Sunday, April 24, 2011

Pertunangan Ashraf Muslim dan aku....

Pertunangan Ashraf Muslim dan aku hanya tinggal impian sebab ashraf sudah sah menjadi tunang kepada Noor Dayana...sob3..sedihnye...huhuhuu
Aku gurau jelah, tahniah kepada ashraf dan noor dayana semoga dipermudahkan untuk ke jinjing pelamin ye dan kekal hingga ke anak cucu. Ashraf memang kacak giler dengan baju melayu yang dia pakai..nak tengok gambar dia dan tunangnya sila pergi blog beautigul nara ye......Kurang sorang calon suami aku....hehehehe..


Tadi aku baru balik dinner bersama batch aku untuk kali terakhir sebab tak lama lagi kami akan tamat belajar di UTHM terchenta ini. 4 tahun bersama bukan tempoh yang singkat, apa-apa pun cayalah korang semua...meh aku kongsi gambar kami ye.Tapi ada yang tidak join di atas sebab2 tertentu...huhuhuhu..

Tema glamer...=))
~Going to miss u all guy~

Saturday, April 23, 2011

Maharaja Lawak mingggu ke 4

Time kasih sekali lagi kepada guatv yang cepat2 upload maharaja lawak malam ini di youtube...gud bye kepada Alex sebab dah terkeluar. Bagi aku pun persembahan dia tiap-tiap mingu kurang menarik dan tidak  begitu kelakar...huhuhu..Jozan still dapat 5 minggu dari aku minggu ini diikuti nabil, balas, jambu, sepah, man, amir,alex n jehan aku tidak tengok lagi.(macam malas je nak tengok...hahahha)ops,i'm sorry...
Persembahan man malam ni kurang ngetop, mungkin kekurangan idea yang berkaitan tema untuk minggu ini kot..Man wat yang  terbaik minggu depan ye tapi jangan kalahkan Jozan saye...=))...
Harap-harap tema untuk minggu depan biar lagi mencabar supaya peserta dapat pertontonkan idea2 diluar jangkaan yang menarik gitu. Kalau boleh tema lawak yang menggunakan ekpresi dan gaya sahaja...kan best camtu..we will see k..nunite 2 myself...

Thursday, April 21, 2011

Selamat Tinggal.....

No..Yes..No..Yes...Apekebende cik Nora merapu nie...Hari ini berakhirlah sudah penderitaan aku selama setahun. Berhempas pulas memerah keringat aku yang lemah ini untuk menyiapkan projek tahun akhir aku(Final Year Projek atau PSM)...Akhirnya dengan berlalunya present depan panel petang tadi maka tesis aku sudah berjaya..hurrraayyy...yabedabeduu..Siap dapat pujian sikit dari panel tadi"gud presentation katenya"...hehehehe..but weak recomendatation...hahahaha. Aku akan grad bulan 5 ini dan aku kanvo dalam tahun ini. Tapi tinggal lagi nak praktikal dari bulan 5 sampai bulan 7 ini.
Apa yang menjadi persoalan disini adalah--->adakah aku sudah bersedia untuk menempuh alam pekerjaan nanti..OMG am i ready for that?? nak pratikal pun rase berdebor semacam je nie hah...ilmu masih kurang di dada walaupun dah blajo masuk 4 tahun.Apa-apa pun aku nak buat yang terbaik tuk masa depan aku nanti. Wish me luck okes..=))

ini gambor sebelum present tadi, panel datang lambat sikit. Perut dah rasa semacam je sebab berdebor bukan main, tapi last2 lepas abes present rasa happening giler2 lah...


Aku yang duduk dikelilingi classmate ku yang cantik2 semuanye..hehehe

Saturday, April 16, 2011

Maharaja Lawak-jozan terbaik dan.....

Malam tadi terus dapat tengok Maharaja Lawak kat you tube terima kasih pada GuaTv yang cepat benor upload Maharaja Lawak minggu ke 3 malam tadi...persembahan muzikal dari peserta-peserta malam tadi ada yang best dan ada yang kurang menarik tapi jozan tetap terbaik...hahahaha...Kumpulan Jambu aku pun minat tapi untuk persembahan malam tadi kurang menyegat lah. Cuba lagi next week ye. Kalau Nabil aku kurang minat tapi dia punya persembahan malam tadi buat aku pecah perut jugaklah..meh aku listkan peserta-peserta yang aku suka dari first sampai last untuk persembahan malam tadi.
  1. Jozan
  2. Nabil
  3. Sepah
  4. Man
  5. Balas
  6. Jambu
  7. Amir
  8. R2
  9. Jehan
  10. Alex

hehehe....ini carta aku sendiri je...gud luck Jozan.....=))

Monday, April 11, 2011

Fenomena hantu Kak Limah Balik Rumah menjadi-jadi di rumah aku

Hari-hari kat umah aku sekarang ni asyik sebut perkataan ni je "kita bakor2x" + "sape setuju angkat tangan macam ni" + "plawok2x" dan seanteronya....ini semua gara-gara hantu kak limah dan astro first. Sejak kakak aku langgan cerita Hantu kak limah balik rumah dekat astro first, anak saudara aku yang umor 3 tahun asyik nak tengok cerita tue je. Sampaikan mama dia belikan cd cerita itu untuk dia dan paling membosankan dia nak tengok cerita tue sampai 2, 3 kali sehari!!OMG..hahahaha...Kakak aku cerita time ABPBH hari tue yang time johan dengan usop wilca tue naik pentas dia siap kenal lagi dan cakap "hantu kak limah!"..itu budak 3 tahun tue..dasyat betul penangan cerita tue. Kakak-kakak dan abang-abang ipar aku pun sama saje terikut-ikut dengan lawak usop wilca tue ha..huhuuuhu..apatah lagi anak-anak buah aku..Nak tengok lama mana fenomena ini berlarutan...=))

Sunday, April 10, 2011

Lanjutan ulasan pasal Jimmy Shanley..

hurm...siang tadi tengok melodi ada temubual pasal masalah jimmy dan isteri dia. Bila dengar cerita dari mulut jimmy sendiri baru aku faham sikit tentang masalah yang berlaku dalam rumah tangga dia orang(penyibuknya aku!!). Rupa-rupanya masalah rumah tangga jimmy berpunca dari sikap isteri dia yang mungkin sosial kot..tapi aku tak mahu cakap lebih-lebih sebab aku tak ada bukti..huhuhuhu. Tapi melodi ada siarkan gambar yang diblurkan, mungkin isteri dia yang tengah enjoy dengan kawan-kawan dia kot.Kesian plak kat si jimmy ni time dia sebak bila menyebut tentang dia sudah tiada emak dan meminta isteri dia supaya taat pada emak dia. Apa yang buat aku musykil, jimmy ni asyik sebut yang isteri dia lebih penting kan "teman sehidup semati" aka best friend forever(BFF) dia hingga malam pertama kot kalau tak silap jimmy cakap dalam melodi tadi yang isteri dia tinggalkan dia dan balik awal pagi semata-mata untuk bersama dengan BFF dia...Apa-apa pun semoga jimmy dan isteri dia jumpa jalan penyelesaian terbaik buat mereka berdua.

Tuesday, April 5, 2011

Kes Jimmy Shanley dan isteri yang tak berkesudahan

Pagi tadi ada baca paper metro,sinar dan kosmo..ketiga-tiga paper ini ada mengeluarkan cerita pasal mahkamah mengarahkan nursuhaila isteri jimmy untk menjawab kes tuntutan kembali taat yang difailkan oleh jimmy januari tahun ini. Daripada yang aku baca, jimmy ada cerita yang isteri dia ada meminta cerai dalam bulan 11 tahun lepas, tapi jimmy tidak mahu menceraikan isterinya. Mungkin kerana dia masing sayangkan isterinya dan tidak mahu anaknya yang bakal lahir nanti dalam keadaan dia dan isterinya bercerai. Hurm, aku yang sangat penyibuk ni nak sangat tahu kenapa isteri dia mahu bercerai dengan jimmy walaupun tempoh perkahwinan sangat-sangat singkat..Ada siapa-siapa yang tahu??huhuhu..ceritalah sama ana. Kesian kat baby bakal lahir nanti kan...Dalam paper yang aku baca, ada satu ayat tue macam jimmy memperli isteri dia sebab isteri dia pergi umrah tanpa kebenaran dia. Ayat dia lebih kurang macam inilah "sembahyang tue wajib, mentaati suami tue wajib, buat umrah tue sunat""susahlah kalau yang wajib ditinggalkan tapi yang sunat dibuat". So, siapa makan cili dia terasa pedas yo...huhuhuhu.

Gambar di awal perkahwinan mereka.
Nampak bahagia, tapi adakah palsu semata-mata...kita terjah!!hehehehe

Monday, April 4, 2011

Zizan memang terbaik jadi pengacara ABPBH malam tadi

Mesti ramai yang menonton ABPBH semalam masuk wad jantung kan. Sapa setuju angkat tangan macam saya...hahahhaha.Gandingan Zizan, kak engku dan sharifah shahira semalam memang best and buat aku ketawa berdekah-dekan depan tv malam tadi.  Paling yang tak boleh blah time zizan terima anugerah tue, dia buat muka serius tapi serius aku rasa nak gelak tengok muka dia time tue. Ending anugerah untuk ABPBH pun lawak giler bile usop wilca dengan johan naik pentas untuk bacakan pemenang anugerah bintang paling popular. Serius aku memang gelak giler-giler lebih-lebih lagi ramai artis dekat bawah ikut tangan usop wilca yang bergoyang-goyang tue. Time yang sam tolak mak dia sambil tangan mak dia gerak-gerak macam tangan usop tu buat perut aku senak...haish dia orang nie. Pandai je cari bahan untuk melawak yang boleh pecahkan perut aku...Apa-apa pun Sam memang terbaik dan tahniah juga pada farra Fauzana yang menang 2 anugerah malam tadi...

Pasar karat and nasi beriani Batu pahat

Hari sabtu baru-baru ini aku dan lagi 4 budak rumah aku pergi pasar karat dekat batu pahat. First time pergi pasar karat ni walaupun tahu kewujudan pasar ni agak lama tapi baru hari sabtu yang lepas aku berpeluang untuk pergi. Sebelum ini dengar dari mulut orang lain je tentang pasar karat ni. Orang kata kat situ ada orang jual baju-baju terpakai semua. Time dengar tu aku tak ada rasa nak pergi sangat sebab aku kurang sikit dengan baju terpakai ni. Memang aku suka membeli belah baju yang murah-murah tapi baju terpakai bagi aku mungkin pilihan terakhir kot. Tapi perasan ingin melihat keadaan pasar pagi itu buat aku rasa melonjak nak ke sana.So, hari sabtu tu pagi-pagi lagi dalam pukul 9.30 a.m kita orang dah gerak ke sana. Sampai sana nak dapat parking bukan main susah lagi. Pusing punya pusing dapatlah parking dan habuan sekali. Nak tahu apa habuannya--->mestilah kena saman sebab parking merata..huhuhu. Parking agak jauh jugalah, takpe sebab berjalan-jalan punya pasal takde hal lah. Sampai je kat tempat orang menjual kat pasar karat tue kami terus serbu kedai-kedai yang berderet-deret kat situ. Survey punya survey didapati baju-baju kat situ banyak je yang cantik-cantik dan dalam keadaan yang masih sangat baik. Bab harga jangan cakap lah murahnya. Beli sehelai rm3.00 tapi kalau beli dua helai dapat rm5...Terbeliak aku sebab murah sangat, jakun pun ada sebab baju seringgit pun ada. Kalau pandai cari dan pilih korang akan dapat baju atau dress mahupun seluar yang masih cantik dan okey. Niat hati tak adelah nak membeli sangat sebab duit pun tengah kering, tapi bila aje mak cik yang jual kat situ cakap harga baju kat situ dalam area 3 hingga 5 henggit je apa lagi prinsip jimat dah serabai...hahahaha. Masing-masing beli baju yang dirasakan berbaloi-baloi.
Selepas penat pusing-pusing shoping baju terpakai ni, perut mesti kosong kan. Waktu pun dah masuk area pukul 12 tengahari, alang-alang dah ada kat B.pahat ni merasa jugak aku makan nasi beriani yang femes kat sini...Dua hajat kesampaian dalam masa 1 hari..cayalah...Aku beli beriani lauk kambing harganya dalam rm6.60, kawan-kawan aku yang lain semua ambil lauk ayam dan harganya dalam rm5.50. Nasi beriani tu sedap dan banyak plak tue tapi lauk ciput ah sikit..hehehehe.
Sampai je kat rumah kita orang susun baju-baju yang dibeli tadi sebelum ditest dan dibasuh. Sempat jugak snap gambar baju tue. Tapi gambar dekat pasar karat lupa lak nak ambil, sibuk memilih time tu katakan..Jom cekidout..=))
Tarra..baju yang diborong oleh kami berlima

gigih menyusun baju-baju yang dibeli ;)

Friday, April 1, 2011

Life is so complicated

Permasalahan pasti wujud pada semua orang, tidak terlepas pada aku dan keluarga aku. Banyak masalah yang berlaku dalam keluarga aku tapi biarlah perkara ini menjadi rahsia kami sekeluarga sahaja. Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak tahu. Aku kadang-kadang lebih suka untuk tidak tahu masalah yang berlaku dalam kelaurga kerana kadang-kadang masalah ini menjadi beban diminda. Apa-apa pun setiap permasalahan itu pasti ada penyelesaiannya kan? Cuma bergantung kepada kita bagaimana cara untuk kita mengatasinya. Adakalanya aku bercerita tentang masalah yang ada dalam keluarga aku selagi ianya tidak mengaibkan aku dan keluarga sekadar untuk dijadikan pedoman. Dengan cara bercerita aku dapat meringankan beban yang ditanggung walaupun sekadar berkongsi dengan kawan-kawan atau dengan ahli keluarga sendiri. Dalam banyak-banyak masalah yang berlaku ada satu masalah yang tidak pernah ada penyelesaiannya dalam keluarga aku iaitu berkenaan dengan kakak sulong aku. Dia berkahwin pada usia 20 tahun kot tidak silap aku kemudian ketika anak tunggalnya berusia 3 atau 4 tahun dia bercerai dengan suaminya kerana sudah tiada persefahaman. Sekarang dia sudah berkahwin lain iaitu dengan suami orang. Suami baru dia sudah mempunyai 5 atau 6 orang anak dengan isteri pertama. Lelaki ini juga merupakan kekasih kakak aku sebelum dia berkahwin dengan suami pertamanya itu. Kalau tidak silap aku, perkahwinan dia dengan suami kedua dia ini sudah masuk 2 tahun dan mereka masih tidak dikurniakan anak(atau mungkin merancang). Anak kakak aku dengan suami pertamanya pun sudah masuk darjah 2. Aku paling kasihan dengan anak saudara aku yang ini kerana perceraian emak dan ayahnya memberi kesan kepada dia secara tidak langsung. Ayah kandungnya jarang sekali datang menjenguk dia sedangkan aku rasa dia lebih rapat dengan ayah dia berbanding emaknya iaitu kakak aku. Ayah kandung dia seorang ayah yang baik dengan dia dan jarang berkasar dengan dia sedangkan emak dia selalu marah- marah. Tetapi ayah kandung dia pun sudah mempunyai keluarga baru dan mempunyai seorang anak tiri dan baru mendapat anak bersama isteri barunya. Dan dari apa orang terdekat bercerita, isteri baru dia ini seorang yang pengongkong. Poor to my ex-brother in-law sebab dia ini memang jenis baik hati sangat. Hurm, masalah macam ini banyak aje berlaku diluar sana. Perceraian ibu bapa menyebabkan anak-anak terabai dan aku dapat lihat sendiri perkara ini berlaku pada anak saudara aku. Entah bila anak saudara aku itu akan dapat hidup normal seperti orang lain kerana perkahwinan kedua kakak aku tidak mendapat restu emak dan ayah aku. Life is so complicated!!!