Monday, March 30, 2009

b0leH kEr??

Assalamualaikum...
erm..arinie saje je nk kongsi pendapat..
Korang2 rase lah kan, laki ngan pompuan leh jadi kawan baik tak??
Ikutkan pendapat aku dulu, laki ngan pompuan memang xleh jadi bestfriend sebab biasenye ade lah yang termenyimpang dari batas2 bestfriend tu. Maksud aku akan ade yang akan jatuh cinta pd bestfriend. So, tittle bestfriend dah jadi lain..hu3. Itu tak salah kalau masing2 single, tapi jadi masalah kalau salah sorang dah berpunya..Takkan dia nk tinggalkan gf atau bf untuk bestfriend die..tak ke jadi masalah tu..
Tapi skunk aku dah konpius nie..hu3.
Kalau ade pendapat lain sila lah kongsi..chow =)

Friday, March 27, 2009

HydraULiCs punye lawatan

Semalam pegi lawat empangan jus kat melaka..
Ni sume utk sbjk hidraulik.
Aku pn xtaw ape yg aku dpt sgt dari sane..hu3
Dahlah panas bangat kat sane, msk 70 kaki dlm tanah..


Tapi xlama sangat pun kat sane, cume perjalanan je jauh sket.
Pastu kene wat report lak..
Sempat gak singgah kat Bandar Melaka jap..
Kita org lunch mkn mCDonald je...hu3.
Ingatkan nk jumpa kawan jap kat sane..tapi xsempat lah plak..hu3
Nie beberapa keping gmbr kt sane..checkout..




Tuesday, March 24, 2009

Akhirnya

cite "Antara kau dan aku" dah tamat.
Sape2 yang rajin tuk bace tue silalah komen skali ye..

aNtaRa kAu dAn aKu episod 3

Bi..bi..bi..bibir Hani mendayu-dayu memanggil suaminya.
Hardi terkejut dari tidurnya apabila dia merasakan tangan yang di pegangnya itu bergerak-gerak.
"Hani!"pekik Hardi.
Dengan pantas Hardi meluru keluar untuk memanggil dortor kerana isterinya seperti sudah terjaga dari komanya.
"Encik Hardi sila tunggu di luar sekejap ya"tutur jururawat yang datang bersama doktor untuk melakukan pemeriksaan terhadap Hani. Tidak lama kemudian,
"Encik Hardi,keadaan isteri encik sudah stabil tetapi badan dia masih lemah. En.Hardi boleh masuk menemani isteri encik"Doktor menerangkan keaadaan Hani kepadanya.
Hardi melangkah pantas bilik yang di tempatkan isterinya sejurus dia menelefon kedua ibu bapa untuk menkhabarkan berita gembira itu.
Di dalam bilik itu Hardi menatap wajah isterinya yang cuba untuk tersenyum kepadanya.
"Anje sayang berehatlah dulu ya"ucap Hardi sambil mengusap lembut ubun-ubun kepala isterinya. Air mata jantan Hardi mengalir melihat keaadaan isterinya yang begitu lemah sekali.
"Bi anak kita mana bi,perempuan ke lelaki?"soal Hani.
"Mama dan abah yang menjaga dia sepanjang 3 bulan ini. Anak kita perempuan dan bi letakkan nama seperti yang kita pilih di awal dulu"balas hati sambil jari jemarinya mereka bertaut erat.
"Maafkan Hani bi. Hani dah banyak buat dosa terhadap bi. Mungkin ini balasan atas apa yang Hani lakukan terhadap bi dulu. Hani..hani.."
Hardi cepat-cepat meletakkan jarinya ke bibir Hani. Dia tidak mahu Hani terus meluahkan rasa bersalah terhadapnya. Ini kerana dia tidak pernah menyimpan apa-apa perasaan marah terhadap Hani.
"Anje, bi terlalu sayangkan anje. Sehinggakan bi sanggup menjadi ganti diri anje daripada melihat anje begitu dalam keadaan begini. Hidup bi tidak bermakna tanpa anje. Siang dan malam bi berdoa supaya anje cepat sembuh. Tempoh 3 bulan umpama 300 tahun bi menunggu. Tapi Allah maha kaya anje. Doa bi di makbulkan. Tiada apa yang bi pinta selain anje cepat sembuh".
Kata-kata Hardi begitu menusuk kalbu Hani sehinggakan dia tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir dan membasahi bantal hospital itu.
"Bi, esok bi bawakan anak kita ye.Anje tak sabar nak peluk cium dia"
Hardi menganggukkan kepala dia.
"janji?"
"janji"
Malam itu mereka tidur ditemani cahaya bulan yang indah seakan bulan turut mengerti kegembiraan yang dirasakan oleh Hardi.
"Abang, dah siap solat belum.Cepatlah turun makan"laung Danissa dari tingkat bawah.
"astarghfirullahalazim"bisik Hardi sambil meraup mukanya.
Dia tidak tahu lama manakah dia tenggelam dalam lamunannya mengimbau kisah lalu antara dia dan Hani.
"Abang turun sekarang sayang"Hardi melipat kemas sejadah yang selalu digunakannya untuk bersujud kepada Yang Maha ESa.
Danissa adalah isteri yang baik bagi Hardi. Tetapi hatinya masih tidak dapat melupakan Hani, seorang wanita yang pernah dan akan terus menjadi ratu dihatinya. Tetapi dia tahu itu tidak adil bagi Danissa isteri yang di khawininya 1 tahun yang lepas iaitu selepas genap 2 tahun isterinya pergi menghadap ilahi di akibatkan oleh kanser rahim. Kanser rahim itu dikesan selepas sebulan isterinya pulih dari koma, tetapi itu sudah terlambat kerana kanser itu sudah berada di tahap yang serius. 5 bulan selepas itu isterinya meninggal dunia.
Hardi melangkah menuruni tangga satu persatu. Tingkat bawah rumahnya gelap, seperti ada yang tidak kena bagi Hardi.
"Sayang"panggil Hardi.
"Mieya"
"Surprise"Pekik Danissa dan Mieya sambil lampu terpasang.
Danissa dan Mieya menyanyikan lagu selamat ulang tahun kepada Hardi. Hari ini merupakan ulang tahun ke-30 Hardi, iaitu pada 22 march.
Hardi terperanjat besar kerana dia sendiri lupa pada tarikh kelahirannya. Ini membuktikan Danissa sangat mengambil berat akan dirinya. Bahkan Danissa juga menjaga dan menganggap Mieya seperti anak sendiri.
Hardi mendukung Mieya sambil meniup kek yang di pegang oleh Danissa. Mieya mencium pipi Hardi sebaik api lilin terpadam.
"Selamat hari lahir papa"ucap Mieya.
"Selamat ulang tahun sayang"tutur Danissa sambil menghulurkan hadiah buat Hardi.
Hardi menyambut hadiah itu dan terus memeluk Danissa.
"Terima kasih sayang. Bagi abang kehadiran Danissa sudah cukup bermakna buat abang. sayang sudah banyak berkorban demi abang dan juga Mieya.Walaupun sayang tahu yang abang masih tidak dapat lupakan Hani tetapi sayang tetap di sisi abang."Hati Hardi sayu dengan ketulusan Danissa.
"Sayang yang patut berterima kasih kepada abang kerana sudi mengambil sayang sebagai isteri 2 tahun yang lepas. Dan sayang juga telah berjanji akan mengharungi segala suka duka bersama abang semasa sayang setuju menjadi isteri abang"balas Danissa.
Mereka berpelukan seketika sebelum Mieya menjerit.
"Mama..Papa..Meiya laparlah.Jomlah makan"
Danissa dan Hardi ketawa dengan gelagat Mieya.
TAMAT...

Saturday, March 21, 2009

aNtaRa kAu dAn aKu episod 2


Hardi yang tidur di bilik tamu terus meluru ke bilik Hani sebaik dia mendengar jeritan Hani.


Anje kenapa nie?


Perut anje sakit sangat bi..


Eh, dah sampai masenye kot. Jom kite ke hospital sekarang.


Hani mengangguk lemah. Hilang segala sifat keegoannye di saat dia di ambang kesakitan yang amat sangat. Barulah dia tahu kenapa ibu yang meninggal semasa melahirkan anaknya dikatakan mati syahid. Kesakitan menjalar keseluruh tubuhnya.


Hardi mengangkat Hani dengan berhati dan membawanya ke kereta.


Doktor bagaimana dengan isteri saya?


Erm, kami terpaksa bedah isteri encik kerana keadaan dia sangat lemah sekarang. Kami takut anak encik lemas jika kami tidak keluarkan dia sekarang.


Buatlah apa yang terbaik doktor, asalkan dua-duanya selamat.


Encik sila ikut nurse saya untuk isi borang persetujuan dulu.


Hardi melangkah longhlai mengikut haluan nurse itu.


Tahniah encik Hardi, encik mendapat anak perempuan yang sangat comel.


Terima kasih doktor..terima kasih..Hardi memeluk ibu dan ayahnya yang turut berada di hospital stelah Hardi memaklumkan mereka sejurus Hani di bawa ke hospital.


Mak saya dah menjadi ayah..sorak Hardi sambil mengesat air mata kegembiraan yang mengalir di pipinya.


Doktor boleh saya berjumpa dengan isteri saya?saol Hardi yang ingin memuluk Hani di saat itu dan mengiqamahkan anaknya.


Encik Hardi, saya harap encik Hardi tabah ye..isteri encik berada dalam keadaan koma kerana berlaku komplikasi semasa pembedahan. Pihak kami masih tiada kepastian selama mana dia akan berada dalam keadaan itu..


Hardi merasakan pandangan kabur dan terus gelap. Datuk fauzwi sempat menyambut anaknya yang pengsan itu. Dia di bawa ke wad pesakit luar.


"Abang, apa akan jadi dengan cucu kita nie bang?"soal Datin Mariam kpd suaminya.


"Kita berserah pada takdir sahaja lah Yam"


"Hani!"pekik Hardi sejurus sebelum dia membuka mata..




3 1/2 tahun kemudian.........




Mieya..Jom ikut papa pergi dekat mama..


Jap Mieya nak petik bunga untuk mama..mesti mama suke kan pa?


"Mestilah mama suke, mama paling suke bunga rose kuning tu"jawab Hardi sambil membelai rambut Mieya permata hati tanda cinta dia dan Hani.


Hardi menyiram tanah perkuburan yang masih merah itu selepas dia selesai membacakan yassin dan al-Fatihah buat si mati.


Kedua dua ibubapa baru sahaja meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri.


"Mama"jerit Mieya sambil meluru kearah mamanya yang keluar dari pejabat.


Anak mama jemput mama ye..siap bawa bunga lagi..ini yang mama lagi sayang ni..


Betul ke mama sayang Mieya?


Betul lah sayang..


"Dah jom pegi makan"sampuk Hardi menamatkan perbualan dua beranak itu.




Bersambung..............


Thursday, March 19, 2009

aNtaRa kAu dAn aKu

Anje mulai esok anje tak payah lagi payah lagi bawa kete pergi tempat kerja anje ye.
Tapi kenapa bi? soal Hani pada suaminye.
Anje kan dah mengandung, bi bimbang kalau bairkan anje drive sendiri.
Alah bi nie, anje tak ape2 lah. Anje baru mengandung 2 bulan, Anje larat lagi lah nak drive sendiri. Biar jelah anje pegi sendiri tempat kerja anje ye.
Anje..Anje nak bi risau ker? Masa ni lah bi nak tunjukkan kasih sayang bi pada anje..boleh ye..
Erm, yelah bi. Anje kate ape pun bi dah takkan ubah keputusan bi.
Malam itu Hani termenung di kamar tidurnye sementara Hardi sudah lena di buai mimpi.
Bagi hani, Hardi sudah banyak berubah semenjak dia di sahkan mengandung 2 minggu yang lepas. Apa yang paling ketara adalah hardi sudah menghentikan tabiat merokoknye dan langsung tidak keluar di waktu malam seperti sebelum2 nye. Itu sepatutnye menjadi berita gembira buat Hani, tetapi sebaliknye. Dia merasakan bahawa Hardi sudah tidak sayangkan die lagi, tetapi baginya Hardi berubah hanya lah untuk anak di dalam kandungannya itu. Dia dapat merasakan Hardi akan lebih sayang kan anak di dalam kandungan daripada dia. Hani semakan berkecil hati setiap kali memikirkannya. Tetapi die tidak pernah memberontak di hadapan suaminya itu.
6 bulan kemudian...
Anje nape tak cakap anje dah balik dulu tadi?Bi tunggu anje bawah pejabat Anje tadi dekat sejam..bicara Hardi dengan lembut.
Itulah bi, anje kate biar anje pegi sendiri pejabat tapi bi larang. Anje nak buat tu tak boleh..anje buat tu salah..semua tak kene. Asyik2 bi suruh anje buat tu, buat ni, jangan buat tu..buat ni..
Anje bosan lah bi..Bosan sangat2.
Kenapa ni anje. Bi tanye je, kenapa nak marah2 nie tak elok untuk anak dalam kandungan tu.
Asyik2 anak dalam kandungan..habis tu hati Hani ni macam mana? Bi lebih pentingkan die daripada Hani..Mesti bi lagi suke kalau Hani mati lepas lahirkan die kan?
Astaghfirullahalazim..Hani! tak baik cakap macam tu. Bi tak pernah fikir macam tu. Kasih sayang bi pada Hani tak pernah berubah Hani.
Hani ketawa mengejek...tengoklah, bi pun dah panggil anje hani je..ntah2 lepas nie bi panggil anje kau aje kan??
Bi rase anje rehat lah dulu, anje penat kot. Bi mintak maaf ye. Hardi menarik lembut tangan Hani untuk di cium.
Tak payah lah nak mintak2 maaf!dengus Hani sambil menarik tangannye sebelum sempat di cium Hardi.
Hani meluru ke dalam bilik nye sambil menangis.
Hardi hanya tersenyum hambar. Dia langsung tidak mengambil hati dengan tingkah laku isterinya itu kerana dia menganggap itu hanya di sebabkan pembawaan budak.
Semenjak hari itu mereka semakin jarang berbual bahkan langsung tiada gurauan lagi..
Bi...Bi...
bersambung..hu3

Sunday, March 15, 2009

SapE yG xnAk kAwiN??

Holaa...


Semalam aku pegi kenduri kawin kat JB, abang kpd Shakira iaitu roomate merangkap dak kelas aku yang kawin rumah. Aku pegi dengan 10 orang lagi dak kelag aku. 8 pompuan and 2 boys. Kami pegi naik 2 buah kete, memang xlogik lah kalau aku kate aku pegi ngan 1 kete je..ha3. Dari Batu Pahat ke JB dalam 1 jam setengah aje..


Kami yg ramai2 ni lak xbawak adiah tuk abg die, tp nasib baek salah sorang rumate aku xdpt pegi so die kirim adiah tuk abg shakira tue..he3..jadi nmpak gak mcm kita org yang bawak adiah tu..ha3.


Sepatutnye aku nk tunggu abg Shakira tue sanding tp kwn yg ikut skali pegi nie nk balik sebelum pukul 5 sebab die ade latihan kelab silat..hu3. So terpakse lah kita org pendekkan tempoh berada di sana. Asalnye aku ingat sempat gak kitaorang berarak n tengok pengantin sanding dulu, tapi pihak pengantin pompuan datang lambat lah plak. kita org just sempat berarak separuh jalan pastu terus naik kete tuk balik u..hu3. Tapi sempat gak ah aku ambik gambar dengan hantaran pihak laki..hu3.


Tapi ade cite sedih gak bak kate orang tak sume itu indah..ahaks, kita org ade ambik gambar dekat pelamin dengan kamera digital Ain(coursemate aku). Bukan main kita org pose lah nie. pastu petang tue makcik die pinjam kamera tue kejap sbb nak ambik gambar kat kenduri kawen yg die nk pegi. Eh, jgn nangis dulu..bukan itu yg sedihnye..yang sedihnye adalah makcik die tersalah tekan utk format kamera tue..padahal gambar yg kita org amek td Ain lum save lam laptop lagi..hu3.


Tapi yg makcik nie pun kene sedih gak, sbb die pun tak save lagi gambar yang die ambik kat kenduri yang die pegi tue..Kelakar pun ade.tapi nasib baik aku ade lah jugak ambik gambar sekeping dengan telefon kau..yuhuu...


Itu sume cite semalam..



he3..pose ats katil pengantin..

Thursday, March 12, 2009

mAta..buKan MatAhaRi..

Kali nie cerita pasal anak-anak buah aku lak. Erm, aku dah ade 5 orang anak buah.2 boys and 3 girls..he3. Yang paling besar name die Nur sYaima Hazirah,6 tahun anak kakak aku yang sulung. Pastue Aisamuddin Zamir,3 tahun dan adik die Nur Alya Zulfah,3tahun anak kakak aku yang kedua...tApi diorang bukan kembar ye..yg adik lahir xcukup bulan..hu3. Then, AfiQ ZaQuan,8 bulan anak kakak no.3..Lastly, Nur AtiQa Zulaika, 6 bulan anak kakak no4. Yang lain sume okey2 bagi aku, xsusah nak jage pun.
Tapi anak buah aku yang sorang nie..aduh2 pening kepala eden tengok. Die punye suke melalak kalah band bunkface..p/s:aku suke bangat bunkface..ha3..ok2 sambung cite. Aku kan blaja kat johor, die plak duk terengganu ngan mama n papanye..sekali sekala barulah aku bleh jumpe die. 6/3/09 aritu aku blk lah sbb ade cuti kononnye nk jumpe family lah lebih2 lagi anak sedare aku tue..blk2 aku terus nak dukung die, boleh plak die melalak tak henti2. Die dah xkenal aku rupenye. Itu tak kisah lah, biaselah budak2. Tapi rupe2nye banyak lagi yang die buat hal. Dia nie jenis tak boleh dengar orang tinggiknan suara, sbb die akan ingat orang marah die..ape lagi lepas tue die menangis tak henti2 lah lps tue. Lagi die nie xsuke orang ambik ape yang die sedang pegang atau main,kalau ade jugak orang kacau die..die akan.....(faham2 sendirilah).
Aku tengok mak die pun kadang2 tension dengan tabiat anaknye yang ntah ape2 tue...ha3. Ape2 pun die tetap cute mcm mak sedare die nie..he3. Angkat bakul sindirilah...Cube korang teka yang mane satu?????? Sebenarnye itu lah die anak sedaraku yang ke-4 aFiq Zaquan bin mOhd Firdaus...itu lah gambar die...










SyaiMa










ZamiR Alya







AfiQ
















AtiQa