Friday, December 31, 2010

sElAmaT tAhuN bAru...2011


Hepy new year

Mulakan tahun baru dengan lebih bersemangat

Tingkatkan amal ibadat

Jauhi keburukan

Lakukan kebaikan

Sayangi diri sendiri

"Luv u All"~~"Sarang Hae"

first time


award pertama datangnye dari shekechik http://shekechik.blogspot.com/2010/12/blog-cute-award.html ....thank ye sbb bg award n ajarkan skali cara2nya..huhuu
moh kite layan soalan beserta jawapan lak:
1.blog best sangat ke tak?sebab?
blog nie masih cube belajar untuk menjadi best..huk3
2.Layan lagu Indon or Omputih?
more to indon punye lagu..omputih pun bleh aje..
3. Coklat mana lagi popular, Cadbury ke Ferrero? Sebab suka makan?
ntah ler..kurang gemar sangat coklat..
4. nickname yg BF beri, nama manja?
xde BF..tapi ade nama manja "ya"
5.Berikan 4 fakta tentang kamu?
a. pemalu
b. kuat tidur
c. jarang marah orang
d. suka menyanyi
6. Jika ada 50 sen nak beli ape?
gula-gula kat pasar malam
7. Siapakah 4 orang yg paling kamu sayang?
emak, ayah, kakak dan adik
8.Tag

Rumusan random sepanjang 2010

1. Hidup aku dan family aku
Sepanjang tahun 2010 tak ade perkara yang terlampau menarik berlaku dalam hidup aku.
Tapi antara yang best tahun nie pada 4/9/2010 aku dapat sorang lagi anak buah menjadikan keseluruhannya 8 orang..selain dari itu aku dapat hp baru daripada ayah aku(ini buat adik aku jeles kot..hahaha..sorry ye dik)..orang yang same masih meluahkan perasaan dia pada aku dan ingin aku jadi pacarnya(my answer still the same) boleh bc di sini http://nora-gelabah.blogspot.com/2010/02/terbongkar-1-misteri-tertutup-1-kisah.html">>
hahaha...yang paling kelakar tahun ini adalah disaat ayah aku telah mempunyai laman facebook dia sendiri...my dad sampai tak tidor malam sebab terlalu taksub dengan facebook.asyik upload gambar 24 jam..my mom pun da bosan dan asyik membebel je..that my lovely dad..

2. Hidup dunia hiburan 2010(artis yang terfikir saja dikupas)
Part ni paling syok untuk dikupas.Bak kate kawan2 serumah aku"nora ni duduk di kejiranan artis, nak tahu ape2 pasal artis sila tanye dia je"..hahaha..aku suke title tu..diorang pun selalu cakap aku salah amek kos, aku lebih sesuai jadi wartawan hiburan daripada amek civil engineering nie..Tapi apa nak buat kan2..nanti mak lempang kalau tibe2 anak dia ni cakap nak tukor kos...hahaha


Ariel Peterpan:Dikemuncak karier seninya yang sedang meningkat naik tiba2 kita digemparkan dengan penyebaran klip video lucahnya bersama Cut Tari(bekas teman wanita) dan Luna Maya(Teman wanita). Kes dia amat melukakan hati saya dan beribu2 peminatnya yang amat meminati suara dan dia yang gantang bangat tu. Sanggup tak tidor malam sebab terlalu asyik duk dengar lagu2 dia. Tapi bila dah keluar cerita pasal isu video lucahnya tu hancuss hatiku..Dah lama dia memerap dalam jel tu. Tapi takpe, kalau mas ariel insaf saya sudi maafin kamu. Jangan risau deh..Perjalanan hidup dia saya sentiasa ikuti.

Jimmy shanley: Perkahwinan dia dan isterinya anak pengasas produk kecantikan tu juga mengejutkan aku. Pertunangan yang singkat dan seterusnya majlis perkhawinan yang serba mewah dan meriah tu. Tapi tak sampai sebulan berkahwin dah dilanda masalah rumah tangga..






Syeikh Muszaphar dan Dr.Halina: perkahwinan yang macam wedding of the year la gitu..Dr.Halina so sweet..dia nampak yang jenis hepy go lucky n santek n manis..


Syed hussein dan nana:Perceraian mereka langsung aku tak jangka, sebab mereka sangat2 sweet..cian anak2 yang comel tue.Nasib bak mereka bercerai secara baik dan hak penjagaan anak pun diputuskan dijaga bersama sama.Harap2 mereka rujuk balik dalam masa terdekat nie.Amin.







so ini jelah yang aku nak ulas..sebenarnya banyak yang nak dikarang.Tapi jenuh plak nak membacanya. So azam aku next year adalah nak rajin-rajin kan diri untuk selalu update cerita-cerita dekat blog aku nie.Hepy new year frenz..






Thursday, December 30, 2010

Berakhirnya 2010




Tinggal lagi sehari untuk kita melangkah ke tahun 2011
Ikut tahun umur aku pun da masuk 23 tahun next year
Waa..anak mak da makin besar la makNext week da bermula sem baru dan merupakan sem last aku belajar di UTHM
Hopefully semuanya berjalan dengan lancar dan aku berjaya habiskan sisa sisa aku sebagai pelajar dengan selamat di sini
Tahun 2010 banyak kenangan yang berlaku dalam hidup aku
Ada suka ada duka..Cuma satu je yang tak berlaku lagi..mak, anak mak ni tak ada calon suami lagi...hehhehhe
Tibe tibe je tangan rasa rajin semacam nak menulis dekat blog gelabah nie..Dah lama tak update blog nie
Nak abeskan sisa sisa tahun 2010 dengan penulisan tak seberapa nie..
Sarang Hae...<3

hurrrayyy


hiphip hurray...
tak pernah aku segembira ini selepas tengok bola..
kedue due game malaysia lawan indonesia aku tengok tanpa paksaan dan same2 bersorak kalau Malaysia menjaringkan gol..
kalau sebelum ni hampeh ler kalau aku nak tengok bola..biasenye terpaksa tengok sebab kalau kat rumah time ade bola opkos la ayah, abang2 ipar n adik lelaki aku yang konker tv...time tue jiwe tertekan lebih2 lagi kalau ade cerita yang best and aku xdpt tengok..mak aku pun same.die benci sangat time bola berlangsung sebab ayah aku akan menjerit sampai sepuluh batu boleh dngar kot..hahaha..

Tapi malam tadi membuktikan aku pun minat bola....helleluuyyaa...
Tapi ade cerita kelakar malam tadi time tengok siaran langsung bola tue..
aku dengan housemate menonton dekat rumah jela..aku, ain, shak, zam n leen...
sambil menonton kami makan kerepek...baru syok kan.syok2 makan kerepek pun abes.
Tapi still ade extra kat dapur..Si Ain nie pun terpakse la pegi amek(sbb kedudukan die paling dekat dengan dapur..jwpan diberikan oleh shak sbb ain tanye nape die yg kene pg amek)lalala..
Zam plak buat permintaan nak kerepek pedas yang xdibuke skali..Ain pun pegi la amek.Yang lain2 nie fokus mate dekat kaca TV nie..yela tunggu Malaysia jaringkna gol yg pertame malam tadi..
Ain pun datang bawa kerepek yang dah di buke dengan kerepek pedas yang tak di buke..
Time nie aku, shak dan Leen terfokus pada ain dan zam sebab situasinye begini:
Ain:nah kerepek pedas ko(bg kt zam)
Aku:uh..tak buke lagi..
Zam:tak nak la camni
Ain:alah tadi ko jugak yang nak..

Aku pun aluhkan pandangan pade skrin tv yang bola tengah berlangsung tu.
Muke aku berkerut kerut sebab di skrin tue aku tengok pemain pasukan Msia tengah berpelukan dan bersorak gembira dan Rajagopal pun berpelukan..
aku:Aik gol ker??
Dengan gembiranya kami bersorak walaupun terlambat...hahahaha..terlepas peluang secara live gol pertama di jaringkan oleh safee sali malam tadi..aduuyyaaii...
semua salah zam...hahaha..
lepas tue semua fokus sebab tak nak terlepas peluang lagi..
walupun Msia kalah 1-2 tetapi MALAYSIA champion dengan 4-2 melawan indonesia..
I LOVE MALAYSIA...hehehe...thank to khairul Fahmi(bertuah gewe die Elia) n semua pemain pasukan Malaysia..

Friday, December 17, 2010

kegembiraan dan kesedihan


Sudah lama blog ini aku tinggal tanpa jejak...hush!
banyak kisah nak dibukukan di sini, just tiada masa je..

Topik pertama:

Cerita paling latest yang berlaku dalam hidup adelah...jeng3..surprise sikit nie...tak disangka2 aku jadi fasi untuk satu program yang agak gah jugaklah di U aku nie..tapi aku nie bukanlah jenis pandai yang bercakap dan memberi cadangan gitu..so sepanjang jadi fasi tu aku lebih banyak mendengar daripada bercakap..self confident aku kan rendah...naseb baik dalam satu kumpulan tu ade fasi untuk lebeih kurang 9 org peserta..so aku jadi fasi yang sleeping partner jela...hush..teruk kan??
aku pun tak tau kenapalah mulut aku nie susah nak bercakap depan orang..aku rase macam ade batu je dalam mulut aku nie kalau na bercakap..lebih2 lagi dengan orang yang au tak berapa kenal sangat..


anybody please help me!!


tapi ape2 pon aku enjoy sangat program tue..program tue berkaitan dengan "sustainability living"...maksudnye setiap apa aktiviti yang kita lakukan dalam hidup kita nie, kita kene fikirkan kesannya kepada orang2 lain di sekeliling kita, alam ini dan sebagainya. Bumi akan selamat dan hidup anak2 kita dimasa depan juga akan terjamin...program nie melibatkan banyak universiti antaranya UTEM, USM, UMT, UM, UTHM dan lain2 lagi...


seronok kenal ramai pelajar2 dari U lain..mcm2 gelagat ade..hehehe






Topik kedua:




Dalam bulan 12 nie ada berlaku peristiwa sedih kepada seorang penduduk di kampung aku tinggal. Dia merupakan anak kepada nenek saudara aku...umor die dalam 52 tahun tak silap aku ler..ceritanya camnie, dia menghidap penyakit untut bahagian kaki die dalam 20 tahun lebih dah kot(penyakit yang menyebabkan kaki die membesar)..dua2 kaki dia membesar..tapi yang teruk sikit kaki sebelah kiri dia..minggu lepas mak aku mesej dan cakap yang dia ade pergi melawat lelaki nie, aku panggil die pak nor..rupenye2 dia dah terlantar sejak 2 minggu dalam bilik dia sebab kaki kiri dia membengak dan terdapat luka yang mengandungi ulat di kaki dia. dia just terbaring dalam bilik dia sebab dah tak mampu berjalan, kaki dia sangat2 sakit. then, mak aku cakap dia dah 12 hari tak makan...kesian lak..tapi yang menyebabkan aku menangis adalah mengenangkan nasib dia. Dalam keadaan dia yang sakit tu, tak ada pun adik beradik yang sanggup tolong dan bawa dia ke hospital..even diaorang adik2 tiri tapi tinggal sebumbung dan kongsi rahim ibu yang sama..ke mana hilangnya sifat kemanusian kamu wahai manusia???


Ayah aku memang rapat dengan pak nor nie sebab diaorang sepupu..so dengan usaha ayah, pak nor di bawa ke hospital besar Kuala Terengganu...so sad to say..his leg need to be cut..dan hari nie dah genap seminggu kaki dia dipotong...same2 doakan kesihatan die...hope his life more better after this...


Thursday, November 4, 2010

aku

aku adalah aku..bukannya kamu..kamu adalah kamu, bukannya aku. Bila aku sudah mula merapu semua akan ku sapu, oh sudah tentu penyapu sudah tiada gunanya ketika itu. Mulut tak berhenti bercakap dan orang sekeliling tak berhenti ketawa. Aku suka suasana itu...di kelilingi ramai orang dan masing-masing bergelak ketawa dan buat lawak. Hidup ini akan jauh dari kesunyian. Kawan, teman, rakan semuanya adalah sama dan tiada beza..tiada beza kerana aku sayang akan kamu semua. Walau kamu semua bergurau kasar, tapi aku still hepy kerana aku tahu itu hanyalah gurauan..kan2??hahahaha
Aku tidak lekang dek gurau senda, kerana aku ingin orang menyenangi aku dan menyayangi aku. Tapi kalau kamu sudah bosan dengan aku sila nyatakan ye..hehhehe
Kadang kala aku seorang yang hipokrit, tapi itu untuk mengelakkan masalah berpanjangan..dan aku cuba bertindak matang.
Aku mahu orang merasa sunyi jika aku tiada dan merasa rindu untuk mendengar gelak ketawa aku. Bukan mahu menjadi lagenda tetapi sekadar menjadi penghibur di kala duka.
Aku tidak akan pernah bosan membuat kamu ketawa kerana gelak ketawa kamu semua pengubat jiwa aku. I love to make a joke just to make all of you laugh..it my style rite??hehehehe..
Esok aku akan ke melaka untuk jumpa my sister..dia ada 2 orang anak yang amat comel..miss them so much..tak sabar untuk menunggu pagi eso..daaaaaaaaa..

Wednesday, November 3, 2010

Jangan Kecewakan Orang Yang Cintakan Kamu

Tengah serabut2 buat full report untuk 1 project yang kena present aku aku terbaca ayat2 nie kat satu wall kawan aku..so it's interesting..so ape lagi,aku rase kena share kat sini..so,layannnn beb~~
1) Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya(aku sokong nie sbb "kwn" aku pn xprnh nk ckp kenapa die suke aku~~pengalaman je)
2) Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya(pernah di ucapkan si dia)
3) Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4) Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5) Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'Selamat Pagi', 'Selamat Hari Minggu', 'Selamat Malam', 'Take Care' dan lain-lainlagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6) Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
sampai sini dulu..still alots of work need to do~~bye(@_@)

Friday, October 29, 2010

i wish i have a good husband

i wish i have a good husband by my side~~agegegege
hahaha...impian aku adalah nak dapat suami yang caringggggggg sangat2..soleh itu sudah semestinya.
dalam erti kata lain
>bila aku sakit, dia jaga aku sebaiknya
>bila aku bosan dia bolah nyanyikan lagu untuk aku
>bila aku ada masalah, boleh kongsikan bersama dia
>bila aku ketakutan dia akan tenangkan aku
>bila aku sedih dia akan ceriakan aku
>bila aku gembira dia akan raikan bersama
>bila aku nak tidur dia akan dodoikan
>bila aku jatuh dia akan sambut aku

He is so meaningful for me...husband can be a special treasure in my life..
but bukan sekarang kay..i mean it in the future...my future husband that i'll looking for..
buat masa sekarang aku perlu hidup bersendirian without man..
bukan aku lesbian yang tidak sukakan lelaki, i like hot man so much...hahhahaa..
Tapi aku lebih mudah menjalani hidup buat masa ini bersandarkan diri sendiri tanpa memikirkan pihak kedua(boyfriend)..parent of course still in the first place.
aku melihat dan menilai dari ramai kawan..teman sekeliling...untuk memiliki pasangan memerlukan ketelitian dari segala aspek...bukan memilih tapi pilih apa yang ade..
kita yang merancang tapi Allah S.W.T yang menentukan...
Pesanan buat diri sendiri yang amat kusayangi:

wahai bunga,
kau masih teguh berdiri biar kumbang merempuh..
kekal harum tanpa di sentuh..
mengundang tanya pada hidupan..

wahai bunga,
cintai dirimu seadanya,
jangan rebah dek keji,
jangan berpaling dek nista.

love by me..(o_0)"

28.10.2010

wah this date will be memorial date for me and my others group member...
dapat anugerah dekan ker??ker anugerah councelor??ahha..menang bertanding ape2 ker??
ahhhh...semua salah!!!!
pagi tadi kena present foundation punyer project...tengah2 present lecture cakap....awak sombong~~tahu kenape??
sebab kami buat project tanpe pergi jumpe dan tanye die..so die tak nak dengar kami present,just suruh buat conclusion terus...owh,what the hell...huhuhu
yup,it my mistakes...jadi macam bodoh sombong da depan2 tue...
so, to look better in front of him we need to meet him for 1000000 times...REMEMBER that!!
lecturer nie memang okay..baik...agak lawak kdg2..but sometimes his word killed me. agak menyakitkan hati kadang2 n kuat berleter...yes he is a MAN...agak tua...maybe sebab tu kot...ish3...tak patut aku lepas perasan kat lecterur plak...it my mistake.....
so ape markah untuk project tadi pun tak sure lah...
berserah je lah labu...
gotta go..

Sunday, October 24, 2010

finishing school time!!

finishing school during my weekend??tensionnye!! itulah ayat pertama yang keluar dari mulut aku time di beritahu yang hujung minggu nie ade finishing school..siang tadi dan esok~~2 hari berturut turut plak tue..
finishing school =aktiviti untuk bdak tahun akhir(wah2 da tahun akhir rupenye den)
sesi hari pertama siang tadi agak memboringkan jugak..huhu..antaranye buat talk show in group, pastu jual product in group then adelah main2 game sikit..
untuk esok kiteorg ade sesi interview..tadi baru siapkan resume nad cover letter seperti yg di kenhendaki fasilitator aka lecturer..balik tadi tak terase lagi penatnye, tapi lepas mandi and sembahyang maghrib aku tertidur sampailah pukul 10.30 baru bangun..bangun balik tu pun sebab TERPAKSA...sbb tak buat lagi resume n cover letter ler..my friends yang berlainan fasi xpyh buat pun..dieorg kene buat dlm kelas esok terus je...hurm...nak nanges je kene bangun tadi..
pape pn...next week nyer life lagi mencabar kot..
selase malam present n hantar report project scheduling
khamis petang hantar and present design
jumaat pagi present n hantar report IDP punyer projek
then i also need to prepare my technnical paper for my PSM1 presention on 1st nov ari isnin next next week...
so conclusionnye: buat kerje tue awal2 jangan tangguh2 macam den nie..kan dah huru hara hidup eden..gelabah lah den akhirnye..buat ngarut ngabang kali lah2(nie bahase ibunda saye =) )

Monday, October 18, 2010

kenyangnye...

ngeh3...baru 30 minit yg lepas aku baru mengambil makan malamku..hahaha..

dan pukul 8 tadi aku sempat makan petang aku...iaitu burger special...five star ler aku bagi kat abang yang buat burger tue..best giler!!(wah2..care menunjukkan perasaan dengan bersungguh)..ni gambar burger tue...

hahaha...siap buat promasi lagi kat burger tue..

gambar tu aku snap sebelum sempat mulut aku mengigit2nye..

tengok je da nampka sangat2 menyelerakan...

pergh..memang hebat burger special ang depan taman aku ni buat...

ape yang aku amek tuk makan malam tadi adelah sup+macaroni+roti...

makan setelah penat siapkan report tesis yang kene hantar esok..

wargh..sekarang badan pun da sengal2 sebab buat kerja dari tengahari tadi lagi...

my body need rest now..

okay...gud nite..ZZzzzZzzzzz

Saturday, October 16, 2010

erk

tibe- tibe aku teringat satu situasi nie sbb aku terjumpa mamat yg manjadi kisah dalam cite ie time makan petang tadi..(O_O)"

dalam kelas hari presentation masing2 duduk dalam group masing2..group aku ade 4 pompuan n 3 laki.

girl1: eh,korang tgk mamat tu,muke die macam syed hussein yg berlakon cite adam maya tue kan..
girls2:erm,cume die gelap siket kot.klau cerah lagi same kot..
aku: macam ank mamat je..
girls1:pastu die besar siket kot..tp muke die hampir same la..ensom jugak mamat nie..
*kite org tengok mamat tue serentak,naseb baek die xperasan ot.

girl4:(dr td senyap je)..xde lah..xsame pn..

aku:hahahha..kamu pn tengok jugak ea..hehhe

then tibelah time group mamat td present..biaselah mesti perkenalkan ahli kumpulan masing2 kan..pastu...hahahah..rupenye2 die bernama xxxx a/l yyy...korang faham2 lah...
muke die nice sgt, xnmpk mcm org india pun..kite org pun trs gelak besar lps tue..tapi tibe2

girl2:xpe2...nanti aku cube ajak die masuk islam..
aku:tak putus asa nampak....

huhuhuu...cerita sengal time tunggu turn nak present..eh,satu lagi..mamat tadi kalau bercakap bunyi melayu die biase je..xdelah terbelit2...serius macam orang melayu kalau tak tahu name die..

Friday, October 15, 2010

stress week

migu nie memang betol2 padat kena siapkan projek dan assignment..tambah2 lagi projek tahun akhir sem1 pun dah nak kene submit dan present..
semua kerja jadi kelam kabut n da jd under control da...huk3
kalaulah aku ade khadam tuk buat sume kerja2 aku tu kan best..huish...
angan sampai ke sudah tak siap ler kerja aku nie.
nie pun baru siapkan satu projek berkaitan software...wa manyak tension mama!!!
1 day nanti aku akan kenang saat aku terkejar2 nak siapkan sume projek subjek dan projek tahun akhir nie...InsyaAllah next year aku da boleh grade...xsabau rasenye...hehehehe..
nak memegang segulung ijazah n bina kerjaya sendirik...mak n ayah..i want u to be proud with me...luv u dam much..

Monday, October 11, 2010

teringat

hah..hah..hah!!aku gelakkan diri aku sendirik..
nape??sebab teringat orang yang tak patut di ingati..
die satu2nye lelaki yang pernah buat aku nanges kot..nape??
kerana aku kehilangan die dalam mase yang singkat~~
kiranye baru bunge nak berputik last2 terus layu kerana jarak!!yes kerana jarak...
just tengok die bahagia sekarang pun da buat aku bahagia kerana die pernah buat aku merasa bahagia dan di sayangi.
tapi itu sementara..(T_T)..
die pernah buat aku menaruh harapan..menunggu..dan akhirnye~~the end!
sebab itu aku lebih suke tak menaruh harapan pada sape2 pun sekarang..single is better rite?for me laa..
bukan dendam tapi rasa ingin menjaga diri sebaik mungkin..
tidak mahu diri ini merase pedih itu lagi..fobia maybe..
just wait for the rite pers0n at the rite time...
that me..

Thursday, October 7, 2010

aku xsuke~~

seorang yang suke tido...
suke ber facebook...
suke jalan2..suke tengok wayang...suke tengok tv..
suke main2 kan orang...
aku suke mende yang cantik2..
hakikatnye 1 bende je yang aku sangat2 xsuke..aku xsuke belajar...huk3..
tapi masih meneruskan degree di tahun empat..
hanya tinggal 1 sem lagi nak grade, itu pun still rase macam2 bebanan lagi dalam otak..
itulah aku (=_=)"

Tuesday, October 5, 2010

aku perlukan pintu ajaib!!

Bestnye kalau doraemon tu wujud dan jadi kawan aku...
Bestnye kalau superman tu ada dan jadi kawan aku...
last night, aku call emak di kampung..then dengar suara dia macam orang menangis je.
aku terus rasa tak sedap hati..rupanya-rupanya mak demam...demam2 pun still bekerja,yelah kalau bekerja dengan orang boleh lah ambil mc. tapi mak menguruskan kedai makan yang dia dah buka selama 15 tahun. Itulah punca rezeki mak dan ayah membesarkan aku 7 beradik.
Mak memang seorang yang kuat bekerja, bayangkan walaupun tak sihat tapi die still nak buka kedai, dah ler 2 orang pekerja mak pun tak datang bekerja.seorang masuk wad sebab asma and seorang lagi sibuk nak pegi open house rumah kawan die.
Nasib baik still ada adik yang yang boleh tolong mak at that day. Itupun sebab cuti hujung minggu kebetulan my sis balik rumah.
At that moment i want to fly home and be with her.mak jangan kerja kuat2 sangat ye,kesihatan kena jaga.Ya sayang mak sangat2.
you r my superwoman mom...

Saturday, October 2, 2010

addicted

wah...aku memang seorang yang amat meminati filem korea..boleh di katakan macam mat gian yang ketagihan kalau tak dapat habiskan tengok movie korea yang panjang berjela tu dalam satu hari. genre romantik sudah semestinya menjadi pilihan aku...auw..hehhehe normal lah kan2??
latest nie aku sedang menonton satu cite nie, tajuk die personal taste...couple die so so sweet la..
dalam bulan nie saje aku da tengok 3 cite korea...boleh di katakan semua cerita korea nie best2 dan membuatkan aku tersenyum simpul je kalau tengok..eleh korang semua pn same kan..sambil tengok sambil berangan**kalaulah aku pun ade pakwe macam tue..fuhh..bestnye...**teet mase berangan da tamat-
kay it time to pray now...then sambung tengok cerita korea balik...bye~

di sayangi?

erm...semua orang mesti ingin di sayangi lebih2 lagi oleh orang yang kita sayangi...
dalam hidup aku, aku di sayangi oleh ramai orang..mak,ayah,kakak2 ku, adik2 ku dan juga anak2 buah aku...huhuhu..
di sayangi kekasih??
setakat nie belum merasai lagi di sayangi oleh sang arjuna pujaan hati..sebab sang arjuna belum muncul2 lagi dalam idup nie...(hish3..pengakuan ikhlas nie..)...pernah cube menyayangi seseorang, tetapi tak dapat menipu diri sendiri kerana hati ini bukan untuk die kot..hahahaha...ayat aku da mula berbunge2 nie..
ramai kawan2 aku kate aku nie jenis memilih sikit dalam mencari teman hidup..bagi aku teman sehidup semati nie susah nak di perolehi dengan mudah.so aku gune konsep adelah menunggu ketibaan khalifah dalam hidup aku...=))...memang lah bulan tak akan jatuh ke riba dan kita mesti berusaha kan2?? sometimes mungkin pilihan tu ade depan mate kita, tp kita kena lah nilai nya betol2 sebelum buat keputusan yang tepat kan...tp kalau muke da macam lee min ho(pelakon korea) datang ngorat potong kuku pun aku xtolak...hahhahah
Ramai yang membuat andaian bahawa hidup bersama dengan orang yang mencintai kita adelah lebih bahagia daripada hidup bersama dengan orang yang kita cintai...tapi adakah andaian tu tepat untuk semua org atau hanya bergantung pada nasib?
hahahaha..sebab itu aku lebih suka hidup tanpa teman rapat yang di anggap kekasih buat masa ini. biar aku dapat lakukan semua ke inginan dalam hidup sementara masih mampu aku lakukan....jodoh,ajal maut di tangan Allah..so, aku hanya berserah...
pada yang tengah berbahagia dengan pasangan masing2, aku wish selamat berbahagia n berkekalan kay...

Tuesday, August 31, 2010

my story last night!

last night tgk citer the decent 2..cite yg xpatot tgk kt wayang sbb buat aku menjerit je..hahaha..dah la xramai sgt org dlm pggng tue,pastu yg dgr suare aku n sorang lagi member aku je yang menjerit.orang lain cool je kot..pape pun cite dier mmg suspen kot~~
then dekat2 pukul 12 kita org pusing2 dekat dataran batu pahat,saje nk survey pe yang org buat mlm merdeka kt situ..aku xdelah amek pic,tp ramai gak kot orang kat sane sempat jugaklah aku tgk bunga api yg segan nk idup di lepaskan..(siket sgt bunga apinye,maklumlah bln pose xbaek membazir..hehehhee)..
then da pusing2 tgk org mnjual barang2 raye, we all trs berambus balik sbb da ngantok..
otw blk bukan main sonok berbual samapi xperasan ade 1 besi berdiri tegak atas jln raye!!syira!!!!tu ayt aku bile nmpk besi(syira=pemandu kete..hik3)..naseb baek sempak ngelak,just pecah side mirror je..huh,kusss semangat den time tue...tp still wat2 macho lagi...hehehe..
dlm perjalanan lagi ade 2 bijik motor nie..sebijik tue due2 laki,yg sebjik lagi laki+pompuan..tibe sorg laki dari 2 org laki tue gosok pompuan tue dr belakang)kjdian tue di sksikan oleh syira je,aku xsmpt lak nk tgk..hahaha)..tp yg peliknye pompuan tu xmenjerit lak.aku yg takut kene kcau trs ttp crmin tgkp siket,,sampi dekat 1 traffic light tu baru la aku tahu pompuan tue geng diorg jgk sbb tibe laki td berhenti moto kt kete kitaorg nk ckp nk no tepon..cess..aku trs ttp rapat2 cermin n buat bodo je)lam ati takot sbb da lewat mlm time tue)...naseb baik die pn xbyk songeh...
at last aku pn sampai rumah dgn selamat nye..hehehehe..

Friday, August 13, 2010

poser~~

hurraay...tiket raya da ade,atie sudah tenang...
bulan2 poser nie ade mcm2 dugaan kan..mulut nie kene jage..kurangkan mengumpat kay semua..hahahaha..
tatata....weekend nie going somewhere tuk jalan2..

Saturday, August 7, 2010

selamat hari raye~~

wah...pose pun belom lagi aku da pn tulis entry hari raye..tp sebenarnye tajuk nie buat aku sedih nie..sbb nie sume pasal TIKET BLK KG...sume ckp tiket ke pntai timur da abes.
aku ingtkan bulan pose baru tiket tue di jual,,rupenye2 da 2 minggu kaunter tiket raye di buke..
jap lagi pas zohor aku ngan kampung mate aku nk pi rempit beli tiket..hopefully still ade tiket. klau x kene pikir jalan lain ler nie..hurm..
xkan nk raye di perantauan kalau tiket xde??ker nk raye rumah bakal suami>>(calon suami pn blm ade..hik3)..
xpe2..biar aku gi survey dulu...bye3

Sunday, August 1, 2010

im back!!

erm...da lame sgt aku tgglkan blog aku nie sorg2..
mesti blog aku nie kesepian..huhuhuhu..
memang aku nk menulis sgt2 kat blog aku nie..tp asyik ade kekangan je(alasan diri sendirik)..
aku pernah bc kt blog org lain yg die xsuke klau ade seseorang tue blog tp x slalu update..tue termasuk aku ler tuee..
yup,aku akui yg aku nie mls nk update slalu..tiap2 ari skrg asyik bukak fb je...hohoho..*kewjpn aku ler tue..
tmbah2 lagi sekarang da tahun akhir dekat unvrst, mcm2 mnde yg menyerabutkan kepala..first mestilah psm(projek sarjana muda)..then projek untuk setaip khusus yg aku amek untuk sem nie..
waaaa...manyak tension ooooo...ikut atie nie da mls nk hadap sume nie.naseb baek ingt mak bapak yg slalu bg semngt...mak...ayah..i'ill try harder k..

k..daa...

Sunday, March 28, 2010

d0 tELL mE pLeZs..

i like romantic feeling..i like watching romantic movie..i like romantic person..huhuu..betoi ka..
sesetengah manusia nie pelik bagi aku..aku ade kenal sorang minah nie, kire die mmbr satu sekolah dgn aku dulu n die jugak merangkapbestfriend aku..
Die nie jenis pemalu macam aku jugak lah..Die ade minat sorang mamat nie mase time kat sekolah dulu..die minat dak laki nie dari form 1 sampailah form 3. Dak laki nie 1 kls je pn ngan kite org, tp die jrng bercakap ngan dak laki tue sbb die kan pemalu..hik3. Senang aku namekan kwn aku nie toya(bkn nm sebenar) n budak laki tue domey(bkn nm sbnr). Boleh kate kan setiap hari ade je yang toya tue citekan pade aku pasal si domey tue..yelah dah namenye minat mesti die asyik perhatikan slalu si domey tue..sampaikan kdng2 aku pn naik bosan dgr cite die,tp atie mmber kene jage beb..aku layaaaan jelah..fuhh..
Aku plak slalu gak perhatikan si Domey tue, dr yg aku tgk nmpk mcm die pn minat kt kwn aku toya nie. Tp sepanjang 3 thn tue nothing happen between dieorg..kwn aku tue mmg xde pkwe pn,tp yg si Domey nie slalu org gosipkan dgn kiko lah, jaju lah, gaga lah(sume bkn nm sbnr ye..hi3)..xkesah lah sbb si domey nie ensom, pengawas sek plak..then mk n ayh die cikgu kt sek kiteorg tue. Kawan aku just mkn dlm ati jelah klau dgr gosip2 liar pasal pengarang jantung buat atie die tue..
Akhirnye kite org pn da abes PMR nie..lupe nk ckp kite org sume duk asrama time tue.kire da abes PMR sibuk2 nk packing brg2 nk balik kg katekan. Satu ari tue si toya dtng cari aku dgn termengah-mengah, muke die pucat giler time tue..klau toreh pn mesti xberdarah punye. Dengan terketar-ketar die cakap kat aku yang Domey nk jumpe die mlm nie(mlm nie merukan mlm last kat asrama,esk da nk blk kg). Si Toya nie nk ajk aku teman die,yelah die mn biase pegi date kt kwsn asrama nie..mesti mau ajak pakar cam aku(padahal aku pn same..ha3)..
Tepat jam 9 mlm kite org sampai kt tmpt di janjikan iaitu belakang tandas kawasan sekolah..dekat je ngan asrama..time kite org smpai kt situ si Domey da tgg smbil mencangkung kt situ..(buruk beto style mamat nie). Aku dpt rase tgn si Toya nie sujuk giler time da dkt dgn si Domey tue.....then

hrp maaf kite smbng lain kali ye..i gotta go rite now...hik3

Saturday, February 27, 2010

mak

Petang tadi aku ade saksikan drama kat tv3 nie..tajuk die ehsan n my feberet aktor yg berlakon zamarul hisyam..hu3..
Tp ape yg aku nak cite kt sini bkn pasal die tp pasal jln cite yg sgt2 menyayat hati..aku rase nk menangis tgk cite tue..huk3.
Cite tue berkisarkan(pd sape2 yg xtgk lah) sorg ank laki nie yg nk kawen ngan ank org kaye, so die menipu yg die nie pn ank org kaye n malu nk ngaku yg mak n ayh die just org biase2 je..padahal bkn org miskin sgt pn..sampaikan die sggp pukul mk die yg dgt nk jmpe die..last2 mk die pn kecik ati dgn die n da xngaku die sbgai ank..laki tue trime blsn bile akhrye die jd ssh n isteri die da tau die menipu..die da jd separuh giler akhrnye..mk die lak da nazak kt kg n meninggal pd hari die blk kg nk jmpe mk die dlm keadaan die yg da gile tue.ayh die pn still trase ati kt die n xckp ape2 pn dgn die.






at the end die pn mati gak at the same day dgn mk die. Mayar die busuk mase mandikan n berat mase nk di usung ke tnh perkuburan..






mase nk tanam lak xmuat nk masukkan dlm liang lahad tue.hen pak imam mntak jase baik ayah die utk ampunkan ank die tue barulah boleh mask dlm liang lahad tue. Isteri die yg dpt brite tntng kematian die dtg n nk tgk wjh suami die kali terakhr.bile di buke rupe2nye penuh dgn ulat..






tulah pengajaran tuk ankyg derhake..so aku nk nasihat kan diri sendri n rakan2 sume su[aye jagelah atie mak n ayh kite.






mungkin kite ade guris atie dieorg tanpe kite sedar..selalulah mntak maap kat dieorg.






luv u mum n dad..muuaaaaahhh















Wednesday, February 24, 2010

terbongkar 1 misteri tertutup 1 kisah

hurm....ini lah aku..itulah die..dua insan yang berbeza...
aku still ragu2 tuk buat pilihan idup..siape sebenarnye yang aku mahu..aku pun tak tahu.
Bagi aku perhubungan yang di bina tue mestilah untuk terus kekal hingga ke jinjing pelamin, camne aku nk terima kalau aku tak yakin yang die adelah pasangan sehidup semati aku.
Aku xmahu sekadar mengisi kekosongan yang ade tanpe berfikir panjang.
So biar org kate aku agak memilih tapi aku mahu yang terbaik buat diri aku n anak2 aku in da future ler..=).
Aku xnak pilihan yang aku buat kerana ikutkan nafsu semata-mata bawa masalah kemudian hari.
So aku harap pada kamu yang telah aku kecewakan seribu kemaafan dari..walau kamoo xdpt bc luahan nie tapi just still nk luahkan kt cn sbb nie kt blog sayer...he3..
Ape-ape pn awk n saye pernah kate kalau ade jodoh xkemana n kite wait n see..so biarlah mase menentukan..
nice to know you...=)..were still frenz rite...

Saturday, January 30, 2010

aku sedih atau kecewa nie??

hahahaha...sob3..
aku suke ker sedih nie??ntah lah aku sendiri xde jwpn tue..dulu time die ade aku menyampah aje..tp skrg die mcm dah pergi dr aku, aku rs mcm kehilangan plak..cmner nie yer?
aku suke die ker??tp aku benci die..sbb die..erm..sbb die..ntah la..
die pandai amek hati tp kadang2 menyakitkan hati jugak..hu3..dlu kalau die call atau sms atau hntr komen dkt fb ker mesti aku rase mls nk lyn tp smnjk 2 mnjk nie aku asyk tgg die muncul aje..tp die da twr hati kt aku kot??
Die pernah ckp kt aku yg atie die ade aku sorg je n die nk tgg aku smpai aku terime die..tp aku just ignore kan je perasaan die tue..da msk 3 thn we just a friend..ONLY A FRIEND~~~tp now die ckp atie die da lm kekeringan dgn cinta n maybe xdpt nk tgg aku lagi..tp aku still ego n just pkir die main2 n xmungkin die nk dptkan perempuan lain tuk gantikan aku di hati die.
tp...sekarang aku nampak ape yang die buat...die cube cr pengganti diriku..aku xkesah lah..itu mulut aku berkate..hati aku menangis sendirian..
everytime die ckp pasal pompuan lain aku just gelak2 tande tak kisah tapi last2 aku pikir blk kalaulah die betol sudah berpaling dr aku cmner??sape nk buat aku senyum time aku sedih n sape nk amek berat n bagi semangat kat aku time aku kecewa..
Bile aku pikir dalam2 mende nie sumenye berpunce dr diri aku jgk.tp sume org xtahu ape yg aku tahu.aku menanggungnye sorg2 je.die pn xpernah tahu kalau die tahu pn just sakitkan hatie die je..aku xnak die rase rendah diri if die tahu ape yg mengganggu aku drpd aku terime die..biar aku tanggung sorng2 je hal nie..ade jodoh xkemane kot...
what should i do??=(

Sunday, January 3, 2010

bermulanya 1 kisah..he3

sem baru da mula..tahun baru pun da mula..
so aku ade ker azam baru??
duk pikiq2 rupa2nya xde..ape kes nie??orang lain bukan setakat 1,2 azam ntah2 10 kot...he3(dalam muke yg sedang pikir)..
aku habuk pun tak daq..jap2 let me think first ye ade ke x..

1)mak pesan suh belajaq baik2-tue kire azam mak pade aku bukan aku pade diriku..ha3

2)kakak2 n adik aku cakap nk tengok aku kurus-tue plak kire azam diaorg pade aku bkn aku lagi..kih3


ha3..xde azam rupenye budak nie..belasah kang masuk icu 4 tahun..=p.
tapi dalam hati aku ade satu suare berbisik2..bukan suara malika dalam cucu betong tue..tapi suare baik aku lah..he3 poyo!..betol lah..!!jangan hina aku sangat..huh!.
aku sebenarnye nk betolkan banyak perkare buruk yg pernah terjadi kat diri aku..mcm2 tabiat buruk yg susah nk buang..antaranye...

1-suke tido yg melampau..susah beto nk buang tabiat kesayangan nie..erm..

2-malas belajar..cite2 tinggi tp usahe ciput..xpatot betol dak nie..

3-BOROS..ini juge suatu perkare yg patut di lakukan semu org..he3..just kidding..


so,the conclusionnye kite patut berubah demi mase depan kite sendiri tanpa paksaan org lain dan ape yang penting...KERJASAMA!!!!

selamat tahun 2010 sume..xoxo..moleq girl..ha3..