Lamanya aku tak menulis catatan aku kat sini, hurm semenjak praktikal 23/5 aritu aku asyik tido awal je. Tak ada masa sangat untuk bersosial dekat blog nie. Dah lama jugak lah aku tidak menjalankan aktiviti blog walking menjelajah blog-blog yang aku biasa singgah. Yela balik kerja sampai rumah kakak aku ni dah dekat pukul 6. Mandi-mandi+rehat-rehat sikit+makan malam= selepas solat isyak terus terbungkam atas katil. Padahal bukan penat sangat badan, tapi mungkin sebab berada kat luar rumah separuh hari menyebabkan minda aku mempengaruhi badan dan menyatakan badan aku penat dan perlu tidur awal untuk bangun awak esok harinya...hahhaha..hebat tak konsep pemikiran aku yang cetek nie??..
Dalam seminggu aku praktikal ni, tak banyak lagi yang aku dapat belajar. Just sikit-sikit dan aku punyai banyak masa untuk ber FB di tempat kerja aku tue..hahaha..best kan. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing, so aku dengan sorang lagi kawan aku yang praktikal kat situ kena pandai-pandai cari peluang untuk belajar daripada dia orang. Semua kat situ baik-baik, tapi aku je yang kurang pandai ambil kesempatan untuk kaut ilmu dari mereka semua. Penyelia aku lagilah sibuk, yela bos katekan..Apa-apa pun aku suka tempat aku praktikal sekarang nie. Hope everything is okey untill aku tamatkan latihan industri aku kat situ.amin.
2 comments:
ade cerite terbaru ke???
dapat tackle bos mude2 x??
nora,awak di tag..
http://abbymira.blogspot.com/2011/06/giveaway-pertama-miemiezs.html
Post a Comment