Terkedu saat aku membaca berita di surat khabar kosmo secara online tengahari tadi(sekarang baru sempat nak cerita).
Tengok jelah gambar yang disiarkan tu dah meruntuh jiwa, sah2 dia sedang koma kerana mengalami kecederaan parah di belakang kepala. Dia kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.
Perkara sadis ini dilakukan oleh manusia yang bertopengkan syaitan yang tidak mempunyai nilai kemanusian serta kejam. Kepada sesiapa yang telah merogal wanita terbabit kemudian memukulnya sehingga mengakibatkan tengkorak pada belakang kepala mangsa retak mendapat balasan yang setimpal.
Wanita yang dirogol, sebelum dicampak di tepi jalan berhampiran lampu isyarat Pork Dickson masih dicari ahli keluarganya.
Walaupun wanita terbabit adalah berketurunan cina dan aku berbangsa melayu sejati, sifat belas kasihan aku tiada batasnya. Bagi aku kejadian seperti ini amat tragis dan tidak patut berlaku. Minda kewanitaan aku tertanya-tanya, kenapakah masih wujud golongan yang berminda cetek yang hanya menurutkan nafsu serakah semata-mata!!
2 comments:
kesiannye..sampai hati dorg wat macam tu..
betol tue...orang tak bersalah teraniaya.
Post a Comment