Wednesday, January 26, 2011

Semoga roh nenek dicucuri rahmat...amin.

Al-fatihah buat arwah nenek ku yang telah meninggal dunia pada 22/1/2011 lebih kurang pada pukul 2 pagi iaitu hari sabtu yang yang lalu. Arwah nenek meninggal pada usia hampir 90 tahun disebabkan sakit tua yang menimpanya hampir 4 tahun.

Aku yang berada di Johor pulang ke rumah ku pada hari jumaat bersama kakakku yang berada di Melaka setelah ayah memaklum nenek aku sedang nazak dan berada di rumah kami.
Aku sampai di rumahku pada pukul 11 malam hari jumaat tersebut, melihat nenekku dikerumi ramai sanak saudara aku mengambil keputusan untuk berehat terlebih dahulu kerana terlalu mengantuk. Aku hanya sempat melihat wajah nenekku dari jauh sebelum masuk ke bilikku.
Aku terus terlelap kerana terlampau penat dan mengantuk disebabkan perjalanan pulang ku yang terlalu lama (1 tghari-11 mlm). Selepas kelas dalam pukul 1 tengahari aku bertolak ke Melaka dari Johor dengan menaiki bas lompat (b.pahat-Muar-Melaka) disebabkan bas express yang seterusnya pada pukul 2 lebih. Kakakku sekeluarga sudah siap2 menunggu aku di sana untuk bergerak pulang ke Terengganu.
Tidak lama selepas aku terlelap, sepupu ku mengejutkan aku dari tidur. Muka dia kelihatan sedih dan menyatakan bahawa nenekku sudah tiada. Tidak terucap kata2 dari mulutku ketika itu kerana aku terasa amat kesal pada diri sendiri..Aku menyesal tidak terus mendekati nenekku ketika masih sempat...aku kesal tidak berada disebelah nenekku ketika dia mahu menghembuskan nafas terakhirnya...Hanya Al-Fatihah dan bacaan yassin dapat ku iringi jenazah nenekku pagi itu. Bacaan yassin yang ku baca ketika itu jatuh bersama air mata penyesalan ku. Tapi nasihat emak ketika itu, tidak elok menangis dihadapan jenazah.
Diharap penyesalan ini dapat ku tebus dengan iringan doa buatmu nenek...
Semoga roh nenek aman di alam sana dan di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan mulia di sisi-Nya.amin..amin..ya Rabbanaalamin...

2 comments:

Nora Asfa said...

Al-Fatihah. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Nenek Nora dan di himpunkan bersama para solehin.

nOra said...

amin...mekasih dear..