Hati aku amat rindu untuk bercerita aktiviti harian atau peristiwa yang aku alami di blog ini. Agak lama aku tidak berceloteh disini. Alhamdulillah sudah hari ke 11 kita berpuasa pada hari ini, masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak buat seluruh umat islam di dunia ini. Semoga kita memperolehi berkat sepanjang bulan yang mulia ini.
Hampir dua minggu juga aku menjadi pengganggur kehormat di rumah..huhuhu..bukan lah pengganggur sangat, sebab aku baru sahaja tamat menjalani latihan industri di Utem pada 29 julai 2011 yang lalu. So, sebelum mohon kerja sedap juga goyang kaki di rumah (dalam hati rasa macam terdesak nak kerja je). Ramai juga kawan2 aku yang sudah mendapat pekerjaan samada ditempat praktikal mereka mahupun di tempat yang berlainan. Skop kerja kejuruteraan awam amat meluas dan aku merasa sangat-sangat kerdil saat praktikal kerana masih banyak perkara yang perlu aku belajar selok belok untuk menjadi jurutera yang berjaya.
Banyak cerita ingin dikongsikan bersama sesiapa yang sudi membaca catatan aku disini dan sekadar aku meluahkan apa yang terbuku dihati. oklah...aku undur diri dulu untuk post kali ini. Hopefully selepas ini aku makin rajin untuk selalu update di blog kesayangan aku ini..bubye 2 myself.
2 comments:
selamat berpuasa! :)
thank frenz...selamat berposer juge ye..
Post a Comment