Sunday, June 3, 2012

sana sini kawen aje ye..

Mak jemah busy betol semenjak cuti sekolah nie..sekejap ke hulu, sekejap ke hilir, sekejap ke utara, sekejap ke selatan...Menghadiri majlis orang kahwen katekan. Tapi majlis kahwen yang paling best setakat ini adalah majlis kahwen rakan sekelas mak jemah dulu..ex schoolmate katekan, sambil-sambil tu terjadilah reunion yang tak terancang. Ada yang dah 9 tahun tak jumpa, last2 boleh jumpa semalam..Terkejut mak jemah bila terjumpa dia (ala orang minat dia dulu, tu yang terkejut bila nampak dia semalam..kui3,tapi dia da ade makwe la sekarang..;( )..
Pape pun, sangat-sangat gumbira boleh jumpa dia orang semua semalam...Tak ramai pun yang sempat jumpa, dalam 6-7 orang je kot...luv u guys..=))...and "Congratulation for both of u lovely bride and groom"...



Saturday, May 26, 2012

my wedding opsss..my friend's wedding ler...

Aktiviti hari ini sangat padat tapi masih sempat menghadiri majlis persandingan kawan sekolah dulu merangkap kawan sekampung aku tadi..just a short post for today oraitt....


cOngRatUlaTioN fReNz.......<3<3<3 gemoknye saye

Friday, May 25, 2012

23rd May 2012:Hepy Belated Bufday to Me

Allah selamatkan saya..
Allah selamatkan saya..
Allah selamatkan kan Nora..
Allah selamatkan saya....



Selamat Ulang Tahun yang ke-24 buat diri sendiri...Semoga hari-hari mendatang dapat aku tempuhi dengan tenang dan bersemangat serta di iringi doa dan restu orang sekeliling aku. Dan aku juga mengharapakan keredhaan Allah SWT di dunia dan di akhirat....amin..

Monday, May 21, 2012

Pengalaman Baru

Dua hari berturut-turut aku merasai pengalaman menjual tudung dan kain di pasar malam berhampiran dengan tempat tinggal aku. Walaupun penat tetapi pengalaman yang aku dapat tiada gantinya. Sebenarnya niat dihati hanya mahu berniaga secara online sahaja, tetapi di sebabkan keluarga begitu bersemangat mahu sama-sama berniaga, maka pasar malam menjadi pilihan. So, itu sahaja update diri budak gelabah ini...ehem2..esok cerita Seindah Sakura, jangan lupa saksikanya bersama-sama...=))

Sunday, May 20, 2012

Cinta Syahrini dan Bubu direstui Keluarga

   





Mungkin ramai warga Malaysia yang tidak begitu mengenali Syahrini penyanyi Indonesia yang juga merupakan mantan kekasih Anang dan mereka berdua pernah popular dengan lagu duet Jangan memilih aku. Namun, setelah kontroversi kisah cintanya dengan seorang warga Malaysia, Raja Mohammad Syazni, 23 iaitu ahli kerabat Selangor terbongkar sudah tentu nama Syahrini makin diperkatakan dan dikenali ramai.

BUKTI... antara gambar yang menunjukkan keintiman Syahrini dan Bubu.

Hubungan cinta mereka berdua sudah berlangsung hampir 2 tahun, berikut adalah pengakuan Syahrini di dalam akhbar Kosmo hari ini :

Syahrini berkenalan dengan Bubu sewaktu mengadakan persembahan di Kuala Lumpur pada Disember 2010"Dia (Bubu) merancang dengan temannya dan membikin sejambak bunga berbentuk hati serta memasak makan malam untuk saya. Dia memberikan cincin sebagai tanda dia serius," jelas Syahrini tentang cerita cintanya dengan lelaki Malaysia yang sedang hangat diperkatakan.

Dalam akhbar Metro hari ini, Syahrini ada mengatakan bahawa hubungan dia dan Bubu adalah serius dan kemungkinan mereka akan berkahwin awal tahun hadapan.  Apa-apa pun kita tunggu dan lihat apa kesudahan kisah cinta antara dua benua ini....yihaaaa...

Saturday, May 19, 2012

Adi Putra VS Rita Rudani VS Jimmy Shanley

Alahai berita terbaru yang dapat ku hidu melalu surat khabar 2 ari lepas adalah mengenai Adi Putra yang baru nak memfailkan cerai terhadap isterinya..punca masalah??aku??hahahaha...walaupun nama aku nora, tp mestilah bukan aku penyebabnya sebab si Adi putra tak kenal si budak bernama nora ini pun...hehehehee....
Hanya dia dan isterinya yang mengetahui punca yang menyebabkan mereka akan berpisah AKA bercerai..Apa-apa pun si minah sibuk tepi kain orang ini doakan yang terbaik buat mereka berdua..
Kisah hangat Adi Putra ini turut menyamai kisah dua lagi artis yang masih dalam proses penceraian atau proses menyelamatkan rumah tangga masing-masing dan kisah yang masih berterusan walaupun sudah melangkaui setahun iaitu Rita Rudani & Aidil Zaquan VS Jimmy Shanley&isterinya.....

Adi putra dan isteri

VS

Rita Rudani dan suami

VS

Jimmy dan isteri


Dan ini aku yang masih berbahagia...

gambar adalah hiasan semata-mata ye..but i loike bila nora danish bertudung...sangat-sangat cun macam aku...hahahaha...




Tuesday, May 15, 2012

Fasha Sandha Bunting Pelamin!!!!



Tahniah kepada Fasha Sandha dan jejai yang bakal menjadi ibu bapa setelah Fasha disahkan mengandung seminggu lebih...Sudah tentu berita gembira ini akan mengukuhkan lagi cinta di antara mereka berdua...
Berita penuh boleh dibaca di surat khabar harian metro hari ini-->myMetro.

SEINDAH SAKURA




"Seindah Sakura" cerita baru setiap isnin-khamis pukul 7-8 malam...bukan nak buat entry sangat pun, just nak cakap aku suka tengok cerita tue..hihiiihihihi....itu aje...entry ini ditulis dalam keadaan aku yang sangat mengantuk dan kepenatan..
So, faham-faham jelah kan..gud nite 4 all the readers out there....