Kenapa kadang-kadang berlaku kes anak sendiri di anak tirikan? Aku pelik dengan segelintir sikap manusia yang hilang sifat penyanyang dalam diri mereka terutamanya terhadap anak sendiri. Adakan tekanan hidup yang menjadikan mereka bersikap begitu? Aku bercakap tentang perkara biasa yang terjadi di mana-mana tanpa menujukan buat siapa-siapa. Tapi siapa yang makan cili dia yang terasa pedas kan!! Anak adalah anugerah Allah S.W.T yang tak terhingga kepada setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Dan sudah semestinya menjadi tanggungjawab kepada setiap ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka dengan sempurna dan memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak mereka. Ini tidak, ada yang sanggup mendera anak sendiri bahkan melayan anak-anak sendiri seperti anak ini menyusahkan mereka dan membebankan mereka. Padahal anak adalah rezeki dari Allah yang tidak terhingga kepada mereka.
Aku bukan apa, cuma sedih melihat nasib anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang yang sempurna daripada kedua ibu bapa mereka terutamanya dari keluarga yang bercerai berai. Kadang-kadang ada ibu yang sanggup memaki- maki anak mereka walaupun anaknya melakukan kesalahan yang kecil sahaja. Dan lebih mengecewakan jika mereka sanggup memaki anak sendiri dengan mengatakan anak kandung mereka itu sebagai anak pungut!!! Ya, Allah kau bukakanlah pintu hati semua ibu bapa di dunia ini untuk terus menyayangi anak-anak mereka dan menjaga mereka dengan baik.amin...:'(
No comments:
Post a Comment