Monday, February 28, 2011

Maria Farida dah putus dengan Shah Jaszle

Hubungan dia orang nie memang penuh dengan kontroversi kan. Dimulakan dengan gambar berpelukan dia orang berdua dan seterusnya pengakuan cinta namun akhirnya putus jua. Yang terbaru shah jaszle ni dikaitkan ada hubungan cinta dengan Neelofa selepas gambar meraka berpelukan tersebar. Neelofa juga telah ditemuramah di Melodi minggu lepas dan menafikan kenyataan tersebut malah dia turut menyatakan bahawa Maria Farida ada menelefon dia dan Shah Jasle untuk memastikan sejauh mana kebenaran gosip tersebut.
Bagi aku, Maria Farida memang patut cemburu disebabkan perbezaan faktor usia mereka. Shah Jaszle yang popular dengan drama Asrama itu masih muda dan masih belum puas berseronok..huhuhu.
Korang boleh baca gosip ini dengan lebih detail di Beutiful nara okey..

putus sudah..

p/s:Apa-apa pun korang jangan lak boikot cerita asmara dua yang bakal ditayangkan d TV3 tak lama lagi..hehehe...

Sunday, February 27, 2011

Alhamdulillah Daphne Eleanor Iking masuk islam

Bertambah lagi umat Islam dimuka bumi ini. Mungkin aku rasa setiap hari memang ada saje orang yang masuk islam, tapi tidak dihebohkan kerana mereka bukan public figure. So, bila daphne yang menggunakan nama Dahlia sebagai nama islamnya, memeluk islam mestilah dihebohkan kerana dia dikenali ramai. Dia telah memeluk islam pada 8 januari 2011 dan berkahwin dengan lelaki Muslim bernama Azmi Abdul Rahman. Apa2 pun lelaki islam yang mengahwini daphine dapat membimbang dia ke jalan yang benar dan menjadi muslimin yang sempurna...amin...






Daphne dan suaminya

Berita seterusnya...hahahaha
Sarah Raisudin dah sah bergelar isteri kepada shuib kumpulan sepah raja lawak semalam. Meraka dinikahkan sendiri oleh ayah sarah iaitu Raisudin Hamzah. Pasangan pengantin baru ini sangat secocok. Semoga perkahwinan mereka kekal selama-lamanya dan dikuniakan anak yang ramai.

Saturday, February 26, 2011

Siapa kenal Awi Rafael??

Ini adalah penyanyi yang baru aku kenali menerusi lagu "Pulanglah"..
First time dengar lagu tue aku terus tertarik dengan lagu tue..Wah2,blog aku ni dah jadi blog promote artis lak..hahahaha..ape2 jelah, asal den bahagio.
Dari apa yang aku tahu dia berumur 24 tahun dan tinggal di Singapura dan emaknya orang johor manakala ayahnya orang Indonesia..Nak tahu lebih lanjut boleh lawat facebook dia "Awi Rafael".
Dia pernah merantau ke luar negara, Australia tak silap aku untuk mencuba nasib dan menimba ilmu dalam bidang nyanyian di sana. Di post aku kali ini aku nak share link lagu yang dia nyanyikan sambil main piano, aku tak sure tajuknya tapi tak silap aku "Bila aku jatuh cinta"..
Lagu "Pulanglah" selalu diputarkan diradio..so korang boleh dengar diradio atau pun search kat internet k..
Enjoy this one for a romantic evening~~"Bila aku jatuh cinta"



p/s:aku nak upload video tue kat sini tapi same problem..proses upload sangat lembab petang ini...huhuhu

Anggun by Zizan feat. Zain Ruffedge & Altimet.

"Anggun"
Dah dengar lagu zizan yang ini??
meh aku share kan link kat sini..korang dengar ea..dengar lah..plez dengar..hehehehe
klik "Anggun"

Lagu nyanyian zizan feat dina yang bertajuk "Selamat Tinggal" pun best...


p/s:Tadi baru balik tengok wayang cite "sini ada hantu"..bagi aku cite nie best,sempoi dan kelakar yang menjadi.Walaupun cite hantu, tapi banyak diselitkan lawak2 yang fresh...hehehe..

Friday, February 25, 2011

Benci melihat mangsa kemalangan depan mata...

Tengahari tadi aku baru je berhadapan dengan situasi kemalangan d hadapan universiti aku. Kemalangan itu berlaku betul2 sebelum aku keluar daripada universiti aku selepas habis kelas. Semasa aku lalu di lokasi kemalangan keadaan baru menjadi sesak dan kemalangan itu melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dengan kereta kancil yang melibatkan seramai 5 orang perempuan yang berada di dalam kancil tersebut. Time aku lalu tue, aku membonceng motosikal yang dibawa budak kelas aku, salah seorang mangsa daripada motosikal tue tengah tertiarap di atas jalan raya. Pak guard u aku tolong pusingkan dia dan kelihatan ada darah dimulutnya. Mangsa masa tue dah pengsan dan badan lembik...menakutkan dan mengerikan aku kerana aku tak suka berada dalam situasi itu sebab akan membuatkan aku terbayang-bayang apa yang terjadi. Kawan mangsa kelihatan lebam dibahagian masa dan luka2 kecil kot. Semua mangsa yang berada dalam kereta kancil masih stay di dalam kereta ketika itu dan aku rasa tak ada yang cedera. Motosikal itu melanggar kereta kancil dari belakang dan bagaimana situasi sebenar kemalangan aku tak pasti. Yang aku lihat cermin belakang kancil itu pecah dan motosikal pun rosak teruk dan seorang mangsa tidak sedarkan diri. 
Hurm, semoga mangsa selamat dan tidak mengalami kecedaraan yang parah..amin...=((

Dira abu Zahar dah bertunang

Sejak dua menjak nie banyak plak aku cerita tentang dira nie kan..Tak pelah, aku memang suka dengan si ibu muda yang sempoi nie. Dia telah bertunang dengan pengarah fotografi, Mohd. Helmi Mohd. Yusof. Helmi  merupakan bekas tunang aktres dan model Nasha Aziz setelah hampir setahun bercerai dengan bekas suaminya. Tahniah di ucapkan kepada dira..hehehehe.
Semoga ikatan pertunangan ini berlanjutan ke jinjang pelamin dan seterusnya kekal hingga ke akhir hayat...fighting!!hehehehe

p/s:entry ringkas sebelum aku pergi kelas pagi ini...=))

Wednesday, February 23, 2011

Ohmo2..Zizan dan Dira sah menjadi pengaraca Melodi!!

Sah Zizan dan Dira akan menggantikan farah dan wahid sebagai pengacara melodi setelah pihak tv3 mengesahkannya sendiri. Di siaran langsung hotm pagi tadi pun farah telah mengakui bahawa zizan dan dira akan menggantikan mereka awal bulan 4 ini setelah kontrak dia dan wahid tamat bulan 3 ini(maklumat dari housemate aku yang menonton hotfm di tv8 pagi tadi).
Zizan dah sah2 akan dapat menarik minat penonton dengan gelagatnya, tetapi dira mungkin perlu belajar lebih dari farah untuk berkomnukasi dengan penonton dengan baik. Apa2 pun aku rasa gandingan zizan dan dira akan memeriahkan lagi melodi pada masa yang akan datang ddan alam masa yang sama aku pun sedih bila farah dan wahid dah takde dalam melodi nanti. Sebab kesengalan farah dan wahid memang terbaek!!hehehe..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

hahaha..buruk bebenor aku edit.

Tuesday, February 22, 2011

Undilah saya untuk pembangunan negara!!

Tuan-tuan dan puan-puan pembaca blogger sekalian, saya mengharapkan anda mengundi saya untuk pilihan raya akan datang supaya negara dapat membangun dengan lebih pesat dibawah pimpinan saya.Saya berdiri disini sebagai perwakilan dengan manifesto seperti berikut:
  1. Semua rakyat malaysia yang berumur 18 tahun keatas akan diberikan elaun sebanyak RM5000.00 sebulan setiap seorang.
  2. Semua jenis cukai akan dihapuskan.
  3. Rumah banglo akan diberikan secara percuma kepada setiap keluarga di Malaysia.
CUT!!!

Apa yang melalut sorang-sorang nie??
Sebenarnya eden baru lepas mengundi untuk calon MPP U eden tadi. Tereksyen macam eden calon perwakilan plak kat sini...hahahaha.
Sebenarnya, setiap kali time kena mengundi dekat u aku nie, aku akan menunaikan tanggungjawab aku untuk mengundi (baik kan aku) sebab memang wajib mengundi pun. Pak guard yang jaga pintu pagar akan check slip selepas mengundi. So,siapa2 yang belum mengundi tidak akan dibenarkan keluar dari Universiti selagi belum mengundi dan mendapat slip bukti mengundi tue..So memang tak ada pilihan lain lah kan,memang kena mengundi lah. Aku malas nak mngundi sebab aku bukan kenal sangat dengan calon2 MPP yang bertanding setiap sem..malas nak ambik port lah. Jadi time mnegundi tadi aku duk pilih jelah sapa2 yang aku berkenan..hahaha(jahatkan).
Tapi ada 1 yang bestnya kalau mengundi nie, sebab nanti wajib lah dapat souvenir dari pihak universiti. Dulu pernah dapat payung, baju dan tadi dapat kuih dan air kotak je(bajet turun kot).
Sempat jugak aku snap beberapa keping gambar time beratur nak mengundi, jom tengok..



ini cik pipah housemate...


Monday, February 21, 2011

The Faceblog

Baru tahu mengenai kewujudan the faceblog nie..khas untuk blogger2 sahaja..Aku pun baru join so kena buat satu post mengenai the faceblog ni..Pot ini di ambil terus dari laman faceblog tersebut.So kalau korang nak tahu lebih lanjut sila klik pada gambar faceblog di side bar blog ini.

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Sunday, February 20, 2011

Mak, anak mak dah boleh kahwin!!

Assalamualikum semua...Hari ini cik nora very the hepy, sebab....
Hari ini aku telah menamatkan kursus kahwin yang aku sertai dengan tunang terchenta budak2 rumah dan cousemate ku yang di anjurkan oleh suksis(kelab di u aku) dan dilakukan didalam u aku juga. Kursus ni berlangsung selama dua hari berturut-turut iaitu hari sabtu dan ahad. Agak ramai yang menyertai kursus kahwin nie lebih kurang 120 orang dan yang pastinya penyertaan perempuan lagi ramai daripada lelaki. Daripada pemerhatian aku, ramai yang menyertai kursus ini terdiri daripada kalangan pelajar tahun akhir iaitu pelajar tahun 4. Mungkin ramai yang bercita-cita mahu kahwin lepas habis belajar kot..Alhamdulillah ramai yang nak ikut sunnah nabi...hehehe.
Aku??Dah nak kahwin ke amek kursus awal2 nie?Takde lah.Aku saja ambil sekarang alang2 semua budak rumah aku nak ambil sekarang kecuali sorang je yang tak join. Yelah mana tahu kot2 time dah kerja nanti takut tak ade masa nak pergi kursus kahwin, career woman katakan...huhuhhu.
Lagi pun kursus kahwin nie bukan untuk orang2 yang bakal berkahwin dalam masa terdekat ni je, tapi untuk yang belum mempunyai pasangan macam aku pun bagus tau. Sebab sepanjang tempoh kursus kahwin nie, para penceramah banyak mengajar cara2 memilih pasangan hidup yang betul dan sempurna untuk melayari bahtera perkahwinan. Jadi kalau dah pergi kursus tue memang untuk kahwin dalam tempoh seminggu je, takkan lah kita nak buang pasangan kalau kita tiba2 sedar yang pasangan kita itu bukan jodoh terbaik buat diri kita??Erm, macam ni je jawapannya..pasangan masing2 boleh membimbing pasangannya ke jalan yang benar dan sama2 membantu pasangan menjadi insan yang berakhlak untuk melayari hidup berumah tangga yang islamik..cewwah, dah boleh jadi penceramah orang kahwin lak.
Apa2 pun banyak yang aku pelajari sepanjang menghadari kursus selama 2 hari ini. Penekanan dalam bab agama amat penting dalam membina keluarga yang harmoni tanpa mengalami penceraian..
Sebelum balik tadi, semua peserta kursus pra perkahwinan telah mendapat sijil kursus masing2, so aku dah boleh kahwin..hurrraayy!!!! Aik,nape seronok sangat nie cik nora.Dah ade calon ker??
Okeylah, meh aku share gambar sijil kursus kahwin aku ye..


Bergelora jiwa pegang sijil kahwin nie..hahahaha

Saturday, February 19, 2011

Award untuk Follower yang ke-100


First time nak bagi award kat orang nie. Disebabkan hari nie dah muncul orang yang bertuah yang sudi jadi follower aku yang ke-100 so meh nak bagi award kat "Abbymira anak ayah" nie.
Thank ye dear...dan terima kasih juga pada follower2 aku yang lain dan yang sudi jengah blog aku yang kurang sempurna ini.


Friday, February 18, 2011

wee...Award lagi

Award kali nie datangnya dari cik Cipa yang ditujukan khas buat semua follower dia. Thank ye dear.


Cik cipa ada sediakan 3 soalan untuk si pengambil award, so kena jawab nie.
1.  best xblog ni?
    -best dan menarik(so pasni ramai2 singgah blog dia ok)

2.blog ni ringn @ bert?susa xnk msok cni?
   -Ringan je dan tak payah tunggu loading lame2.

3.komen tntg cipa??
   -nice blogger(dah puji nie kena slalu dtg sini taw)

Josh Duhamel seriously HOT!

Mamat nie sangat2 kacak dimataku...hahaha.
Kalau tengok cerita2 yang dia berlakon memang kena layan sampai habis sambil cuci mata tengok kehenseman dia...ops..Meh kita layan gambar2 dia yang superb nie. Tapi dia dah kahwen tau, perempuan bertuah tue tak lain dan tak bukan adalah Fergie Ferguson satu2nya penyanyi wanita dalam kumpulan The Black Eyed Peas tue..


Biodata Josh:
Full name: Joshua David tapi diikenali sebagai "Josh" Duhamel
Date of birth: 14 November 1972
Career dia bermula sebagai model seterusya dia berkecimpung dalam bidang lakonan.
Antara cerita lakonan dia yang aku pernah lihat adalah Win a Date with Tad Hamilton!,  When in Rome,  Transformers and Transformer: Revenge of the Fallen.








 cair tengok dia senyum...


Kenapa Lelaki mesti disuruh??

KENAPA???
Persoalan itu ditujukan kepada lelaki lah...
Yes aku tahu tak semua lelaki hanya akan buat sesuatu kerja tanpa disuruh, tapi almost guy r like that.
Contohnya, dalam satu projek untuk satu subjek aku kat uni nie mesti campur dengan  boy. Erm, 2 lelaki dan 3 perempuan. So bila GIRLs dah agih2kan tugas dan suruh si boy tue buat part dia orang je, nak tahu apa jadi?? Time kumpul nak bincang apa yang dia orang dah buat nak tahu apa hasilnya----->O=zero.
Oh,so very the tension mak!!huhuhuhu...
Kerjanya simple jelah, just suruh dia orang buat nama group, logo and some sort other simple thing..
Itu dah bersuruh tue, kalau tak suruh maka hasilnya -ve kot. So, kite orang buat report+slide=siap.
Nak suruh bagi gambar masing2 pun nak kena cakap banyak kali barulah diemailkan.
Haduyyai, manyak menci itu siakap, eh sikap lah.
Banyak lagi lah perkara yang lelaki tak akan buat kalau tak bersuruh. Meh aku senarai sikap2 yang biasa aku temui baik orang sekeliling aku mahupun ahli keluarga aku sendiri:
  1. Tak akan basuh pinggan sendiri kalau makan kat rumah kalau disuruh barulah buat.
  2. Tak akan kemas rumah walaupun nampak sangat berselerak.
  3. Baju2 kotor yang mereka pakai akan ditinggalkan merata rata kalau tak ditegur.
  4. Kalau bab2 kerja dalam kumpulan dah sah2 mereka hanya menunggu arahan tanpa bertindak terlebih dahulu(biasanyalah).
Dah lah..itu je untuk melepaskan kekecewaan untuk malam nie..
Esok mood akan kembali okey ye..



VS


Thursday, February 17, 2011

Masih mood untuk "dia" hari ini

Aaaaaa....tolonglah...tolong jangan buat lawak sampai pecah perut aku lagi wahai zizan dan johan..
Korang memang superb la..Asal zizan bukak mulut je aku terus terguling-guling(jangan tiru aksi ini ye).
Layanlah pantun 2 kerat dia orang yang ntah apa2 nie je nie...hahahhaha


p/s:sebenarnye aku nk upload video tue kat sini,tapi tah kenapa dari tadi tunggu asyik loading je. So, aku ambik keputusan tuk link kan je terus ke youtube...hehehehe.Video nie pun aku ada pos kat fb aku.


Anugerah artis lelaki komedi paling Popular ABPBH 2010---->zizan

Tak payah lah fikir siapa yang patut di undi dan memenangi anugerah artis lelaki komedi paling popular sebab yang paling layak dan sepatutnya menang anugerah tue adalah...............zizan abang cayang ku...hahahaha
Tadi sempat jugak ngundi zizan kat blog abang nara dan tengok2 result kat situ pun dah menunjukkan bahawa diluar sana memang ramai peminat zizan..cayalah..
Tak sabau nak tunggu siaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH) nie..
I vote for you ye encik zizan..!!
All the best...

Orang ke 2 dalam Family ku mulai berblogging...


Introduce my younger sister------> miss yanie single but not available...hehhehe
Jemput lah memeriahkan blog adik saya nie ye. Blog dia berkisarkan kehidupan dia dan apa yang dia rasai.
Usianya hanya muda setahun daripada saya, dia 22 tahun so saya sekarang 23 tahun(usia je da meningkat tapi perangai still the same..hehehe)
Sebelum nie saya pernah buat cerita mengenai die...jom jengah sini kalau belumpernah baca.

Tuesday, February 15, 2011

Mandi dalam keadaan Romantik...uuuu..(@_@)"

Minggu ni aku dan budak2 rumah sewa aku mandi dalam keadaan romantik dimana kami hanya ditemani cahaya lilin bukannya lampu neon biasa tue.
Kenapa??oh,kami nie sustain dimana kami tak suka bazirkan duit bayar bil elektrik yang mahal(arh,bagi penampor sebijik pandai cakap tipu ni!!)
Huhuhu..sebenar-benarnya lampu bilik mandi ada prob..=(..Bukan masalah mentol,tapi tempat sumbat mentol tue yang rosak kot atau ada wayar2 yang putus ker, entahlah kami pun tak tahu.
Dah kol tuan rumah suruh datang tengok sebab kami kaum wanita kurang arif lah bab2 elektrik nie...hehehe
Tapi masih menunggu kedatangan tuan rumah untuk datang check keadaan lampu tandas yang Kritikal tue.
Encik----- tolong lah datang cepat sikit. Kami sangat terseksa bila malam menjelma..mau buang air kecil berani lagilah kalau takde lampu, tapi kalau nak buang air besar or mandi terpaksa lah bergegas pasang lilin dulu..sadis tol..
Tapi tengah2 mandi rasa macam berada kat zaman dulu kala lak..yela, dulu mana ada lampu elektrik lagikan(time aku lahir dah ada lah,mungkin time mak ayah aku dulu takde kot) dulu guna pelita je, tak payah pening2 pikir nak bayar bil elektrik yang mahal giler tiap2 bulan.
Aku ada snap gambar time lepas mandi tadi..
eh2..gambar aku tengah mandi takdelah beb..HARAM..huhuhhu
mop kat tepi tue jadi penyeri sinki..hahahha

Perasan tak ada dua cahaya..1 pendek sebelah kanan..1 lagi yang tinggi sebelah kiri. Lepas mandi kena matikan balik lilin tue, sebab nanti nak guna lagi so kena save lah sikit...huhuhu
Lepas satu, satu masalah. Minggu lepas sinki dapur yang tersumbat. Ada 2 sinki dan dua2 nya tersumbat..Kerja kita orang ngadu jelah kat tuan rumah. Nasib baik masalh tue dah setel, tunggu masalah nie je nak setel lak.

SRK datang ke malaysia lagi..


Wah...Shah Rukh Khan datang ke malaysia lagi untuk membuat penggambaran filem Don 2 susulan daripada filem Don pada 2006. Kedatangan SRK pada hari ahad 13/2/2011 turut ditemani oleh Priyanka Chopra yang merupakan heroin filem tersebut. Penggambaran tersebut akan berlaku selama sebulan, ini bermakna SRK akan berada di Malaysia selama sebulan..waaaa...
Antara lokasi penggambaran adalah di Kuala Lumpur, Langkawi dan terutamanya di Melaka. So, sape2 yang minat sangat dengan SRK bolehlah stanby kat lokasi2 berkenaan, mana tahu kot2 leh terserempak time shooting kan..hehehhe
Yang bestnya, Adi Putra turut di undang untuk berlakon dalam filem ini.
Shah Rukh Khan adalah hero pertama bollywood yang aku suka. Lakonan dia sentiasa menjadi terutamanya kalau dia berlakon disamping heroin kegemarannya, kajol.
Tapi minat aku takdelah sampai terhegeh2 nak pergi jumpa dia kalau dia datang Malaysia nie..=))


Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

Assalamulaikum semua..
Ringkas je entry kali ini. Aku just nak ucapan 
 "Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat islam di dunia"
Semoga ingatan kita kepada Rasulullah S.A.W sentiasa kekal
Dan jangan lupa untuk berselawat ke atas baginda:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Sunday, February 13, 2011

Adorable face and voice---->Taylor Swift - Speak Now



I am not the kind of girl
Who should be rudely barging in on a white veil occasion
But you are not the kind of boy
Who should be marrying the wrong girl

I sneak in and see your friends, and her snotty little family
All dressed in pastel
And she is yelling at a bridesmaid, somewhere back inside a room
Wearing a gown shaped like a pastry

This is surely not what you thought it would be
I lose myself in a daydream where I stand and say

Don't say yes, run away now
I'll meet you when you're out of the church at the backdoor
Don't wait or say a single vow
You need to hear me out and they said speak now

Fun gestures are exchanged
And the organ starts to play a song that sounds like a death march
And I am hiding in the curtains
It seems that I was uninvited by your lovely bride-to-be

She floats down the aisle like a pageant queen
But I know you wish it was me, you wish it was me
Don't you?

Don't say yes, run away now
Taylor Swift Speak Now lyrics found on
I'll meet you when you're out of the church at the backdoor
Don't wait or say a single vow
You need to hear me out and they said speak now

Don't say yes, run away now
I'll meet you when you're out of the church at the backdoor
Don't wait or say a single vow
Your time is running out and they said speak now

I hear the preacher say speak now or forever hold your peace
There's the silence, there's my last chance
I stand up with shaking hands, all eyes on me
Horrified looks from everyone in the room
But I'm only looking at you

I am not the kind of girl
Who should be rudely barging in on a white veil occasion
But you are not the kind of boy
Who should be marrying the wrong girl

Don't say yes, run away now
I'll meet you when you're out of the church at the backdoor
Don't wait or say a single vow
You need to hear me out and they said speak now

And you say lets run away now
I'll meet when I'm out of my tux at the backdoor
Baby I didn't say my vows, so glad you were around
When they said 'Speak now'

Saturday, February 12, 2011

Jom kenal dengan cik nora

cik aween telah tag cik nora untuk sesi kenal2 dengan tuan punye blog. Maksudnya kat sini saya kena cerita kan 25 facts tentang diri saya..Waa mana nak cari 25 fakta tentang diri ini..Meh kita cuba ye..


  1. GELABAH. Itu sifat aku yang paling ketara. Gelabah tak tentu pasal setiap masa. Pada kawan2 aku, maaf kalau aku selalu tergelabah ngan korang ye..=)
  2. Aku  seorang pelajar tahun akhir(tahun 4) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(uthm) johor dalam bidang kejuruteraan awam major pembinaan.
  3. Nama penuh aku adalah Siti Noraisah, kawan2 panggil aku nora tapi ahli keluarga aku panggil aku ya(entah dari mane muncul ya tue) dan yang pastinya aku kongsi nama ya tue dengan 2 orang anak buah aku..hu3..sadis tol.
  4. Ada 8 orang anak saudara.
  5. Anak2 saudara aku panggil aku dengan panggilan "mok teh"
  6. Aku seorang yang sangat2 pemalu dengan lelaki hensome. Itu sifat semulajadi aku dari dulu lagi, aku jadi kaku dan tak pandai nak berborak ngan laki.
  7. Tak suka menjawab kalau mak membebel or marah kat aku even kalau aku tak buat silap pun. Sebab aku sayang mak so aku terima segalanye..huhuhu(padahal makan dalam).
  8. Aku anak ke 5 daripada 8 adik beradik tapi yang sulong dah meninggal time lahir lagi. Yang lain semua perempuan kecuali yang bongsu sorang je lelaki.
  9. Masih single dan pernah menolak cinta 2 orang lelaki. Sebabnya..biarlah rahsia, tapi aku bukan lesbian taw!!
  10. Minat giler ambil tahu hal2 artis sedunia ..minah kepoh katekan..
  11. Mula ber blogging pada tahun 2008 tapi tidak aktif.
  12. Blog aku berkisarkan cerita seharian aku dan apa2 sahaja yang terlintas di minda aku pada waktu tangan ini menari untuk berblogging.
  13. Minat baca blog abang nara, abang ben dan blog serius. Tiap2 hari dia orang punye blog aku takkan miss k.
  14. Paling suka minum teh ais dan nescafe.
  15. Suka shopping time ade duit..muhahaha..sifat ini amat buruk ye tuan puan..
  16. Suka tido..even mak, ayah ,kakak2 dan adik aku menggelarkan aku ratu tidur. Housemate aku pun dah tahu bebenor perangai aku nan satu nie.
  17. Aku seorang yang berjiwa lembut. Maksudnya kat sini aku mudah tersentuh dan mengalirkan air mata tapi bukan dihadapan orang.
  18. Tak pandai nak marah kawan2..
  19. Bercita2 tinggi tapi pemalas yang amat!!
  20. Lupa nak cakap, aku berasal dari paka,dungun, terengganu..(padahal nak cukupkan 25 facts)
  21. Aku sukakan warna biru dan ungu..
  22. Tulisan tangan aku sangat2 buruk kalah budak darjah 6.
  23. Pernah dapat anugerah pelajar paling cemerlang di sekolah pada tahun 2004 (itu je anugerah yg pernah dapat..ha3).
  24. Suka melancong dan simpan cita nak pergi pulau jeju,korea.
  25. Last sekali....impian perkahwinan aku adalah ala2 garden dengan mr.right.
Akhirnya cukup jugak 25 fakta tentang diri aku yang serba serbi kekurangan nie. Oleh itu aku mahu tag beberapa orang yang aku mahu tahu tentang diri dia orang jugak..

Hosni Mubarak dah letak jawatan, so next??

Assalamualaikum..
Aku nie tak la pandai sangat bab2 politik apatah lagi politik negara luar. Tapi yang pastinya aku akan mengikuti perkembangan dalam dan luar negara melalui paper, tv dan juga internet.
Semalam tengok berita kat tv3, Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman pengumumkan peletakan jawatan Hosni Mubarak dan majlis ketenteraan akan mengendalikan hal ehwal negara tersebut.
Lama betol dia memerintah lebih kurang 3 abad tue..umur dia dah lebih 80 tahun tapi still sihat dan kuat lagi.
Yang paling kesian kat pelajar2 kita kat sana lah, terpaksa pulang ke Malaysia sebab takut berlaku kejadian yang tak di ingini. Ada jugak kawan aku yang belajar kat sana dan dah selamat sampai Malaysia hari tue.
Tapi lepas peletakan jawatan Hosni Mubarak nie, apa yang berlaku selepas "Egypt is free"?? Adakah negara2 luar seperti Amerika akan mula campur tangan?? Harap2 semua ni tak akan berlaku, kerana kalau buka internet or tengok kat tv, negara dia orang pun sibuk duk kecoh pasal hal nie. Jangan ada yang nak ambil kesempatan atas kejadian nie sudah.
Aku ada terbaca kat yahoo yang memaparkan berita dari US tentang kekayaan Hosni Mubarak yang boleh digelar BILLIONAIR!!fuyyo....Kaya tue. Mereka mengatakan jumlah kekayan Hosni Mubarak diantara  $40 billion dan $70 billion..Tapi tak tahu lah kan..
Menurut kosmo hari nie, Hosni Mubarak dan kaum kerabatnya dan meninggalkan istana presiden  dan pergi ke pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah.
Apa2 pun, aku doakan yang terbaik buat Egypt...peace no war...amin..

p/s:kalau ada kesilapan pada entry kali ini harap di maafkan dan dibetulkan.

Friday, February 11, 2011

Hari membeli sedunia /(*-*)"/

Wink2..cik nOra hari nie pegi jalan2 dekat Kluang mall dengan budak2 rumah Syira, Leen, Zam, dan Pipah.
Tujuan asal nak makan roti bakar yang femes dekat stesen kereta api kluang tu, tapi tup2 dah tutup rupenya sebab kita orang sampai lambat sangat dalam pukul 12 lebih kot.
Apa lagi,Plan B terus berjalan iaitu masuk Kluang mall. Untuk apa kami masuk dalam mall tu??
Eh2, lupa plak. First of all, mesti lah untuk isi perut dulu kan2. Kami pilih untuk makan kat Chicken Rise shop. Menu kemestian adalah chicken rise lah...hahhaha..suka sangat dengan sayur taugeh dia tue..nyum3.


 syira + zam tengah kusyuk makan


Lepas makan2 terus pusing2 dalam mall tue. Pejam celik pejam celik tengok2 kat tangan dah ada macam2 beg plastik dah. "Eh, aku terambil yang sape punyer lak nie"(aku berkata2 dalam hati dengan nista nya).
Sudah tentulah yang aku punye maaa...Aku TERBELI kasut bum 1, baju t-shirt 1, beg kuliah 1, mug kat living cabin(untuk minum air nescafe peberet caye) 1...dah2 tu je.

 Balik je terus aku buat air nescafe dalam mug tue...suke sangat mug nie sebab ada skali dengan sudu=))

Kasut nie dibeli pun sebab kasut sebelum ni dah rosak. Bukan saja2 membazir taw..

Part yang paling memcabar hari ni adalah, aku drive kete dari kluang ke parit raja...vroooommmm..
Kan aku baru dapat lesen P (Bace sini untuk flash back)
So, ni first time drive dari bandar kluang ke parit raja nie..thank to syira(tuan punyer kete) sebab mempercayai saya untuk drive pulang tadi...hihihihi.
Okay lah..cik blog nie nak pegi makan depan tv sambil tengok berita dulu..bye3.

Zizan raja lawak dah bomohkan aku..=))

Abang zizan jangan saman saya ye di atas tajuk entry saya kali ini...hahaha..
Seminggu dua nie asyik layan Raja Lawak musim ke 5 ni je...Tiap2 minggu mesti tengok dekat youtube almaklum lah rumah sewa takde tenet..=((, so youtube di hatiku..hehehe
Lawak zizan dengan johan sebagai pengacara lagi ngetop dari peserta2 Raja Lawak musim ke 5 nie..hahhaha..sebab tue aku mesti tergolek2 kalau tengok zizan dan johan buat lawak. Memang ngam sangat mereka berdua....
Suara zizan pun sedap kalau dia nyanyi...arhhhh...Sebab tue aku kata zizan dah bomohkan aku, sebab aku dh jadi angau dengan lawak2 selamber dia. Mesti pecah perut lah kalau dia buka mulut. 
Waaa...hidup aku mesti tak bosan kalau zizan ada kat sebelah aku sekarang, takdenya aku nak ngadap laptop 24 jam kalau dia ada..
Kalau aku dapat jumpa dia depan2 aku nak suh dia buat 1 benda je,TOLONG SERIUS SELAMA 1 JAM.
Agak2 dia dapat buat tak??
Kalau ikutkan si abang nara dah kenankan dia dengan Juliana Evans si cantik manis itu..So aku disini tak sokong!!eh2...ngada2 lak cik nora nie macamlah zizan tue pakwe ko..(ok fine)
Kalau ikut hati mau puji zizan lagi nie, tapi takut ada yang termuntah lak bila baca. so aku stop sini dengan menutup entry malam ini dengan gambar abang zizan bersama aku ..saksikanla...apa-apa aje.

 ensomnye pakwe saye ni!!!




Thursday, February 10, 2011

Let the pics tell the story today..






Just nak sharing gambar anak2 saudara aku. Masing2 ada perangai pelik masing2...Aku ada 8 orang anak buah dan bakal bertambah lagi sorang bulan 7 nie..InsyaAllah.
Kalau semua dah berkumpul macam time cuti raya cina hari tue, hari biru rumah kita orang.
Sana menangis, sini menangis, sana mari kejar2 sini main tarik2 rambut..aduyyai..
Apa2 pun aku sayang dia orang semua macam dia orang sayang mak teh dia orang nie...hik3

Wednesday, February 9, 2011

Dalam Proses mencari

Di mana nak ku cari tempat yang sudi mengambil aku untuk praktikal di syarikat mereka??
Bulan 5 ni aku dah kena mula Latihan Industri selama 10 minggu dalam 2 bulan lebih sikit la.
Ada syarikat yang dah penuh, ada syarikat suruh hanto je dulu resume....huwaaaa...
Masih dalam proses menunggu jawapan dan mencari lagi syarikat2 yang sudi untuk aku tunjukkan kemahiran aku dalam dunia engineering nie...muhahahaha....=((
Kalau boleh aku nak dekat2 je dengan rumah aku untuk memudahkan pengangkutan,penginapan dan sebagainya. Maksud aku, aku nak area2 dungun,kemaman or kuantan je...bukan demand taw.
Harap2 dapat feedback dalam masa terdekat ni daripada syarikat2 yang aku dah hantar resume tue...huhuhu
Kalau dapat yang bagi elaun lagi syok kan...$$$$$$$..kayo mak!!
Tak kisahlah, asalkan dapat tempat untuk LI pun kira Alhamdulillah...

Rindunya pada kamu...

Ini anak-anak buah aku, anak kepada kakak ku nombor 4. Dia orang tinggal kat Melaka. Jadi jarang sekali boleh jumpa. Hari tu kakak aku cuti selama 2 minggu dan balik kampung kami di Terengganu sempena cuti raya cina. Dapat lah main2 dengan Atika Zhulaika 2 tahun dan adiknya Azmeera zhulaika 1 tahun. Dia orang bakal dapat adik baru bulan 7 nie...huhuhuhu
meh aku share gambar2 cute die orang...

 ini miera..si adik yang manja.
Abah pun dia panggil mama..budak baru belajar bercakap

 ini ika, si kakak yang suka sangat main.
Tagline die hari2 adelah:
mama, esok main lagi taw
mama, nanti main lagi taw


nak wat piece, tapi jadi camtu lak..hihihi

Selalu jugak aku pergi Melaka untuk jumpa dia orang..Kat sini ada pernah aku cerita.
Okey lah..miss u babeh..=))

Tuesday, February 8, 2011

Lucky Draw Ratu Tupperware

Dengan rajinnya aku terus join contest ni setelah dijemput oleh ratu tupperware.
Mudah je nak join, just follow blog dia and buat entry. Nak tahu lebih lanjut Klik Sini je.


Hadiah berupa barangan tupperware..kelas gitu..hehehe

Serius kejam,kenapa kau sanggup buat begitu wahai manusia!!!


Terkedu saat aku membaca berita di surat khabar kosmo secara online tengahari tadi(sekarang baru sempat nak cerita).
Tengok jelah gambar yang disiarkan tu dah meruntuh jiwa, sah2 dia sedang koma kerana  mengalami kecederaan parah di belakang kepala. Dia kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.
Perkara sadis ini dilakukan oleh manusia yang bertopengkan syaitan yang tidak mempunyai nilai kemanusian serta kejam. Kepada sesiapa yang telah merogal wanita terbabit kemudian memukulnya sehingga mengakibatkan  tengkorak pada belakang kepala mangsa retak mendapat balasan yang setimpal.
Wanita yang dirogol, sebelum dicampak di tepi jalan berhampiran lampu isyarat Pork Dickson masih dicari ahli keluarganya. 
Walaupun wanita terbabit adalah berketurunan cina dan aku berbangsa melayu sejati, sifat belas kasihan aku tiada batasnya. Bagi aku kejadian seperti ini amat tragis dan tidak patut berlaku. Minda kewanitaan aku tertanya-tanya, kenapakah masih wujud golongan yang berminda cetek yang hanya menurutkan nafsu serakah semata-mata!!

Monday, February 7, 2011

Berkahwin bulan 5 kemudian bertunang bulan 6..

Pernah dibuat orang tak kahwin dulu baru tunang??
Hihihi....Jangan salah sangka, sebenarnya sorang sepupu aku akan berkahwin bulan 5 ni dan seterusnya sepupu lagi sorang yang akan bertunang bulan 6 nie.
Semua dah memilih calon hidup dia orang nampaknya, aku bila lagi??
Jawapan standard "Ada jodoh nanti kahwin jelah" tak pun "Suruh mak ayah jelah pilih nanti" jawapan paling popular aku adalah "Dah tak jumpa yang serasi lagi nak buat camne".
Kepada sepupu2 aku yang bakal menghadapi hari bahagia tue, tahniah dan semoga kekal hingga ke anak cucu ye.

Meh kita selami apa yang aku survey time orang kahwin:Apa yang paling aku suka tengok semasa majlis kahwin??

1) Pertamanya mesti lah nak tengok pengantin lelaki dan perempuannya yang berseri seri, cantik dan kacak bergaya pada hari tersebut..Time paling best tengok pengantin bersanding pakai baju cantik2..=))

Gambar time aku kahwin nie di ambil dari internet je.

2) Then, yang paling syok kalau dapat bergambar kenangan kat pelamin indah sang pengantin..hik3..
Tumpang merasa lah katekan..Kalau yang berkemampuan mesti buat singgahsana pelamin yang santek dan eksklusif gitu....waaa...dah mula berangan pelamin idaman hatiku nie...Pelamin yang penuh dengan bunga2 segar mesti cantik kan2...

3) Seterusnya aku akan perhatikan hantaran dari kedua-dua belah pihak. Ambil ilham untuk copy paste idea dia orang time aku nanti lah...lalalala(entah bila lah kan)
Barang hantaran tak semestinya nak mahal2 kan, tak semua orang berkemampuan. Asalkan pandai gubah dan gayakan je, mesti cun lah hantaran tue.

                       

4) Makanan kat majlis orang kahwin ni pun lain rasanya. Kalau makan ramai2 meriah bebenor rasanya. Tapi setakat ni tak pernah lah aku makan sampai 2 pinggan kat majlis orang kahwin. Jatuh lah standard gadis melayu terakhir aku nanti..perasan la ko nora!!(T_T)

5) Last sekali sebelum balik semestinya semua tetamu yang hadir akan dapat cenderamata dari pengantin atau tuan rumah. Tang nie pun aku suka, kalau dapat yang eksklusif dari pengantin tue yang paling best.

6) Balik umah sambung tidur...hahahaha.