Tuesday, April 5, 2011

Kes Jimmy Shanley dan isteri yang tak berkesudahan

Pagi tadi ada baca paper metro,sinar dan kosmo..ketiga-tiga paper ini ada mengeluarkan cerita pasal mahkamah mengarahkan nursuhaila isteri jimmy untk menjawab kes tuntutan kembali taat yang difailkan oleh jimmy januari tahun ini. Daripada yang aku baca, jimmy ada cerita yang isteri dia ada meminta cerai dalam bulan 11 tahun lepas, tapi jimmy tidak mahu menceraikan isterinya. Mungkin kerana dia masing sayangkan isterinya dan tidak mahu anaknya yang bakal lahir nanti dalam keadaan dia dan isterinya bercerai. Hurm, aku yang sangat penyibuk ni nak sangat tahu kenapa isteri dia mahu bercerai dengan jimmy walaupun tempoh perkahwinan sangat-sangat singkat..Ada siapa-siapa yang tahu??huhuhu..ceritalah sama ana. Kesian kat baby bakal lahir nanti kan...Dalam paper yang aku baca, ada satu ayat tue macam jimmy memperli isteri dia sebab isteri dia pergi umrah tanpa kebenaran dia. Ayat dia lebih kurang macam inilah "sembahyang tue wajib, mentaati suami tue wajib, buat umrah tue sunat""susahlah kalau yang wajib ditinggalkan tapi yang sunat dibuat". So, siapa makan cili dia terasa pedas yo...huhuhuhu.

Gambar di awal perkahwinan mereka.
Nampak bahagia, tapi adakah palsu semata-mata...kita terjah!!hehehehe

No comments: