Sunday, April 10, 2011
Lanjutan ulasan pasal Jimmy Shanley..
hurm...siang tadi tengok melodi ada temubual pasal masalah jimmy dan isteri dia. Bila dengar cerita dari mulut jimmy sendiri baru aku faham sikit tentang masalah yang berlaku dalam rumah tangga dia orang(penyibuknya aku!!). Rupa-rupanya masalah rumah tangga jimmy berpunca dari sikap isteri dia yang mungkin sosial kot..tapi aku tak mahu cakap lebih-lebih sebab aku tak ada bukti..huhuhuhu. Tapi melodi ada siarkan gambar yang diblurkan, mungkin isteri dia yang tengah enjoy dengan kawan-kawan dia kot.Kesian plak kat si jimmy ni time dia sebak bila menyebut tentang dia sudah tiada emak dan meminta isteri dia supaya taat pada emak dia. Apa yang buat aku musykil, jimmy ni asyik sebut yang isteri dia lebih penting kan "teman sehidup semati" aka best friend forever(BFF) dia hingga malam pertama kot kalau tak silap jimmy cakap dalam melodi tadi yang isteri dia tinggalkan dia dan balik awal pagi semata-mata untuk bersama dengan BFF dia...Apa-apa pun semoga jimmy dan isteri dia jumpa jalan penyelesaian terbaik buat mereka berdua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment