Sunday, May 20, 2012

Cinta Syahrini dan Bubu direstui Keluarga

   





Mungkin ramai warga Malaysia yang tidak begitu mengenali Syahrini penyanyi Indonesia yang juga merupakan mantan kekasih Anang dan mereka berdua pernah popular dengan lagu duet Jangan memilih aku. Namun, setelah kontroversi kisah cintanya dengan seorang warga Malaysia, Raja Mohammad Syazni, 23 iaitu ahli kerabat Selangor terbongkar sudah tentu nama Syahrini makin diperkatakan dan dikenali ramai.

BUKTI... antara gambar yang menunjukkan keintiman Syahrini dan Bubu.

Hubungan cinta mereka berdua sudah berlangsung hampir 2 tahun, berikut adalah pengakuan Syahrini di dalam akhbar Kosmo hari ini :

Syahrini berkenalan dengan Bubu sewaktu mengadakan persembahan di Kuala Lumpur pada Disember 2010"Dia (Bubu) merancang dengan temannya dan membikin sejambak bunga berbentuk hati serta memasak makan malam untuk saya. Dia memberikan cincin sebagai tanda dia serius," jelas Syahrini tentang cerita cintanya dengan lelaki Malaysia yang sedang hangat diperkatakan.

Dalam akhbar Metro hari ini, Syahrini ada mengatakan bahawa hubungan dia dan Bubu adalah serius dan kemungkinan mereka akan berkahwin awal tahun hadapan.  Apa-apa pun kita tunggu dan lihat apa kesudahan kisah cinta antara dua benua ini....yihaaaa...

No comments: