Friday, March 25, 2011

[Ketidak][tenangan][yang][melanda][diriku!!]

Lama aku tidak menulis coretan hati aku kat sini dek kesibukan yang melanda. Macam-macam perkara yang masih tidak dapat aku siapkan seperti projek tahun akhir aku, projek subjek, dengan program universiti yang kau masuk dan lebih-lebih lagi aku masih tidak mendapat tempat untuk praktikal( dah dapat JKR tapi masih mencari syarikat swasta). Ikutkan hati rasa macam tak dapat nka siapkan semua perkara dalam masa terdekat ini, tapi aku dah masuk sem akhir ni mana boleh nak tangguh kerja itu semua. Kalau tidak, sila repeatlah cik nora sayangku oii..nonono!!! 4 tahun aku dekat sini dah rasa muak nak mampus apatah lagi nak tambah lagi satu sem??Tidak sama sekali. So, walau macam manapun semua kerja nie mesti kena siapkan juga sebelum due datenya. Hasrat hati nak balik dah berminggu-minggu tapi asyik tertangguh dengan perkara-perkara yang tidak diduga seperti presentation asyik tertangguh dan juga dengan test yang berturut-turut tiap-tiap minggu. Rindu nye nak lepak-lepak kat umah dan main dengan anak-anak saudara aku kat sana tue. Nak berusaha untuk balik jugak.Mak!!!saya mau pulang......

No comments: