situasi sebenar kemalangan aku tak pasti. Yang aku lihat cermin belakang kancil itu pecah dan motosikal pun rosak teruk dan seorang mangsa tidak sedarkan diri. 
Hurm, semoga mangsa selamat dan tidak mengalami kecedaraan yang parah..amin...=((

2 comments:

SuRiA PaGi said...

aku pon xleh tgok exciden comfrm tgah tido akan tersentak2

nOra said...

yup...buat kite teringat2