Thursday, January 27, 2011

Haish..Kenapa rasa janggal ea??

Korang ada abang ipar tak??
Erm aku ada 4 orang abang ipar sebab aku ada 4 orang kakak yang dah berkahwin..
Abang ipar pertama orang terengganu je, yang ke 2 orang kelantan, yang ke 3 orang terengganu jugak dan yang ke 4 orang melaka.
So yang mahu diceritakan disini adalah abang ipar aku yang ke 4..
Di sebabkan dia orang melaka so dia tak berapa ngam ngan kami orang terangganu sejati ni.Eh,bukan diskriminasi negeri ye..tapi dia yang tak faham kalau kita orang borak2 or buat lawak..so dia akan senyum je dan kadang2 or jarang2 je dia akan menyampuk...kesian dia...har3.
Dengan abang ipar aku yang semua masuk air je...
Nak dijadikan ceritakan, hari isnin hari aku patut pulang ke johor menaiki bas. Tapi malam itu masih ada tahlil untuk arwah nenek aku yang baru meninggal dunia, jadi aku tertinggal bas kerana terlambat.
Kebetulan abang ipar aku ni nak balik melaka ke esokkannya sebab dia kena kerja tapi kakak aku tak ikut sekali sebab dia memang dah ambil cuti panjang terus sempena cuti raya cina.
Jadi aku join abang ipar aku untuk ke melaka sebelum ambil bas ke batu pahat nie.
Perjalanan selama 5 jam terasa 5 hari sebab masing2 diam dan buat hal sendirik je...sebab??tak ada idea nak berbual pasal apa..huk3..
Janggal sangat2 sepanjang perjalanan berdua dengan abang ipar aku tue..bila dah sampai melaka barulah lega..Dia dah jadi abang ipar aku nak masuk 4 tahun kot,tapi disebabkan dia tinggal di melaka dengan kakak aku, so kita orang jarang berbual or jumpa ler..
Nampaknya kena buat percutian keluarga untuk eratkan hubungan ahli keluarga nie..

2 comments:

Mr. Asada said...

adeh. 5 jam jadi 5 hari. dahsyat! sebab jarang jumpa, tu jadi janggal. tambah, mungkin memang bukan jenis yang banyak bercakap. huhu..

saya belum ada abang ipar lagi. akan ada tidak lama lagi. heee ;P

nOra said...

betul tue..jarang jumpe n jenis yg xbyk bercakap..
nk buat lawak pn 6ti takut gelak sorang je..hik3..
tapi abang ipar sy nie baik,xsusah kalau nak mintak tlg..
selamat menyambut org baru dlm family ye..=)