Hihihi....Jangan salah sangka, sebenarnya sorang sepupu aku akan berkahwin bulan 5 ni dan seterusnya sepupu lagi sorang yang akan bertunang bulan 6 nie.
Semua dah memilih calon hidup dia orang nampaknya, aku bila lagi??Jawapan standard "Ada jodoh nanti kahwin jelah" tak pun "Suruh mak ayah jelah pilih nanti" jawapan paling popular aku adalah "Dah tak jumpa yang serasi lagi nak buat camne".
Kepada sepupu2 aku yang bakal menghadapi hari bahagia tue, tahniah dan semoga kekal hingga ke anak cucu ye.Meh kita selami apa yang aku survey time orang kahwin:Apa yang paling aku suka tengok semasa majlis kahwin??
1) Pertamanya mesti lah nak tengok pengantin lelaki dan perempuannya yang berseri seri, cantik dan kacak bergaya pada hari tersebut..Time paling best tengok pengantin bersanding pakai baju cantik2..=))
Gambar time aku kahwin nie di ambil dari internet je.
Tumpang merasa lah katekan..Kalau yang berkemampuan mesti buat singgahsana pelamin yang santek dan eksklusif gitu....waaa...dah mula berangan pelamin idaman hatiku nie...Pelamin yang penuh dengan bunga2 segar mesti cantik kan2...
3) Seterusnya aku akan perhatikan hantaran dari kedua-dua belah pihak. Ambil ilham untuk copy paste idea dia orang time aku nanti lah...lalalala(entah bila lah kan)
Barang hantaran tak semestinya nak mahal2 kan, tak semua orang berkemampuan. Asalkan pandai gubah dan gayakan je, mesti cun lah hantaran tue.
4) Makanan kat majlis orang kahwin ni pun lain rasanya. Kalau makan ramai2 meriah bebenor rasanya. Tapi setakat ni tak pernah lah aku makan sampai 2 pinggan kat majlis orang kahwin. Jatuh lah standard gadis melayu terakhir aku nanti..perasan la ko nora!!(T_T)
5) Last sekali sebelum balik semestinya semua tetamu yang hadir akan dapat cenderamata dari pengantin atau tuan rumah. Tang nie pun aku suka, kalau dapat yang eksklusif dari pengantin tue yang paling best.
6) Balik umah sambung tidur...hahahaha.
2 comments:
TIDO PAH CEROH
biase ler...
Post a Comment