Tuesday, March 24, 2009

aNtaRa kAu dAn aKu episod 3

Bi..bi..bi..bibir Hani mendayu-dayu memanggil suaminya.
Hardi terkejut dari tidurnya apabila dia merasakan tangan yang di pegangnya itu bergerak-gerak.
"Hani!"pekik Hardi.
Dengan pantas Hardi meluru keluar untuk memanggil dortor kerana isterinya seperti sudah terjaga dari komanya.
"Encik Hardi sila tunggu di luar sekejap ya"tutur jururawat yang datang bersama doktor untuk melakukan pemeriksaan terhadap Hani. Tidak lama kemudian,
"Encik Hardi,keadaan isteri encik sudah stabil tetapi badan dia masih lemah. En.Hardi boleh masuk menemani isteri encik"Doktor menerangkan keaadaan Hani kepadanya.
Hardi melangkah pantas bilik yang di tempatkan isterinya sejurus dia menelefon kedua ibu bapa untuk menkhabarkan berita gembira itu.
Di dalam bilik itu Hardi menatap wajah isterinya yang cuba untuk tersenyum kepadanya.
"Anje sayang berehatlah dulu ya"ucap Hardi sambil mengusap lembut ubun-ubun kepala isterinya. Air mata jantan Hardi mengalir melihat keaadaan isterinya yang begitu lemah sekali.
"Bi anak kita mana bi,perempuan ke lelaki?"soal Hani.
"Mama dan abah yang menjaga dia sepanjang 3 bulan ini. Anak kita perempuan dan bi letakkan nama seperti yang kita pilih di awal dulu"balas hati sambil jari jemarinya mereka bertaut erat.
"Maafkan Hani bi. Hani dah banyak buat dosa terhadap bi. Mungkin ini balasan atas apa yang Hani lakukan terhadap bi dulu. Hani..hani.."
Hardi cepat-cepat meletakkan jarinya ke bibir Hani. Dia tidak mahu Hani terus meluahkan rasa bersalah terhadapnya. Ini kerana dia tidak pernah menyimpan apa-apa perasaan marah terhadap Hani.
"Anje, bi terlalu sayangkan anje. Sehinggakan bi sanggup menjadi ganti diri anje daripada melihat anje begitu dalam keadaan begini. Hidup bi tidak bermakna tanpa anje. Siang dan malam bi berdoa supaya anje cepat sembuh. Tempoh 3 bulan umpama 300 tahun bi menunggu. Tapi Allah maha kaya anje. Doa bi di makbulkan. Tiada apa yang bi pinta selain anje cepat sembuh".
Kata-kata Hardi begitu menusuk kalbu Hani sehinggakan dia tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir dan membasahi bantal hospital itu.
"Bi, esok bi bawakan anak kita ye.Anje tak sabar nak peluk cium dia"
Hardi menganggukkan kepala dia.
"janji?"
"janji"
Malam itu mereka tidur ditemani cahaya bulan yang indah seakan bulan turut mengerti kegembiraan yang dirasakan oleh Hardi.
"Abang, dah siap solat belum.Cepatlah turun makan"laung Danissa dari tingkat bawah.
"astarghfirullahalazim"bisik Hardi sambil meraup mukanya.
Dia tidak tahu lama manakah dia tenggelam dalam lamunannya mengimbau kisah lalu antara dia dan Hani.
"Abang turun sekarang sayang"Hardi melipat kemas sejadah yang selalu digunakannya untuk bersujud kepada Yang Maha ESa.
Danissa adalah isteri yang baik bagi Hardi. Tetapi hatinya masih tidak dapat melupakan Hani, seorang wanita yang pernah dan akan terus menjadi ratu dihatinya. Tetapi dia tahu itu tidak adil bagi Danissa isteri yang di khawininya 1 tahun yang lepas iaitu selepas genap 2 tahun isterinya pergi menghadap ilahi di akibatkan oleh kanser rahim. Kanser rahim itu dikesan selepas sebulan isterinya pulih dari koma, tetapi itu sudah terlambat kerana kanser itu sudah berada di tahap yang serius. 5 bulan selepas itu isterinya meninggal dunia.
Hardi melangkah menuruni tangga satu persatu. Tingkat bawah rumahnya gelap, seperti ada yang tidak kena bagi Hardi.
"Sayang"panggil Hardi.
"Mieya"
"Surprise"Pekik Danissa dan Mieya sambil lampu terpasang.
Danissa dan Mieya menyanyikan lagu selamat ulang tahun kepada Hardi. Hari ini merupakan ulang tahun ke-30 Hardi, iaitu pada 22 march.
Hardi terperanjat besar kerana dia sendiri lupa pada tarikh kelahirannya. Ini membuktikan Danissa sangat mengambil berat akan dirinya. Bahkan Danissa juga menjaga dan menganggap Mieya seperti anak sendiri.
Hardi mendukung Mieya sambil meniup kek yang di pegang oleh Danissa. Mieya mencium pipi Hardi sebaik api lilin terpadam.
"Selamat hari lahir papa"ucap Mieya.
"Selamat ulang tahun sayang"tutur Danissa sambil menghulurkan hadiah buat Hardi.
Hardi menyambut hadiah itu dan terus memeluk Danissa.
"Terima kasih sayang. Bagi abang kehadiran Danissa sudah cukup bermakna buat abang. sayang sudah banyak berkorban demi abang dan juga Mieya.Walaupun sayang tahu yang abang masih tidak dapat lupakan Hani tetapi sayang tetap di sisi abang."Hati Hardi sayu dengan ketulusan Danissa.
"Sayang yang patut berterima kasih kepada abang kerana sudi mengambil sayang sebagai isteri 2 tahun yang lepas. Dan sayang juga telah berjanji akan mengharungi segala suka duka bersama abang semasa sayang setuju menjadi isteri abang"balas Danissa.
Mereka berpelukan seketika sebelum Mieya menjerit.
"Mama..Papa..Meiya laparlah.Jomlah makan"
Danissa dan Hardi ketawa dengan gelagat Mieya.
TAMAT...

No comments: